Risiko bayi yang tidak diberi susu ibu
Berikut adalah senarai risiko penyakit/masalah yang
mungkin dihadapi oleh bayi yang tidak diberi susu ibu hasil kajian
pakar:
1. Perkembangan kognitif dan kecerdasan
Perkembangan otak
bayi belum sempurna sebaik dilahirkan, malah pembentukan dan perhubungan sel-sel
saraf berkembang pesat dalam 3 tahun pertama hayatnya. Apabila proses ini
selesai, sel otak boleh mati namun tidak akan berganti. Susu ibu yang memang
khusus untuk bayi manusia mengandungi semua nutrien yang diperlukan untuk
perkembangan otak bayi untuk mencapai potensi maksimum. Sebaliknya susu formula
tidak mengandungi semua nutrien tersebut (malah kita tidak mengetahui dengan
tepat apakah kandungan sebenarnya!)
Kajian menunjukkan bahawa kanak-kanak yang diberi susu ibu ketika bayi menunjukkan skor yang tinggi dalam ujian kepintaran.
Para pengkaji juga mendapati kanak-kanak yang minum susu ibu dalam jangka waktu lama menunjukkan skor kepintaran yang lebih tinggi berbanding kanak-kanak yang minum susu ibu dalam jangka masa singkat.

2.
Diabetes
Diabetes jenis I (yang diwarisi secara genetik) biasa dikesan
di kalangan kanak-kanak . Kajian ke atas kanak-kanak yang tidak diberi susu
formula (sekurang-kurangnya sehingga umurnya 1 tahun) mendapati bahawa
kanak-kanak tersebut mempunyai kebarangkalian lebih rendah untuk menghidap
diabetes.
3. SIDS (Sudden Infant Death Syndrome)
SIDS ialah
situasi kematian mengejut bayi, biasanya ketika tidur. Tidak diketahui penyebab
terjadinya kematian begini. Namun begitu kajian menunjukkan bayi yang diberi
susu formula lebih tinggi risiko terjadinya SIDS.
4. Masalah
pernafasan
Peningkatan penyakit asma di kalangan kanak-kanak amat ketara
pada masa sekarang. Tidak dinafikan faktor persekitaran menyumbang kepada
peningkatan tersebut termasuk pendedahan kepada pencemaran udara dan pertambahan
bilangan kanak-kanak di nurseri, tadika serta pusat jagaan mendorong pendedahan
kepada virus pada usia muda.
Kajian menunjukkan pemberian susu formula kepada bayi meningkatkan risiko kepada asma dan juga masalah pernafasan lain seperti respiratory syncytial virus (RSV). Kanak-kanak ini juga lambat sembuh berbanding kanak-kanak yang diberi susu ibu.

5. Jangkitan telinga
Jangkitan
telinga agak biasa terjadi di kalangan kanak-kanak. Kajian mendapati risiko
terjadinya otitis media (jangkitan telinga) lebih tinggi di kalangan kanak-kanak
yang diberi susu formula.
Jangkitan telinga sangat sakit bagi bayi/kanak-kanak dan boleh menyebabkan komplikasi lain – pengumpulan cecair di dalam telinga dalam jangka masa yang lama akibat jangkitan itu boleh menyebabkan masalah pendengaran dan perkembangan pertuturan pada kanak-kanak tersebut.

6. Kanser
Kajian mendapati kanak-kanak kecil yang minum
susu formula mempunyai risiko lebih tinggi menghidap kanser pada usia
mudanya.
7. Jangkitan saluran pencernaan
Tidak dapat dinafikan
masalah sistem pencernaan berkait rapat dengan apa yang dimakan. Pemberian susu
formula meningkatkan risiko terhadap cirit birit dan lebih buruk lagi mengalami
fasa penyembuhan yang perlahan. Ini adalah kerana apabila bayi mengalami cirit
birit dan muntah-muntah, doktor selalu menasihatkan supaya mengurangkan
pemberian susu formula dan banyakkan minum air (untuk mengelakkan kekontangan).
Kurang menyusu bermakna kurang nutrien diperoleh bayi. Sebaliknya bayi yang
minum susu ibu masih boleh terus menyusu. Oleh itu bayi akan mendapat nutrien
yang cukup dan juga antibodi yang akan membantunya membunuh kuman yang
menyebabkan jangkitan pada saluran pencernaannya.
Bayi yang minum susu ibu juga jarang-jarang mengalami sembelit sebaliknya bayi yang minum susu formula sering mengalami masalah pembuangan air besar.
Bayi yang minum susu ibu juga jarang-jarang mengalami sembelit sebaliknya bayi yang minum susu formula sering mengalami masalah pembuangan air besar.
8. Keberkesanan
vaksin
Pemberian susu formula mengurangkan keberkesanan pemvaksinan
dengan mengurangkan respon bayi terhadap penghasilan antibodi di dalam
badan.
Sebaliknya bayi yang minum susu ibu memberi respon yang baik kepada pemvaksinan dan menghasilkan lebih banyak antibodi di dalam badannya.
(Catatan peribadi: pemvaksinan ialah kaedah imunisasi dengan cara menyuntik vaksin ke dalam badan. Suntikan vaksin akan merangsang sel darah putih menghasilkan antibodi untuk melindungi badan daripada jangkitan penyakit.)

9. Perkembangan rahang dan otot muka
Adakah anda
menyedari bahawa teknik hisapan bayi yang minum melalui botol (susu formula)
berbeza dengan bayi yang minum susu ibu daripada payudara ibunya? Sesetengah
orang mengakui bahawa bayi yang minum susu ibu dapat dikenal melalui pipinya
yang cantik membulat!
Perkembangan rahang, otot muka dan pipi ini akan ketara kepentingannya apabila bayi ini membesar menjadi kanak-kanak nanti kerana bayi yang minum susu ibu apabila besar kelak kurang memerlukan rawatan pergigian berbanding kanak-kanak yang minum susu formula.
Penyusuan ibu menjadikan pembentukan rahang dan otot muka terbentuk dengan baik dan seterusnya menghasilkan rahang yang cantik dan gigi yang tersusun rapi.

10.
Obesiti
Bayi yang minum susu formula juga terdedah kepada masalah obesiti
(kegemukan) pada usia muda (kanak-kanak dan remaja).
Kesimpulan: banyak lagi masalah kesihatan lain yang boleh berlaku apabila bayi tidak diberi susu ibu dan diganti dengan permberian susu formula. Ini termasuk eczema, masalah jantung, alergi, kolik, meningitis dan sebagainya.
credit

------------------------------------------------------------
Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Hubungi saya di feeza.k@gmail.com atau 0133602633 untuk sebarang pertanyaan.
No comments:
Post a Comment