Wednesday, 12 December 2012

Home » , » Pengambilan Ubat dan Penyusuan

Pengambilan Ubat dan Penyusuan

Pengambilan Ubat dan Penyusuan

Menjadi dilema biasa kepada ibu mengandung dan menyusu bila tak sihat “Bolehkah saya mengambil ubat?”
 
Ya, sesetengah ubat berupa drug boleh memberi kesan kepada kandungan dan bayi yang menyusu.
 
Tapi sebelum itu saya nak kongsikan apakah langkah yang perlu diambil semasa menyusukan anak:
(1) Menjaga kesihatan di tahap optimum kerana ibu menyusu bukan kena menyusukan anak je, tapi juga menjaga keluarga dan sebagainya, terutama ibu bekerja.
(2) Menjaga pemakanan – mengambil makanan yang tinggi khasiat
(3) Mengambil pemakanan tambahan yang seimbang – bukan untuk tambah susu semata2 tapi untuk menjaga kesihatan tubuh badan secara total
 
Ibu jangan kejar nak susu banyak saja, tapi biarlah tubuh badan terjaga. Sekurang2nya muka takdela pucat kusam. Suami pun bertambah bangga :)
 
OK, berikut adalah panduan pengambilan ubat-ubatan untuk ibu menyusu:
 
Demam, sakit kepala:
..selamat – paracetamol
..sesekali – aspirin
..tidak sesuai – ponstan
 
Selesema, asma:
..selamat – nasal spray
..tidak sesuai – tablet yang mengandungi pseudoepedrine kerana bole mengurangkan susu
 
Pil perancang:
..selamat – Noriday, Microlut, Locilan
..tidak sesuai – Nordette, Rigevidon, Triquilar
 
Sembelit:
..selamat – yang berasaskan fiber
..tidak sesuai – Durolac, Senokot, Conoxyl
 
Sinus:
..selamat – Clarantyn
 
Bagaimana dengan vitamin? Secara generalnya semua vitamin bukan saja selamat malah digalakkan untuk ibu menyusu mengambilnya. Tapi hati2 dengan herba kerana ada yang kandungannya tak selamat untuk menyusu.
 
Walau bagaimanapun, beritahu doktor yang anda menyusu dan minta preskripsi yang sesuai untuk penyusuan :)
 
credit
 
------------------------------------------------------------
Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Hubungi saya di feeza.k@gmail.com atau 0133602633 untuk sebarang pertanyaan.

No comments:

Post a Comment