Seringkali ibu-ibu menyuarakan kebimbangan susu badan yang dihasilkan tak cukup banyak untuk bayinya, lebih-lebih lagi bagi yang pertama kali bergelar ibu. Bertambah risau lagi bila bayi cuma menyusu sekejap je.
Sebenarnya kuantiti susu ibu yang diperlukan oleh bayi berbeza-beza mengikut usianya dan akan meningkat seiring dengan pertambahan usianya. Ibu-ibu boleh tengok pada gambar di bawah ni.
Gambar kredit http://pregnant.livejournal.com |
Kalau ibu-ibu perhatikan gambar di atas ni, kuantiti susu ibu yang bayi perlukan pada hari pertama cuma 5-7 ml. Jadi ibu-ibu jangan risau kalau susu badan pada hari pertama mempunyai kuantiti yang sedikit. Ibu-ibu boleh mengepam secara konsisten disamping mengamalkan pemakanan sihat dan makanan tambahan untuk memastikan susu badan yang dihasilkan bertambah dari hari ke hari memandangkan keperluan bayi juga akan meningkat seiring dengan pertambahan usianya.
"In exclusively breastfed babies, milk intake increases quickly during the first
few weeks of life, then stays about the same between one and six months (though
it likely increases short term during growth
spurts).
Current breastfeeding research does not indicate
that breastmilk intake changes with baby's age or weight between one and six
months. After six months, breastmilk intake will continue at this same level
until -- sometime after six months, depending in baby's intake from other foods
-- baby's milk intake begins to decrease gradually.
*sumber dari kellymom.com
Gambar ni pula perbandingan saiz perut bayi.
Gambar kredit ameda.com |
Usia 1 Hari
Saiz perut bayi yang berusia 1 hari hanyalah sebesar sebiji guli atau kacang badam. Kolostrum yang dihasilkan melalui susu awal ibu adalah sangat mencukupi walaupun sedikit kerana pada usia ini, bayi hanya memerlukan 5-7ml susu ibu atau setengah hingga sesudu makan bagi setiap sesi penyusuan. Manakala kolostrum ibu yang terhasil ialah antara 20-30ml.
Usia 3 Hari
Pada hari ketiga, saiz perut bayi membesar kepada saiz sebiji bola pingpong dan dapat menampung kira-kira 22-27ml susu bagi setiap sesi penyusuan. Pada ketika ini keupayaan ibu menghasilkan susu badan mula meningkat. Jadi ibu-ibu usah khuatir soal susu badan yang tidak mencukupi.
Usia 10 Hari
Apabila masuk hari kesepuluh, saiz perutnya adalah sebesar sebiji telur ayam dan akan terus mengembang. Pada usia ini, bayi dianggarkan memerlukan susu ibu sebanyak 60-80ml pada satu-satu masa.
Usia 1 Bulan
Keperluan susu bayi akan mula meningkat apabila usia bayi mencecah 1 bulan. Dianggarkan bayi memerlukan kira-kira 90-120ml susu ibu pada setiap sesi penyusuan. Pada ketika ini, bayi sudah semakin mahir menyusu malah ibu sendiri tidak akan merasa kekok untuk menyusukan bayi dengan selesa. Susukan bayi dengan sepenuh hati dan belai bayi dengan penuh kasih sayang. Sentuhan kulit antara ibu dan bayi juga akan memudahkan ibu mengalami let-down reflex.
Usia 6 Bulan
Ibu-ibu boleh mula memperkenalkan bayi dengan makanan pejal namun penyusuan susu ibu masih perlu diteruskan untuk mengimbangi keperluan zat pemakanan bayi. Ini kerana pada usia ini, makanan pejal yang diberikan bukanlah makanan utama bayi. Pada usia ini bayi memerlukan sekitar 180-220ml susu pada setiap sesi penyusuan.
Usia 12 Bulan
Keperluan susu ibu oleh si kecil akan mula berkurangan kepada sekitar 550ml sehari. Pengambilan makanan pejal merupakan sumber utama zat yang diperlukan untuk tumbesaran si kecil. Oleh yang demikian, ibu-ibu harus pastikan pemakanan sehariannya adalah seimbang.
Hanya ibu yang mengetahui dengan lebih baik tentang keperluan bayinya. Jadi usah bimbang sekiranya bayi menyusu terlalu sekejap kerana bayi akan melepaskan puting payudara ibu dengan sendiri apabila sudah kenyang. Sentiasa berlapang dada dan yakinlah bahawa susu badan yang dihasilkan mencukupi untuk bayi.
Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Hubungi saya di feeza.k@gmail.com atau 0133602633 untuk sebarang pertanyaan.
No comments:
Post a Comment