Tuesday 18 December 2012

Adakah Kita Perlukan Suplemen?

Adakah Kita Perlukan Suplemen?

pix

Siapa kata makanan yang diambil sudah mencukupi untuk menampung keperluan tubuh? Bagi mendapatkan jawapan, ikuti penerangan terperinci mengenai hal ini.

Peningkatan taraf hidup dan ekonomi menyebabkan berlakunya lambakan makanan. Jadi, mendapatkan keperluan nutrien sepatutnya tidak menjadi masalah besar. Namun, menjalani kehidupan sehari-hari yang sibuk menyebabkan hal berkaitan penjagaan kesihatan dan kesempurnaan pemakanan terabai.
Mungkin ada di kalangan kita cuba mendapatkan makanan yang berkualiti dan terbaik di celah kesibukan menguruskan kehidupan harian tetapi percayalah anda sebenarnya masih gagal menjaga pemakanan dengan sempurna.

Kebanyakan orang tahu pemakanan yang kaya dengan vitamin dan mineral seimbang sangat bermanfaat untuk kesihatan. Pun begitu, hal ini sering diabaikan. Oleh sebab itu, anda perlulah berubah sikap! Tabiat pengambilan suplemen vitamin dan mineral boleh membantu mengatasi masalah ini. Tambahan pula suplemen multivitamin yang diambil setiap hari boleh menyediakan seribu satu kebaikan dalam jangka masa panjang dalam menampung keperluan zat pemakanan yang tentunya kurang dalam pemakanan anda.
 

Multivitamin penting untuk tubuh

Perlu diketahui bahawa seiring dengan peningkatan usia, keperluan nutrien juga turut berubah. Kajian menunjukkan bahawa walau pun individu tersebut mengamalkan pemakanan sihat penuh dengan vitamin dan mineral, keperluan tersebut tidak mampu menampung keperluan tubuh terutama sekali di dalam kesibukan dan keadaan individu itu sendiri. Maka multivitamin harian memainkan fungsinya dengan memberikan pelbagai manfaat kepada tubuh.

Secara umum, suplemen multivitamin dapat membantu dari segi:
Menjaga kesihatan jantung.
  • Meningkatkan tahap tenaga
  • Meningkatkan sistem imun tubuh
  • Menguatkan tulang
  • Kesihatan mata dan penglihatan
  • Menjaga kualiti kulit sihat
 
Zat pemakanan memainkan peranan penting dalam meningkatkan mutu kesihatan. Selain menampung kekurangan vitamin pada tubuh, bahan tambahan ini juga bertindak sebagai merawat penyakit yang berkaitan dengan kekurangan vitamin dan mineral.
Antara indivitu yang digalakkan mengambil multivitamin ialah
  • Wanita hamil dan menyusu anak
  • Pengamal diet yoyo
  • Perokok
  • Pengamal vegetarian
  • Pemnium alkohol yang kerap
  • Pesakit yang perlu mengikuti jadual pemakanan yang khusus.
  • Warga tua yang tidak boleh menyerap vitamin B12.
  • Golongan yang kerap memakan makanan yang dimasak panas. Hal ini kerana vitamin hilang dalam proses memasak.
 
Sebutir suplemen multivitamin setiap hari mampu memenuhi kekurangan zat pada tubuh. Malah, ini juga merupakan kaedah yang paling berkesan dalam menggalakkan pengambilan mikronutrien. Perlu diketahui ketika meninjau untuk membeli multivitamin, anda disarankan untuk memberi tumpuan kepada gabungan vitamin dan mineral yang ada, bukan amaun bagi setiap kandungan mineral dan vitamin. Rujuklah kepada ahli farmasi yang bertauliah untuk mendapatkan informasi tentang multivitamin yang perlu diambil oleh anda.

Ketahuilah suplemen multivitamin yang baik seharusnya mempunyai gabungan zat pemakanan yang seimbang dan memenuhi keperluan vitamin dan mineral teras. Hanya dengan cara itu, barulah tubuh memperoleh semua kebaikannya
info dipetik dari Pa&Ma
 
------------------------------------------------------------
Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Hubungi saya di feeza.k@gmail.com atau 0133602633 untuk sebarang pertanyaan.

Pendedahan Collagen Yang Sebenarnya

Pendedahan Collagen Yang Sebenarnya

Sebelum kita menginjak dewasa (bawah 25 tahun), tubuh kita sedang membesar & berkembang, dan hormon tumbersaran yang begitu banyak ni menggalakkan berkembangnya otot2 dan ligamen, dan kolagen adalah protein yang terlibat dalam pembinaan otot dan ligamen ni.
kolagen halal
Bila kita dah masuk umur 25 tahun ke atas, hormon tumbesaran ni berkurangan.. dan penghasilan kolagen turut berkurangan, dan kolagen ni pula digunakan untuk menjaga kesihatan otot dan ligamen tadi tu.
Kolagen ni pula, kadar penghasilannya makin berkurang dalam 1.5% setahun.. jadi bila kita berumur 45 tahun, agak2 dalam 75% kolagen yang diperlukan oleh badan kita dah hilang.
collagen serbuk
Dari sudut kecantikan, penurunan paras kolagen berkait rapat dengan kesan penuaan pada kulit. Kulit akan berkedut bila kolagen menyusut.
Kolagen sebenarnya bermanfaat dalam pembinaan tisu2 penyambung. Apabila kolagen berkurangan dalam tubuh, penyambungan antara tisu2 ni menjadi kurang bekesan, lalu menjadikan pengangkutan bahan toksik dalam tubuh ke sistem limfatik menjadi sukar.
tisu kolagen
Ia juga mengganggu pengangkutan nutrisi dan bendalir tubuh, yang akhirnya menyebabkan kesan-kesan yang kelihatan pada kulit dan sel-sel lain.
Bila tisu2 penyambung ni tak dapat berfungsi dengan sempurna, tubuh kita terpaksa menggunakan sistem alternatif untuk mengangkut toksin. Lalu ia memindahkan bahan toksin itu sebagai ‘pembalut’ kepada sel lemak.
Ini adalah antara punca terjadinya selulit, kerana tubuh menjadikan lemak2 tersebut sebagai pelindung – menyimpan toksin.
Pengambilan kolagen memperbaiki fungsi tisu2 penyambung, sekaligus membenarkan toksin dihantar ke sistem limfa dan mendapatkan kembali nutrien dan hidrasi sel bagi kesihatan yang optimum.

Adakah Semua Kolagen Sama?

Tidak. Kolagen terbaik adalah dari sumber haiwan kerana ia mudah diserap oleh tubuh. Dan kolagen dari ikan laut dalam lebih mahal dari kolagen dari ayam kerana sumbernya yang tidak mudah untuk didapati.
kolagen halal
Kolagen terbaik adalah kolagen yang dipatenkan di bawah standard yang terbaik bagi memastikan rantaian asid amino di dalamnya tidak rosak.
shaklee collagen
Usah berkira nak dapatkan yang terbaik. Lebih baik bayar lebih untuk perlindungan awal daripada terpaksa membayar lebih akibat tersalah makan kolagen!
Shaklee Collagen Powder, dari sumber sisik ikan merah laut dalam, mengandungi bahan-bahan penyokong untuk kecantikan dan kesihatan dari dalam.
credit
Dapatkan Shaklee Collagen Powder anda dengan HARGA RUNTUH! Harus bertindak cepat  sementara stok masih ada.
------------------------------------------------------------
Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Hubungi saya di feeza.k@gmail.com atau 0133602633 untuk sebarang pertanyaan.

Wednesday 12 December 2012

Pengambilan Ubat dan Penyusuan

Pengambilan Ubat dan Penyusuan

Menjadi dilema biasa kepada ibu mengandung dan menyusu bila tak sihat “Bolehkah saya mengambil ubat?”
 
Ya, sesetengah ubat berupa drug boleh memberi kesan kepada kandungan dan bayi yang menyusu.
 
Tapi sebelum itu saya nak kongsikan apakah langkah yang perlu diambil semasa menyusukan anak:
(1) Menjaga kesihatan di tahap optimum kerana ibu menyusu bukan kena menyusukan anak je, tapi juga menjaga keluarga dan sebagainya, terutama ibu bekerja.
(2) Menjaga pemakanan – mengambil makanan yang tinggi khasiat
(3) Mengambil pemakanan tambahan yang seimbang – bukan untuk tambah susu semata2 tapi untuk menjaga kesihatan tubuh badan secara total
 
Ibu jangan kejar nak susu banyak saja, tapi biarlah tubuh badan terjaga. Sekurang2nya muka takdela pucat kusam. Suami pun bertambah bangga :)
 
OK, berikut adalah panduan pengambilan ubat-ubatan untuk ibu menyusu:
 
Demam, sakit kepala:
..selamat – paracetamol
..sesekali – aspirin
..tidak sesuai – ponstan
 
Selesema, asma:
..selamat – nasal spray
..tidak sesuai – tablet yang mengandungi pseudoepedrine kerana bole mengurangkan susu
 
Pil perancang:
..selamat – Noriday, Microlut, Locilan
..tidak sesuai – Nordette, Rigevidon, Triquilar
 
Sembelit:
..selamat – yang berasaskan fiber
..tidak sesuai – Durolac, Senokot, Conoxyl
 
Sinus:
..selamat – Clarantyn
 
Bagaimana dengan vitamin? Secara generalnya semua vitamin bukan saja selamat malah digalakkan untuk ibu menyusu mengambilnya. Tapi hati2 dengan herba kerana ada yang kandungannya tak selamat untuk menyusu.
 
Walau bagaimanapun, beritahu doktor yang anda menyusu dan minta preskripsi yang sesuai untuk penyusuan :)
 
credit
 
------------------------------------------------------------
Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Hubungi saya di feeza.k@gmail.com atau 0133602633 untuk sebarang pertanyaan.

Vitamin Shaklee vs Makanan Seimbang

Vitamin Shaklee vs Makanan Seimbang

Adakah anda memilih ini:
eat well plate
Atau ini:
set breastfeeding shaklee
Ramai yang tersalah pilih. Pilih yang atas. Pilih yang bawah.
Pilih kedua-kedua. Tiada istilah : makanan seimbang vs vitamin Shaklee.
Pengambilan vitamin dalam bentuk pil ni bukan bertujuan untuk ‘menggantikan dari makanan’, tidak sama sekali. Malah bukan menjadi sumber nutrien utama.
Makanan seimbang, aktiviti fizikal, amalan rohani, akhlak yang baik… adalah antara pilar-pilar dalam kesihatan yang unggul. Tidak boleh sama sekali meninggalkan asas-asas kesihatan yang baik ni. Tak boleh gantikan makanan seimbang dengan vitamin. Tak boleh gantikan senaman dengan vitamin. Apa lagi gantikan ibadah2 dengan vitamin.
Vitamin diperlukan untuk membantu tubuh kita melawan radikal bebas dari benda-benda ini:-
free radical
Suka atau tidak kita terdedah pada sekurang-kurangnya 40% dari benda-benda di atas.
Sebenarnya badan kita ni memang dah hasilkan radikal bebas secara semulajadi. Bayangkan sel-sel tubuh kita macam kereta… bila berlaku metabolisma, sel-sel ni mengeluarkan asap ‘ekzos’. Kalau kereta, asap ekzos tu yang bahaya sebab ada macam2 gas dalam tu kan. Sama lah sel tubuh kita. Tapi untuk proses semulajadi ni, tubuh kita ada mekanisma untuk neutralkan radikal bebas tu.
Tapi bila kita terdedah pada benda-benda di atas, tubuh kita menghasilkan lebih banyak radikal bebas. Dan sistem badan kita tak dapat nak atasi dah.
Maka kita kena makan makanan seimbang, bebas segala -id (pestisid, herbisid, germisid), limitkan makanan yang diproses, dan yang paling penting, jauhi makanan rapu serta berkalori tinggi!
Mengikut kajian, penyebab penyakit2 kardiovaskular bukan lagi disebabkan oleh pengambilan lemak, tetapi makanan berkalori ni. Kalori tu dah cukup dah yang kita ambil dalam makanan harian kita ni, tak payah tambah-tambah kalori lagi dengan pengambilan makanan rapu dan minuman bergas. Lagi-lagi bila gaya hidup harian tu pagi-pagi keluar ke pejabat, malam baru balik. Tingkat 1 pun naik lif.
Jadi tidak relevan bila anda makan vitamin sebab nak ‘cover’ tabiat suka makan makanan rapu ni dan juga ‘tak ada masa bersenam’.
Mengamalkan pemakanan sihat dan seimbang adalah WAJIB, bukan pilihan dan gantinya ialah vitamin. Tidak sekali-kali. Namun memang tak dinafikan, tak semua orang mampu melakukannya. Misalnya jika berada di luar rumah, dan mereka yang bekerja pagi-malam ke pagi… Yang tak sempat nak masak di rumah… dan sebagainya. Tapi ia tetap bukan alasan untuk ‘takpelah makan makanan rapu ni, aku kan makan vitamin’.
Walaupun anda pengamal vitamin tegar, tak kiralah vitamin Shaklee ke vitamin apa ke, jangan abaikan perkara-perkara asas kesihatan. Vitamin bukan formula ajaib, ia cuma pelengkap untuk mencapai ODA.
vitamin shaklee RDA
“Makan vitamin pun kena jaga makan? Baik tak payah makan vitamin”. “Makan vitamin pun kena bersenam? Baik tak payah makan vitamin”
Macam ni lah.. Asas-asas hidup yang sihat tu seperti nasi lemak. Vitamin tu sambal tumisnya. Makan nasi lemak lebih kick dengan sambal, tapi makan nasi lemak kosong pun sedap dan kenyang juga. Orang masih panggil ia nasi lemak. Tapi… kalau makan sambal tumis saja? Dah tak nama nasi lemaklah.
Apa-apa sekalipun, vitamin bukan ‘excuse’ untuk tidak mementingkan penjagaan asas kesihatan ;)
Ramai tokoh negarawan kita pengamal vitamin namun mereka juga adalah pengamal gaya kehidupan sihat!

credit to MommyLyna
------------------------------------------------------------
Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Hubungi saya di feeza.k@gmail.com atau 0133602633 untuk sebarang pertanyaan.

Thursday 6 December 2012

Kolagen dan Sumbernya

Kolagen dan Sumbernya

Kolagen merupakan ejen pelekat yang bertindak melekatkan sel2 dalam tubuh kita antara satu sama lain. Kolagen adalah sejenis protein yang merangkumi 30% jumlah protein keseluruhan badan kita. Kulit kita terdiri dari 70% kolagen, urat dan ligamen mengandungi 85%, malah tulang2 kita pun terdiri dari kolagen.
Kolagen bukan sahaja menjaga keanjalan kulit malah mengukuhkan organ dalaman kita termasuk tulang dan sendi agar sentiasa kukuh dan sihat.

Pentingkah kolagen?

Walaupun tubuh kita membuat kolagen sendiri, tapi ia mula berkurangan dengan kadar 1.5% setiap tahun selepas kita berumur 25 tahun. Kesan pengurangannya mula dirasai dalam 10 tahun kemudian, yang mana kita mula kehilangan separuh kolagen dalam tubuh kita. Oleh itu tidak hairanlah bila meningkat usia, kulit mula menjadi berkedut dan ada yang mengalami kedutan sebelum masanya. Ini kerana bahan2 penjaga kolagen iaitu antioksidan yang dihasilkan oleh tubuh dan makanan yang diambil tidak cukup untuk menampung kolagen kerana telah digunakan untuk melawan serangan radikal bebas.
Kolagen bukan sahaja diambil untuk kecantikan tapi juga diperlukan dalam hal perubatan untuk mencegah pelbagai penyakit seperti osteoarthritis, osteoporosis, arteriosclerosis dan pelbagai masalah akibat kekurangan kolagen. Ia juga turut digunakan dalam merawat dan mengubat kes2 melecur yang serius dimana kolagen diperlukan bagi mencipta ganti kulit palsu.
Selain itu, ia turut dijual sebagai supplement bagi melancarkan pergerakan sendi. Ini kerana kolagen membentuk 90% protein matriks tulang2 dan 2/3 tulang rawan artikular, dimana kehilangan kolagen juga boleh menjejaskan kesihatan tulang dan sendi.

 

Dari manakah sumber kolagen?

Terdapat pelbagai jenama, jenis kolagen dipasaran hari ini. Namun tahukah anda dari manakah sumber2 kolagen tersebut? Saya senaraikan di bawah ye. Credit to CikguHani:
  1. Daripada bovine (lembu) - diternak secara tertutup contohnya di Australia dan New Zealand
  2. Daripada babi (porcine origin)
  3. Daripada haiwan laut (e.g. ikan dan gamat)
  4. Daripada tumbuhan (e.g kacang soya)
  5. Daripada Yak - produk dari China
  6. Daripada manusia (e.g plasenta, janin yang digugurkan dan ada cerita dari banduan yang ditembak mati!)
Mengejutkan bukan? So, anda haruslah berhati2 kerana terdapat produk kolagen yang tidak dapat dipastikan sumbernya dengan jelas dan membuatkan produk tersebut diragui status halalnya. Ini kerana sumber kolagen yang paling mudah diperolehi adalah daripada kulit babi atau gamat. Pastikan anda memilih kolagen yang halal.

Apakah sumber Collagen Powder Shaklee?

Shaklee Collagen Powder merupakan suplemen kolagen hebat yang mengandungi 4,000mg proprietari RSS (Red Snapper Scale) Collagen, kolagen yang berkualiti tinggi dan tulen yang diekstrak daripada sisik ikan merah. Mempunyai molekul yang sangat ringan iaitu kira-kira 1,000 Dalton supaya dapat diserap dengan mudah oleh badan dan dapat membantu kepada peningkatan sintesis kolagen pada lapisan dermis dengan berkesan.
Tujuh bahan utamanya digabungkan untuk meningkatkan keberkesanan kolagen RSS dan menyokokng kecantikan anda dari dalam:
  1. Kolagen ikan - memberikan kesan elastin, mengekalkan kulit lebih anjal
  2. Ekstrak kerang-kerangan - mengandungi glukosamina sbg pelincir bg sendi, menghidrat mata, & melegakan ketidak selesaan mata
  3. Lactobacillus acidophilus - meningkatkan penyerapan kolagen
  4. Ekstrak biji Camellia Japonica - mengandungi acid oleik dan isoflavon. Membekalkan nutrisi dan penghidratan.
  5. Ekstrak Pfaffia - merawat rambut gugur, ketidakseimbangan hormon, dan meningkatkan tenaga batin. Meningkatkan prestasi dan tenaga.
  6. Vitamin C - menggalakkan pengeluaran kolagen dan menentang radikal bebas.
  7. Vitamin B2, B6 - membekalkan tenaga yang penting dalam proses pengeluaran kolagen didalam sel tubuh.
Cepat dapatkan Collagen Powder anda dengan tawaran harga runtuh!! Hanya bulan ni saja tau. Rugi kalau tak rebut peluang ni. Jangan menyesal lah kalau Shaklee kehabisan stok nanti.
------------------------------------------------------------
Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Hubungi saya di feeza.k@gmail.com atau 0133602633 untuk sebarang pertanyaan.

Wednesday 5 December 2012

Shaklee Malaysia Tidak Halal?

Shaklee Malaysia Tidak Halal?

Semalam seorang downline saya ditanya oleh seorang customer tentang satu blog yang mengatakan bovine gelatine yang digunakan oleh Shaklee Malaysia tidak halal. Customer itu berminat untuk mencuba produk Shaklee namun menjadi was2 setelah terjumpa blog tersebut. Dalam blog tersebut si penulis telah mendapatkan kesahihan berkenaan bovine gelatin ini daripada Shaklee Kanada. TETAPI, yang menjadi persoalannya kenapa perlu tanya pada Shaklee Kanada sedangkan Shaklee menghasilkan produk untuk setiap Negara adalah berbeza. Malah produk yang dipasarkan di Malaysia, tidak sama dengan produk yang dipasarkan di Amerika, Kanada, Japan dan Negara-negara lain. Penghasilan untuk produk Negara Islam dan produk bukan Negara Islam juga berbeza. Saya bukan berkata-kata kosong kerana seorang daripada upline saya berkesempatan pergi ke kilang di US dan melihat sendiri proses pembuatan produk.

Mari ikuti kaji selidik yang dilakukan oleh rakan saya Hanis Amin
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------
Baru-baru ni bila saya baca tulisan pada botol OmegaGuard, dan perasan ianya ditulis
Manufactured by : Banner Pharmacaps (Canada) Ltd., 5807 47th Ave, Olds, Alberta, T4H1S7,Canada.
Manufactured for : Shaklee Corporation, Pleasonton, CA 9588 USA

Lantas saya terus teringat, suatu ketika dulu timbul isu tentang Halal-Haram bovine gelatine Shaklee bila ada seorang sahabat menjumpai satu blog yg mengandungi surat ditulis kepada Shaklee Canada tentang kehalalan bovine gelatine Shaklee. Pada masa tu, saya terfikir ‘Kenapa la orang itu pergi jauh-jauh bertanya pada Shaklee Canda sedangkan dia boleh bertanya pada Shaklee Malaysia’. Bila nampak tulisan di atas terus terfikir, mungkin ini penyebabnya, kerana tulisan di botol Shaklee bahawa ianya dibuat di Kanada. Kandungan blog tersebut menyatakan, Shaklee Canada tidak menjamin bovine gelatinenya halal tanpa mengetahui penghasilan vitamin Shaklee bagi setiap negara adalah berbeza.

Ketika itu, saya benar-benar yakin dengan kehalalan Shaklee kerana salah seorang upline saya pernah pergi ke kilang Shaklee di US dan melihat sendiri cara penghasilannya. Tetapi bila menjumpai OmegaGuard dihasilkan di Kanada, terus saya tersentak. Saya periksa kembali semua produk Shaklee saya. Semua produk yang dari softgel seperti Lecithin, OmegaGuard dan Vitamin E dihasilkan dari Kanada. Manakala, produk yang lain dihasilkan dari US. Walau bagaimanapun, capsul dari bovine gelatine ini tidak dihasilkan oleh Shaklee Canada tetapi oleh Banner Pharmacaps (Canada) Ltd.

Lalu, saya pun terus mencari tentang syarikat Banner Pharmacaps. Rupanya ia adalah syarikat penghasilan barangan pharmaceutical dan nutrition terbesar di dunia. Masih tidak berpuas hati, saya mencari lagi dan menjumpai no telefon Banner Pharmacaps Canada. Saya cuba telefon tetapi talian ditutup. Bila check waktu dunia, rupanya di Kanada jam menunjukkan pukul 6 pagi. Manalah ada customer service yang nak layan.

Pencarian diteruskan dan menemukan saya dengan Halal Consumer Magazine, A Publication of Islamic Food and Nutritional Council of America (IFANCA). Dan menemui hasil di bawah.

Alhamdulillah, Banner Pharmacaps, Canada disahkan halal oleh IFANCA. Saya tak pasti tentang cawangan Banner Pharmacaps yang lain, yang penting Banner Pharmacaps Canada yang menghasilkan Shaklee disahkan HALAL. Pencarian diteruskan dengan hasil di bawah


Apa pula kata Presiden Banner Pharmacaps US, Dr. Roger Gordon?

Manufacturers are also becoming more sensitive to consumer needs by providing a wider selection of capsule choices that meet specific dietary requirements. Due to the global nature of the marketplace it has become increasingly important to understand the special needs of consumers. For example, the Halal two-piece capsules made by Capsugel meet the specific dietary needs of its Muslim customers and the capsules are certified as Halal by the Islamic Food and Nutrition Council of America (IFANCA). Further, capsules meeting Kosher needs are also available.
* source
---------------------------------------------------------------------------------------------------------
Itu dia hasil penyelidikan rakan saya. Sekarang saya lebih yakin bahawa yang produk Shaklee Malaysia adalah HALAL. Seperti saya nyatakan di atas, produk untuk setiap negara adalah berbeza. Mari lihat contoh-contoh produk Shaklee yang dipasarkan di beberapa negara. Kita lihat untuk soy lecithin.




Inilah bukti walaupun di bawah satu jenama SHAKLEE tapi produk yang dipasarkan berbeza mengikut negara itu.

Jika anda berkesempatan melawati laman web Shaklee bagi setiap Negara di atas, senarai produk yang dipasarkan juga berbeza. Tidak semua produk di US akan dipasarkan di Malaysia. Ini menunjukkan Shaklee hanya memastikan barang yang halal untuk pasaran Malaysia.

Oleh itu, janganlah berasa was- was dengan status produk Shaklee.

Saya sendiri berpengalaman 6 tahun di negara Jepun. Jadi saya akan bertanya kepada Shaklee Jepun untuk membeli produk di Negara Jepun bukannya dengan Shaklee Malaysia kerana Shaklee Malaysia tidak tahu produk yang dipasarkan di Jepun.
 
------------------------------------------------------------
Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Hubungi saya di feeza.k@gmail.com atau 0133602633 untuk sebarang pertanyaan.