Friday, 7 November 2014

Homemade Sushi - Lazat Dan Ringkas

Hari ni cerita pasal masak-masak lagi la ye. Nak cerita tentang menu makan malam yang saya sediakan hari ni.

homemade sushi roll

Hehe...inilah menu makan malam hari ni. Ala-ala japanese malam ni makan sushi ye. Saya memang suka makan sushi, kecuali yang ada ikan salmon tak masak tu.

Sebenarnya tak susah nak buat sushi ni. Mudah dan ringkas saja. 

Bahan-bahan

Beras sushi / calrose rice
Seaweed
Timun
Crab stick
Telur dadar
Mayonis
Wasabi
Sedikit cuka
Sedikit gula
Garam secukup rasa
Bamboo mat

Cara-cara membuatnya

1) Masak nasi seperti biasa. 1 cawan beras : 2 cawan air. 

jenis beras sesuai untuk sushi

2) Sementara tunggu nasi masak, bancuhkan cuka, gula dan garam secukupnya mengikut kuantiti beras.

3) Apabila nasi masak, tuangkan bancuhan cuka, gula dan garam tadi. Kacau rata sementara nasi panas-panas.

nasi untuk sushi

4) Sementara tunggu nasi sejuk, hiris timun, telur dadar dan crab stick yang sudah dimasak terlebih dahulu secara memanjang.

ramuan sushi roll

5) Bentangkan bamboo mat, letak sekeping seaweed dan ratakan nasi di atasnya. Mampat-mampatkan nasi tersebut.

bamboo mat untuk sushi

6) Letak mayonis/wasabi atas nasi, kemudian susun timun, telur dan crab stick di tengah nasi.

kaedah menggulung sushi

7) Gulungkan semuanya sambil mampatkan dengan tangan.

sushi roll recipe

8) Hiris dan siap untuk dihidangkan. Nak makan dengan sos pencicah sushi boleh, makan macam tu saja pun boleh.

Alhamdulillah kenyang perut malam ni dengan sushi :)

BAGAIMANA ORDER PRODUK SHAKLEE
Mudah je, boleh order secara online dengan klik link di bawah:
sistem online shaklee

Ingin dapatkan produk Shaklee secara COD (cash on delivery)? 

Copp!! Nak dapatkan produk Shaklee dengan harga yang lebih murah? Jom daftar sebagai ahli.

Berminat menjana pendapat sebagai SID (Shaklee Independent Distributor)?
Pertanyaan serta penyertaan anda sangat dialu-alukan :)

------------------------------------------------------------ 
Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Hubungi saya di feeza.k@gmail.com atau 0133602633 untuk sebarang pertanyaan.

Thursday, 6 November 2014

Resepi Kek Coklat Meleleh Yang Rugi Kalau Tak Belajar

Dalam banyak-banyak perisa kek yang ada di dunia ni, perisa coklat adalah antara perisa yang paling popular dikalangan penggemar kek. Siapa kat sini yang tak sukakan coklat kan. Dari kanak-kanak sampailah orang dewasa semua sukakan coklat.

bagaimana buat kek coklat

Bagi penggemar tegar kek coklat, pastinya lebih mudah dan menguntungkan jika dapat membuat kek coklat sendiri berbanding beli sokmo di kedai kek. Mau bankrup kalau hari-hari kena beli kek coklat :D

Nak buat kek coklat sendiri tidaklah sesusah mana. Tips berguna untuk pastikan kek yang dibuat menjadi adalah dengan mengikut betul-betul sukatan bahan dan arahan pembuatannya. Buat kek tak seperti masak yang mana kita boleh agak-agak sukatan bahannya ikut selera kita.

Dalam entri kali ni saya nak kongsikan resepi kek coklat meleleh yang selalu saya buat. 

Bahan-bahan untuk kek

250 gram gula
230 gram tepung bluekey
230 gm marjerin
1 sudu teh ekstrak vanila
5-6 biji telur
1 cawan serbuk koko
1 cawan air
1/2 cawan gula

Cara-cara membuat kek
1) Panaskan oven pada suhu 180 darjah celcius.
2) Masak 1 cawan serbuk koko, 1 cawan air dan 1/2 cawan gula hingga larut kemudian ketepikan.
3) Pukul gula dan marjerin sampai kembang. Warna marjerin yang sudah cukup kembang akan bertukar menjadi lebih cerah dan ringan.
4) Perlahankan kelajuan mixer dan masukkan ekstrak vanila, telur serta tepung hingga sebati.
** jangan masukkan kesemua telur dan tepung sekaligus, masukkan sikit demi sikit sampai habis.
5) Kemudian masukkan coklat yang sudah dimasak pada langkah 2 tadi ke dalam adunan. Kacau hingga sebati.
** jangan terlebih kacau.
6) Masukkan adunan dalam loyang pembakar yang sudah dilapiskan dengan marjerin dan tepung kemudian bakar adunan selama 1 jam.

Yang membuatkan kek ni meleleh sebab ada topping coklat. So kita belajar pula cara nak buat topping yang ringkas ni.

Bahan-bahan untuk topping
1 cawan susu segar
1 cawan serbuk koko
1/2 cawan gula

Cara-cara membuat topping
1) Campurkan kesemua bahan dan masak dengan api sederhana.
2) Tuangkan topping atas kek yang sudah masak.

Bila encik suami rasa sekali pasti akan minta lagi. Budak-budak pun pasti akan sukakannya. Sesuai dimakan semasa minum petang.

Dah makan kek coklat meleleh ni jangan lupa telan Omega, Lecithin dan Alfalfa ye kalau taknak badan tu naik sekilo dua lepas telan kek coklat.

BAGAIMANA ORDER PRODUK SHAKLEE
Mudah je, boleh order secara online dengan klik link di bawah:
sistem online shaklee

Ingin dapatkan produk Shaklee secara COD (cash on delivery)? 

Copp!! Nak dapatkan produk Shaklee dengan harga yang lebih murah? Jom daftar sebagai ahli.

Berminat menjana pendapat sebagai SID (Shaklee Independent Distributor)?
Pertanyaan serta penyertaan anda sangat dialu-alukan :)

------------------------------------------------------------ 
Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Hubungi saya di feeza.k@gmail.com atau 0133602633 untuk sebarang pertanyaan.

Monday, 3 November 2014

Cara Mengatasi Stress

Zaman sekarang ni ramai orang yang dapat penyakit tekanan darah tinggi. Sebenarnya banyak punca yang menyebabkan seseorang tu dapat tekanan darah tinggi. Salah satunya adalah berpunca daripada stress atau tertekan.

Seorang kawan saya pernah bercerita bahawa suaminya mempunyai tekanan darah tinggi. Kalau tidak silap, bermula pada awal tahun ini suaminya membuat keputusan berhenti kerja dari sebuah syarikat utiliti besar dan berniaga sendiri. Ajaibnya apabila check up bulanan, doktor memberitahu bahawa penyakit tekanan darah tinggi suaminya sudah sembuh.

Ternyata suaminya mempunyai tekanan darah tinggi berpunca daripada rasa stress dengan kerja dan juga keadaan trafik jalanraya yang sesak setiap kali berulang alik ke pejabat pada setiap hari. Siapa yang tak stress bila hari-hari kena meredah jem kan.

Harini saya bukan nak bercakap tentang penyakit tekanan darah tinggi, tapi lebih kepada puncanya iaitu stress.

Sebagai manusia kita memang tidak boleh lari daripada rasa tertekan. Namun kita boleh belajar cara-cara untuk mengatasi stress. Kalau pun tidak dapat mengatasi sepenuhnya sekurang-kurangnya dapat mengawal rasa stress tersebut.

tips atasi stress

Cara-cara mengatasi stress/tekanan
👉 Segera ambil wudhu' dan menunaikan solat. 
👉 Banyakkan membaca Al-Quran dan menghayati maksudnya.
👉 Rehatkan diri dengan berurut atau pergi ke spa.
👉 Dengar muzik yang lembut dan menenangkan.
👉 Bercuti bersama keluarga.
👉 Berbincang dengan ahli keluarga atau mereka yang terdekat dan boleh dipercayai.
👉 Lakukan aktiviti outdoor atau bersukan bersama keluarga.
👉 Luahkan perasaan seperti menangis supaya lebih lega.
👉 Bermain dengan binatang peliharaan seperti kucing (jika ada membela binatang peliharaan).
👉 Mandi dengan air suam.

Mungkin ada pelbagai lagi cara untuk mengatasi rasa stress dan tidak tertakluk kepada 10 cara yang disenaraikan di atas saja. Ini adalah panduan saja. Pendek kata, anda boleh lakukan apa saja yang boleh menenangkan perasaan anda dari rasa stress tersebut.

BAGAIMANA CARA ORDER PRODUK SHAKLEE
Mudah je, boleh order secara online dengan klik link di bawah:
sistem online shaklee

Ingin dapatkan produk Shaklee secara COD (cash on delivery)? 
KETAHUI CARANYA DI SINI

Copp!! Nak dapatkan produk Shaklee dengan harga yang lebih murah? Jom daftar sebagai ahli.
CARA JADI AHLI SHAKLEE

Berminat menjana pendapat sebagai SID (Shaklee Independent Distributor)?
Pertanyaan serta penyertaan anda sangat dialu-alukan :)
JANA SIDE INCOME DENGAN SHAKLEE

------------------------------------------------------------ 
Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Hubungi saya di feeza.k@gmail.com atau 0133602633 untuk sebarang pertanyaan.

Sunday, 2 November 2014

Resepi Kuih Nagasari

Siapa yang suka makan kuih nagasari? Bagi peminat buah pisang pastinya kuih ni adalah favorite. Saya tak pastilah apa nama kuih ni di negeri lain, tapi setahu saya di kebanyakan negeri memang panggil kuih nagasari.

Meh tengok gambar kuih nagasari sikit untuk gambaran lebih jelas bagi mereka yang tak pernah makan atau dengar tentang kuih ni.

cara membuat kuih nagasari
gambar hiasan dari pakcik google

Cuba tengok dalam kuih nagasari ni, ada inti pisang kan. Sebab tu saya cakap penggemar pisang mesti sukakan kuih nagasari ni.

Tengok gambar je takleh nak makan so tak puas lah kan. Jadi mari kita belajar cara-cara buat kuih nagasari ni supaya boleh buat sendiri dan lebih puas makan. 

Resepi ni saya belajar dari mak mertua saya. Pada saya senang je nak buat kuih nagasari ni cuma agak remeh sikit sebab nak kena sentiasa kacau adunan tepungnya sampai tanak (masak).

Bahan-bahan
8 biji pisang yang dibelah dua
3 cawan tepung beras
10 cawan santan
Garam secukup rasa
Daun pisang untuk membungkus

Cara-cara membuatnya
1) Mula-mula campurkan santan dan tepung sehingga tepung larut sepenuhnya. 
2) Masak atas api sederhana dan kacau sekali sekala. Apabila adunan semakin pekat, sentiasa kacau supaya tidak hangus di bahagian bawah periuk.
3) Masak sehingga tanak (masak). Tanda adunan sudah masak apabila kelihatan berkilat/berminyak. 
4) Matikan api dan sedia untuk dibungkus bersama pisang.
5) Ambil daun pisang, letakkan sedikit adunan atas daun pisang, letakkan seketul pisang di atas adunan.
6) Lipat daun pisang supaya menutupi keseluruhan adunan dan pisang. Buat satu-satu sehingga habis kesemua pisang dan adunan.
7) Letakkan dalam pengukus dan kukus selama 15 minit.

Masa saya buat kuih nagasari ni kebetulan tak ada pula daun pisang so saya buat versi moden, susun dalam loyang je then bila nak makan cedok guna sudu..hehe. Tak kisah la macamana rupanya yang penting sedap 😊

Ringkas dan mudah saja bukan? Enak dimakan pada waktu minum petang bersama Cinch Energy Tea Mix ❤️❤️