Saturday, 19 May 2012

Home » , , » Rahsia Kulit Sihat Dan Cantik Tanpa Jeragat

Rahsia Kulit Sihat Dan Cantik Tanpa Jeragat

Ada seorang customer yang alami perubahan kulit muka terutama selepas melahirkan anak sulung. Mukanya penuh dengan jeragat atau bintik-bintik coklat. Kebiasaannya, ibu-ibu yang tiba-tiba mendapat jeragat ni berpunca dari perubahan hormon. Selain itu, penyebab lain kepada pembentukan jeragat ialah kulit wajah yang terdedah secara langsung kepada sinaran matahari tanpa apa-apa krim pelindung.

Ni har contoh gambar jeragat..

Dan seperti yang kita sedia maklum, nak hilangkan jeragat ni bukan mudah. Namun sekiranya anda antara orang-orang yang menghadapi masalah ni, jangan risau. Percayalah setiap masalah ada jalan penyelesaian.

Apa ye perkara yang boleh kita usaha untuk mengurangkan kesannya dari terus merebak dan seterusnya hilang?

#1) Melalui penjagaan kulit wajah.
Salah satu rahsia kulit yang cantik ialah dari amalan membasuh muka yang kerap, paling minimum 2 kali sehari. Juga pastikan memakai toner dan pelembap sejurus selepas mencuci muka. Namun perlu dipastikan pembersih wajah, toner dan pelembap yang digunakan haruslah sesuai dengan kulit. Elakkan menggunakan produk yang boleh menyebabkan kulit wajah menjadi kering. Pemakaian krim pelindung kulit yang mempunyai SPF yang tinggi amatlah perlu sekiranya selalu terdedah dengan matahari.

#2) Melalui pemakanan harian.
Kulit yang sihat memerlukan pemakanan sihat. Banyakkan mengambil sayur dan buah-buahan segar setiap hari bagi memastikan kulit mendapatkan vitamin C dari sumber yang segar walau sedikit. Selain itu, pengambilan air kosong sekurang-kurangnya 2-3 liter sehari juga penting kerana membantu melancarkan darah dan menyingkirkan toksin dari tubuh.

#3) Melalui supplement.
Antara supplement yang membantu mengurangkan jeragat dari terus merebak ialah:
Energizing Soy Protein (ESP) - memastikan sel badan sentiasa sihat dan berganti setiap 21 hari. Ini kerana protein sangat-sangat penting dalam pembentukan sel-sel baru.
Vitamin B dan C - kedua-dua vitamin ini sangat penting untuk membantu pembinaan kolagen.
Vitamin A dan E - sebagai antioksidan yang penting selain anti penuaan dan membantu pengawalan pertumbuhan sel abnormal.
GLA - membantu keseimbangan hormon dalam badan.
Bagi yang kurang berkemampuan memadai amalkan ESP, Vitamin A, Vitamin C dan GLA.
Untuk mendapatkan kesan yang betul, pengambilan supplement yang KONSISTEN selama 90 - 120 hari sehingga mendapatkan ton kulit yang sekata. Penting supaya KONSISTEN. InsyaAllah, usaha yang istiqamah akan berhasil. 
Tak nak ke kulit yang cantik berseri-seri macam ni?

Hubungi saya di feeza.k@gmail.com atau 0133602633 untuk sebarang pertanyaan.

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

1 comment: