Tuesday, 18 March 2014

Ostematrix Shaklee Bekalkan Kalsium Terbaik

Kalau kita tengok tv, banyak betul iklan tentang susu kan...bermacam-macam jenama dan harga...baik susu untuk bayi, kanak-kanak, orang dewasa mahupun yang dah berusia. Mesej utama yang iklan-iklan tersebut sampaikan adalah penekanan kepentingan pengambilan susu atau sebenarnya kandungan kalsium dalam susu tu.
 
susu

Antara fungsi utama kalsium terhadap badan kita adalah:
  1. Untuk pembentukan tulang dan gigi yang kuat
  2. Untuk pembekuan darah, gerakbalas saraf dan kontraksi otot
  3. Untuk mencegah osteoporasis (kerapuhan tulang) sebab seiring dengan peredaran masa dan usia, jisim tulang kita akan berkurangan.
 

Dos Yang Disyorkan?

Kita digalakkan mengambil 1000mg kalsium sehari namun sebaiknya hanya 500mg setiap pengambilan. Kalsium yang berlebihan boleh menyumbang kepada penyakit batu karang yang sudah tentu tidak diingini oleh sesiapa pun.
 

Jenis Kalsium?

Terdapat dua jenis yang utama iaitu kalsium karbonat dan kalsium nitrat. Apa beza kedua-duanya?Kalsium karbonat memerlukan keadaan yang berasid untuk membantu penyerapannya di mana kita digalakkan mengambilnya selepas makan. Kalsium nitrat pula diserap dengan baik tidak mengira perut kosong atau penuh.
 
kalsium shaklee
 

Keistimewaan Kalsium Shaklee (Ostematrix)

Ostematrix Shaklee mengandungi Vitamin D. Vitamin D penting kerana ia membantu kalsium disebarkan dari sistem penghadaman ke seluruh darah dan tulang.
 
Ostematrix juga mengandungi kombinasi kalsium karbonat dan kalsium citrat. Kedua2nya penting supaya Ostematrix sesuai diambil semasa perut kosong ataupun selepas makan.
 

Siapa Yang Patut Mengambil Kalsium?

  1. Ibu mengandung
  2. Ibu menyusu
  3. Lelaki dan wanita yang ingin menjaga kesihatan tulang
  4. Mereka yang mengalami masalah sembelit
  5. Mereka yang mengalami masalah tulang patah atau terlibat dalam kemalangan

Ingin bekalkan badan anda dengan kalsium yang mencukupi? Jom order sekarang.

------------------------------------------------------------
Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Hubungi saya di feeza.k@gmail.com atau 0133602633 untuk sebarang pertanyaan.

Monday, 17 March 2014

Vivix Bantu Kurangkan Rambut Gugur

Hari ni saya nak cerita pasal suami saya dan Vivix lagi :) Hari2 Vivix..hehe. Haruslah excited yang amat bila mana dapat testimoni secara live dari en. suami.
 
vivix anti aging

"Sayang, abang perasan sejak ambil Vivix ni rambut abang dah kurang gugur lah"

Begitulah testimoni secara live suami saya semalam :)

Suami saya memang ada masalah rambut gugur yang agak banyak..nasib baik belum sampai tahap botak lagi. Rambut suami masih lebat dan penuh cuma saya risau dengan keguguran rambutnya yang agak banyak. Setiap kali sikat rambut mesti ada rambut yang tersangkut pada sikat, atas bantal yang suami guna pun ada rambut. 
 
Jadi saya berikan suami Vivix untuk atasi masalah ni, kalau dibiarkan saja takut rambut yang sedia ada tu semakin menipis...taknak lah orang dok cakap umur muda lagi tapi dah botak...hehe. Alhamdulillah dengan pengambilan yang konsisten masalah rambut gugur suami dapat dikurangkan.

Kenapakah begitu? Ini kerana Vivix bertindak memperbaiki sel2 badan dari peringkat DNA lagi. Maka tidak hairanlah apabila rambut semakin subur dan kuat, seterusnya mengurangkan keguguran rambut.
 
Suami anda ada masalah keguguran rambut? Meh cuba Vivix.
 
------------------------------------------------------------
Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Hubungi saya di feeza.k@gmail.com atau 0133602633 untuk sebarang pertanyaan.

Monday, 10 March 2014

6 Mitos Si Kecil

Terdapat pelbagai mitos berkaitan penjagaan bayi, dan kita semua sedia maklum bahawa mitos ini berdasarkan kepercayaan kaum dan adat turun temurun. Antara mitos yang sering dikaitkan dengan penjagaan bayi ini, ada yang boleh diikut, namun banyak juga yang salah dan tidak benar.

Berikut adalah 6 mitos berkaitan dengan penjagaan bayi serta kebenarannya. Jadi, penilaian terletak di pihak anda samada mahu ikut atau tidak.
 

1. Bayi harus dibedung agar tidak masuk angin

bedung bayi
 
Mitos ini dikatakan tidak benar. Kebanyakan orang memakai bedung agar bayi tidak masuk angin. Dan ada juga yang mengetatkan bedung terhadap anak agar ia kejap dan angin tidak dapat masuk. Tahukah anda bahawa bayi sedang bertumbuh dari sudut fizikal. Pemakaian bedung mampu merencat perkembangan organ dalaman bayi memandangkan dinding perut bayi yang masih lemah. Pemakaian bedung yang ketat akan mengecilkan ruang dalaman bayi seterusnya menghambat pertumbuhan organ-organnya.
 
Namun tidak salah memakai bedung kepada bayi. Cuma, longgarkan sedikit terutama di bahagian perut dan paru-parunya supaya jantung dan paru-paru bayi dapat berkembang dengan baik.
 

2. Tidak boleh memotong kuku bayi sehingga habis pantang

Saya masih ingat, ketika juru rawat menyerahkan anak pertama di riba saya, mukanya penuh dengan calar. Anak saya menangis, tapi saya cuba tenangkan dengan menyusu. Kemudian saya terus memotong kuku anak saya. Mitos ini ternyata tidak benar. Kuku bayi yang baru lahir panjang dan tajam. Ia mampu mencederakan wajah bayi dan kemungkinan boleh merosakkan kornea matanya.
 
Mitos ini mungkin untuk mengelakkan daripada bayi tercedera akibat jarinya yang halus. Jika dipotong kukunya akan menyebabkan luka. Namun sebenarnya ia boleh dilakukan dengan berhati-hati. Malah terdapat pengepit kuku yang direka khas untuk si kecil.
 

3. Tangan dan kaki bayi harus sentiasa ditutup

Bayi yang baru lahir mempunyai kulit nipis. Itulah sebabnya kita menutup tangan dan kaki bayi, agar tak kesejukan. Namun bukanlah perlu ditutup sepanjang masa. Ketika cuaca panas, bukalah sarung tersebut. Pemakaian sarung tangan dan kaki yang berterusan akan mengganggu perkembangan kulitnya untuk merasa dan menyentuh. Yang penting, awasi pergerakan tangan anak ketika membuka sarungnya.
 

4. Dibedung supaya kakinya lurus

Anda pernah lihat bayi yang baru lahir lurus kakinya? Semua bayi yang baru lahir mempunyai kaki yang bengkok disebabkan posisinya ketika dalam rahim lagi. Ruang yang kecil menyebabkan bayi berkedudukan begitu ketika dalam rahim. Seiring dengan pertambahan usia bayi, keadaan akan menjadi normal dengan sendirinya.

bayi comel
 
Bayi yang baru lahir memang disarankan dibedung. Namun apabila bayi meningkat usianya, tidak digalakkan membedung bayi kecuali pada waktu sejuk dan selepas memandikan bayi. Membedung boleh mengganggu pengaliran darah dan menghambat pergerakan motorik bayi yang mula berkembang.
 

5. Tidak boleh membawa bayi keluar rumah sebelum 40 hari

Mitos ini tiada kaitan dengan waktu berpantang. Namun ia boleh saja diikuti sekiranya risau bayi mudah mendapat jangkitan apabila di kawasan orang ramai kerana sistem imunisasi bayi masih lemah ketika itu.
 

6. Menarik hidung bayi agar mancung

Mitos ini salah. Bentuk hidung ditentukan oleh tulang yang menjadi sifat bawaan yang diperoleh bayi daripada kedua orang tuanya. Mancung atau tidak hidung bayi tiada kaitan dengan kaedah menarik hidungnya.
 
Terima kasih anakkusayang atas perkongsian yang menarik.
 
------------------------------------------------------------
Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Hubungi saya di feeza.k@gmail.com atau 0133602633 untuk sebarang pertanyaan.

Friday, 7 March 2014

ESP Shaklee Untuk Kulit Yang Halus Gebu

Wah...wah...bestnya promo bulan ni sebab promo ESP. ESP ni atau nama penuhnya Soy Protein Isolate Powder sememangnya sentiasa laris dan on demand dikalangan mereka yang pentingkan kecantikan.
 
soy protein shaklee

Kenapa ye ramai yang ambil ESP untuk kecantikan? Sebab ESP ni tinggi kadar proteinnya, so dapat bantu bina tisu2 baru badan. Jadi segala parut, tona kulit yang tak sekata, juga cela di kulit akan mudah pudar. Hasilnya kulit yang cantik, tulus mulus gitu..hehe
 
ESP mengandungi hanya kacang soya non-GMO (tidak diubahsuai secara genetik) yang diproses di bawah suhu rendah. Setiap 1 canister ESP berasal dari 30 kg kacang soya. Protein kacang soya adalah dua kali lebih dari daging, 4 kali lebih dari telur, 12 kali lebih dari susu. Ia juga rendah lemak, rendah kolesterol dan mudah diserap oleh badan manusia.
 

Pentingkah Protein Pada Badan?

Sangat penting kerana protein adalah asas dan makanan sel..kan protein bantu bina tisu2 baru badan, bila sel badan sihat, maka penyerapan nutrient oleh badan adalah optimum.
 

Simptom Kekurangan Protein

  • Kulit wajah yang kusam
  • Tona kulit yang tidak sekata dan penuh tompokan hitam dan parut
  • Rambut sering gugur
  • Kuku yang tidak sihat
  • Sentiasa lemah dan tidak bertenaga
 
ESP ni berkesan ke? Aish kalau tak berkesan takkanlah berduyun2 orang bagi testimoni :)
 
------------------------------------------------------------
Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Hubungi saya di feeza.k@gmail.com atau 0133602633 untuk sebarang pertanyaan.