ALAHAN MAKANAN
Pakar kanak-kanak telah lama
mengetahui bahawa sesetengah kanak-kanak boleh mendapat gatal-gatal kulit,
lelah resdung, cirit, muntah-muntah dan sebagainya setiap kali mereka makan
bahan-bahan yang tidak serasi dengan mereka. Ketidakserasian ini mungkin
disebabkan oleh masalah penghadaman atau oleh alahan makanan (food allergy).
Keadaan ini boleh berlaku pada peringkat bayi lagi, malah ada para penyelidik
yang berpendapat bahawa ia boleh berlaku pada peringkat janin lagi. Ini berdasarkan
pengalaman beberapa orang wanita hamil yang mengadu bahawa setiap kali mereka
meminum banyak susu lembu, janin dalam rahim mereka aktif dan menendang lebih
kuat daripada biasa. Ini reaksi terhadap sesetengah jenis makanan. Alahan
makanan berbeza dengan masalah penghadaman. Antibodi boleh dikesan di dalam
darah seseorang yang mengalami alahan makanan.
Kes alahan makanan memang pernah juga
di temui di klinik kanak-kanak. Tetapi, kanak-kanak yang mengalaminya tidak
semestinya menunjukkan alahan terhadap bahan-bahan yang sama. Ia berbeza antara
seorang kanak-kanak dengan kanak kanak lain. Penyakit alahan seperti lelah,
resdung, mata merah dan gatal-gatal kulit sering dialami. Berikut iailah satu
contoh riwayat kes kanak -kanak yang mengalami alahan.
KES
Arif dilahirkan normal, cukup bulan,
dalam keadaan baik dan beratnya 3.2kg. Ibunya telah memberinya susu badan
sehingga dia berusia dua bulan. Berat badanya naik dengan memuaskantetapi
apabila ibunya mula bekerja semula, Arif telah diberikanformula susu tepung
lembu kerana ibunya tidak berupaya memberinyasusu badan lagi. Dua minggu
selepas pemberian susu formula tepung, bibir Arif mula kelihatan kekeringan dan
kemerah-merahan. Kulit badannya juga mula kelihatan kering sehingga kebahagian
lampin. Dia lebih kerap membuang air besar dan najisnya pula kelihatan lebih
cair. Ibunya telah membawa dia berjumpa doktor tetapi ubat yang dibekalkan agak
kurang nyenyak tidur, sering terjaga di waktu malam dan menangis berpanjangan.
Dia selalu batuk -batuk terutama padawaktu malam. Dia juga kerap muntah pada
waktu siang hari. Adakalanya, mulutnya kelihatan merah sewaktu menyusu. Dia
juga tidak bergitu berminat untuk menyusu. Walau bagaimanapun, dia tetap sihat
dan aktif dan menunjukkan tahap perkembangan yang memuaskan. Ayahnya dan
kakaknya menghidap penyakit lelah. Doktor menasihatkan ibunya supaya tidak
memberi Arif susu tepung lembu selama dua minggu dan menukar kepada susu
protein soya. Selang beberapa hari sahaja Arif kelihatan lebih riang daripada
biasa. Kulitnya tidak lagi terlalu kering dan tidak lagi batuk atau
muntah-muntah pada waktu malam. Tidurnya lebih nyenyak dan berat badanya juga
naik dengan memuaskan.
Sebulan kemudian, ibunya telah memberinya susu tepung lembu kembali. Masalah lamanya berulang kembali. Dia kurang minat menyusu dan kulitnya mula kering serta menjadi menjadi merah. Sekali lagi ibunya dinasihatkan supaya memberi Ariff susu kacang soya. Keadaannya berubah menjadi lebih baik. Tanda-tanda ini berulangkembali apabila si anak itu diberi susu tepung lembu dengan tidak sengaja oleh pembantu rumahnya dan reda semula apabila pemberian susu tepung dihentikan. Ibu bapanya semakin yakin yang anak mereka memang alah pada susu lembu dan mereka lebih berjaga-jaga agar anak mereka tidakdiberi makanan yang mengandungi bahan-bahan daripada susu lembu.
Sebulan kemudian, ibunya telah memberinya susu tepung lembu kembali. Masalah lamanya berulang kembali. Dia kurang minat menyusu dan kulitnya mula kering serta menjadi menjadi merah. Sekali lagi ibunya dinasihatkan supaya memberi Ariff susu kacang soya. Keadaannya berubah menjadi lebih baik. Tanda-tanda ini berulangkembali apabila si anak itu diberi susu tepung lembu dengan tidak sengaja oleh pembantu rumahnya dan reda semula apabila pemberian susu tepung dihentikan. Ibu bapanya semakin yakin yang anak mereka memang alah pada susu lembu dan mereka lebih berjaga-jaga agar anak mereka tidakdiberi makanan yang mengandungi bahan-bahan daripada susu lembu.
Riwayat di atas merupakan satu contoh
kes kanak-kanak yang mengalami alahan terhadap susu lembu. Selain susu lembu,
ada bahan-bahan makanan lain yang merupakan unsur alahan bagi sesetengah
kanak-kanak. Setiap kali bahan-bahan alahan itu dimakan, timbullah reaksi
gatal-gatal, hidung berhingus, batuk dan muntah, cirit dan sebagainya.
Lazimnya, si ibu yang memerhatikan dengan teliti pemakanan anaknya akan dapat
mengagak bahan-bahan makanan yang tidak serasi dengan si anak.
Antara bahan-bahan makanan yang boleh
menyebabkan alahan termasuklah telur, daging, udang dan bahan awetan.
Penyakit-penyakit lain juga boleh
mengakibatkan tanda-tanda yang sama seperti yang dipamerkan oleh mereka yang
menghidap alahan makanan. Umpamanya seseorang kanak kanak yang cirit-birit dan
muntah-muntah berkemungkinan terkena keracunan makanan (food poisoning) ,
penyakit cirit- birit akibat jangkitan kuman atau reaksi alahan (allergic
reaction) terhadap bahan makanan.
Bagaimana hendak mengenal pasti
alahan pada bahan pada makanan ?
Seseorang doktor yang menilai dan
memeriksa bayi atau kanak-kanak perlu sentiasa memikirkan kemungkinan
berlakunya alahan makanan jika si anak itu menunjukkan tanda-tanda seperti di
bawah ini :-
· Selsema, batuk-batuk, merah mata
dan tanda kemerahan di kawasan sekitar mulut.
· Ekzema kulit, gatal-gatal kulit.
· Kurang subur, sering muntah-muntah
dan cirit serta perut buncit .
· Sentiasa resah, tidak nyenyak
tidur, sukar menumpukan perhatian dan terlalu aktif.
Tanda-tanda yang sama boleh juga
terdapat pada berbagai-bagai jenis penyakit lain. Seseorang doktor boleh
mengesyaki kemungkinan berlaku alahan makanan dengan mengambil riwayat yang
terperinci dari ibu bapa tentang kaitan di antara bahan-bahan yang di makan
dengan tanda-tanda yang ditunjukkan. Kanak-kanak yang memepunyai riwayat
seperti Arif mungkin mengalami alahan makanan.
Adakalanya, agak sukar untuk mengenal
pasti bahan makanan yang menyebabkan alahan kerana si anak mengambil
berbagai-bagai jenis makanan. Satu cara mengatasi masalah ini ialah dengan
menyediakan jadual makanan harian yang tidak mengandungi bahan-bahan yang
disyaki boleh menyebabkan alahan dan melihat sama ada tanda-tanda alahan itu
reda atau berkurangan setelah kanak-kanak tersebut mengambil bahan-bahan
makanan itu selama satu atau dua minggu. Ibu bapa sendiri boleh mengesyaki
bahan-bahan makanan yang tidak serasi dengan anak mereka. Kadangkala, si anak
sendiri tidak mahu mengambil sesuatu jenis makanan, seolah-olah sistem badannya
tahu bahawa bahan-bahan tersebut tidak sesuai baginya.
Adakalanya pula, doktor menggunakan
ujian kulit (skin tests) untuk mengecam tanda-tanda berlakunya alahan makanan.
Ujian darah seperti IgE, RAST dan lain-lain boleh membantu memberikan maklumat
tentang punca alahan yang dialami oleh kanak-kanak itu.
Kadangkala, seseorang anak itu
disyaki alah terhadap beberapa jenis makanan. Dalam keadaan ini, si ibu
perlulah menyediakan makanan khas. Bantuan serta nasihat pakar kanak-kanak dan
pakar diet diperlukan. Dalam tempoh satu minggu , semua bahan makanan yang
biasa dimakan oleh anak itu (seperti susu, telur, ayam dan makanan yang
mengandungi bahan awetan) akan dielakkan. Si anak hanya akan diberikan bahan
makanan segar selama satu minggu. Nasi, daging, sayur dan buah-buahan boleh
terus diberikan sedikit demi sedikit. Si anak akan diperhatikan untuk mengesan
sebarang tanda alahan. Jika tanda-tanda alahan masih tidak reda doktor pakar
boleh membuat andaian bahawa kemungkinan kanak-kanak tersebut telah diberikan
bahan makanan yang tidak serasi secara tidak langsung tanpa disedari.
Umpamanya, walaupun si anak tidak diberi makan telur, dia mungkin akan tetap
menunjukkan tanda alahan jika kuih-muih yang mengandungi ramuan telur diberikan.
Jika tanda-tanda alahan telah reda ,
bahan-bahan makanan yang biasa dimakannya dahulu bolehlah mula diberikan
sedikit setiap hari. Pengambilan bahan-bahan makanan itu ditambah jika
tanda-tanda alahan tidak timbul walaupun setelah bahan-bahan itu banyak dimakan
, bolehlah dibuat kesimpulan bahawa si anak itu tidak alah terhadap bahan-bahan
tersebut. Bahan-bahan makanan lain pula boleh dicuba denagn cara yang sama.
Dengan cara ini, dapatlah diketahui bahan makanan mana yang tidak serasi dengan
anak itu.
Masalah penghadaman
Adakalanya, seseorang kanak-kanak itu
menunjukkan kurang keserasian terhadap sesuatu jenis bahan makanan sehingga
menimbulkan masalah penghadaman. Keadaan ini tidak sama seperti alahan kerana
tidak terdapat antibodi dalam darahnya yang boleh menunjukkan dia alah terhadap
bahan makanan itu.
Dalam satu majlis jamuan ringan,
seorang daripada tetamu telah mengeluh panas badan. Tangannya menggeletar dan
dia mengadu sakit perut Sebenarnya, dia tidak serasi dengan bahan monosodium
glutamat. Dia pernah menyatakan bahawa dia sering mendapat reaksi ini apabila
termakan bahan yang mengandungi monosodium glutamat. Keadaan ini tidak serupa
dengan alahan makanan kerana terdapat antibodi seperti yang terdapat pada
kanak-kanak yang alah pada susu lembu. Kemungkinan tubuhnya tidak mempunyai
enzim atau bahan kimia yang diperlukan untuk proses penghadaman. Ini
menyebabkan dia tidak serasi terhadap sesuatu bahan makanan.
Satu lagi contoh ialah kanak-kanak
yang tidak serasi dengan gula furktos (fructose intolerance) kerana tubuhnya
tidak mempunyai enzim yang mencukupi. Dia tidak serasi dengan sebarang bahan
makanan yang mengandungi fruktos. Gula-gula banyak mengandungi fruktos dan
setiap kali kanak-kanak itu memakannya, dia akan kurang berasa kurang selesa,
loya, muntah muntah atau terpaksa meluahkannya keluar. Satu lagi keadaan yang
biasa berlaku ialah gluten intolerance. Keadaan ini biasanya terdapat di
kalangan kanak-kanak di barat. Setiap kali diberi makanan ynag mengandungi
gluten seperti yang terdapat dalam beras gandum, dia akan mengalami
cirit-birit. Jika dibiarkan berterusan, pertumbuhan badannya mungkin tidak akan
subur.
Saya pernah juga bertemu seorang
kanak-kanak yang tidak serasi dengan minuman oren kordial dan manis-manisan.
Dia akan menjadi lebih resah, terlalu aktif dan singkat tumpuan perhatiannya
jika memakan bahan-bahan ini secara berlebih-lebihan. Seorang kanak-kanak
berusia 11 tahun sering mengalami sakit kepala jika dia minum coca-cola atau
makan burger daging berlebih-lebihan.
Walaupun keadaan ini jarang berlaku,
ia tidak sewajarnya dipandang ringan. Jika dapat dikenal pasti, pengambilan
bahan-bahan makanan itu boleh dielakkan.
Bagaimana caranya untuk
mengelakkan anak daripada mendapat reaksi alahan?
Jika terdapat masalah alahan dalam
keluarga, pastikanlah bayi anda yang baru lahir diberikan susu badan. Pemberian
susu lembu pada peringkat awal kelahiran boleh menyebabkan si anak mendapat
reaksi alahan. Penyelidikan yang dijalankan oleh pakar kanak-kanak di Hospital
Universiti telah menunjukkan bahawa jika si anak itu mendapat penyakit
cirit-birit dalam tempoh dua bulan pertama kelahirannya, dia berkemungkinan
besar akan mendapat reaksi alahan jika diberi susu yang mengandungi protien
lembu. Ramai pakar yang menyarankan supaya bayi-bayi dari keluarga yang mempunyai
baka alahan tidak diberi makan pada peringkat awal kelahiran untuk mengelakkan
reaksi alahan terhadap kanak -kanak itu. Sebaliknya, mereka menyarankan supaya
telur diberikan hanya selepas bayi itu berumur lebih daripada sembilan bulan.
Sesejenis maknan yang baru
diperkenalkan kepada bayi perlulah diberikan sedikit demi sedikit untuk tempoh
beberapa hari. Sepanjang waktu itu, ibu bapa perlulah memerhatikan kemungkinan
timbulnya sebarang reaksi seperti kemerah-merahan di sekeliling bibir,
batuk-batuk, selsema, cirit, muntah-muntah, gatal-gatal kulit dan sebagainya.
Jika timbul sebarang reaksi, makanan yang lain pula boleh diperkenalkan dengan
cara yang sama.
Kesimpulan
Ketidakserasian terhadap bahan
makanan sering juga dialami oleh kanak-kanak. Seseorang doktor perlu peka
tentang kemungkinan berlaku ketidakserasian ini jika terdapat tanda-tanda
seperti gatal-gatal kulit, cirit, muntah-muntah, keresahan dan sebagainya yang
boleh dikaitkan dengan sesejenis bahan makanan. Suatu jenis makanan mungkin
tidak serasi dengan seorang kanak-kanak tetapi tidak menimbulkan apa-apa
masalah kepada kanak -kanak lain. Masalah ini boleh diatasi dengan memastikan
bahawa makanan-makanan yang menimbulkan ketidakserasian tidak diberi kepada
kanak-kanak yang terlibat. Ubat-ubat tertentu boleh dibekalkan untuk
mengurangkan atau menghilangkan tanda-tanda yang disebabkan oleh
ketidakserasian makanan.
credit to Dr Hamid Arshad
------------------------------------------------------------
Saya adalah wakil Shaklee anda untuk
penghantaran serata Malaysia. Hubungi saya di feeza.k@gmail.com atau 0133602633
untuk sebarang pertanyaan/pesanan.
No comments:
Post a Comment