Monday 11 November 2013

Home » , » Jaundis Bayi Undang Risiko

Jaundis Bayi Undang Risiko

Adakah jaundis biasa dihidapi oleh bayi baru lahir?
Bagaimana merawat jaundis?
Bagaimana saya tahu jika bayi saya menghidap jaundis?
Apakah jaundis bahaya?
Jaundis adalah masalah yang kerap dialami oleh bayi baru lahir. Jika bayi anda mengelami jaundis, lebih baik segeri beritahu pediatrik terutama jika abdomen atau kaki bayi kelihatan kuning. Jika bayi anda berkulit gelap, mata putihnya, tapak tangan dan kakinya akan berwarna kuning.

PUNCA JAUNDIS

Jaundis terjadi pada bayi yang sihat apabila darahnya mengandungi BILIRUBIN yang berlebihan. Bilirubin ialah satu bahan kimia yang dihasilkan semasa proses penguraian normal sel darah merah. Bayi yang baru lahir cenderung mempunyai tahap bilirubin yang tinggi SEBAB mereka mempunyai sel darah merah tambahan yang mengankut oksigen dan didapati kadang kala HATI MEREKA YANG MASIH BARU tidak boleh memetabolismakan bilirubin yang berlebihan itu.

punca jaundis

Apabila tahap bilirubin yang semakin meningkat lebih dari normal, kekuningan jaundis akan bergerak dari kepala ke bawah, ke tengkuk, dada dan dalam kes teruk, ia akan sampai ke jari-jari kaki. Jaundis seperti ini yang dikenali sebagi jaundis fisiologi, selalalunya tidak menyebabkan kerosakan pada bayi yang sihat.

Dalam keadaan yang sangat jarang berlaku, bayi baru lahir yang menghidap jaundis akan mengalami kerosakan sistem saraf tetapi ini hanya berlaku apabila bilirubin berada pada tahap yang terlalu tinggi.

Kira-kira 50% bayi yang dilahirkan cukup bulan akan mengalami jaundis pada hari kedua atau ketiga selepas kelahiran. Pada kebiasaannya jaundis akan hilang selepas seminggu. 80% bayi tidak cukup bulan akan menghidap jaundis di antara 5 hingga 7 hari selepas kelahiran. Biasanya ia akan hilang 2 bulan selepas kelahiran.

MERAWAT JAUNDIS

Jika anda menyusukan bayi, anda perlu menyusu bayi dengan kerap. Anda mungkin perlu mengejutkan bayi anda daripada tidur untuk menyusukannya. Masa ini anda perlukan banyak rehat, air mencukupi, makanan dan sokongan yang banyak. Bapa-bapa please take note ye :)

Jika bayi anda diberikan susu badan, dia TIDAK PERLU DIBERIKAN SEBARANG CECAIR LAIN seperti susu formula atau air sebab penyusuan ibu yang kerap akan memulihkan jaundis.

Jika bayi anda menghidap jaundis yang teruk atau kelihatan tidak sihat, doktor mungkin akan menjalankan ujian darah pada bayi anda untuk mengukur aras bilirubinnya. Doktor juga perlu melihat punca jaundis jika ia bermula selepas 7 hari atau berlarutan sehingga lebih 14 hari.

Sesetengah bayi mungkin memerlukan rawatan fototerapi. Jadi, bayi anda perlu berada di hospital dan lampu cahaya biru akan diletakkan di katilnya. Cahaya ini akan membantu memecah bilirubin berlebihan supaya hati dapat membuangnya. Kesan sampingan fototerapi termasuklah ruam dan cirit birit tetapi ini penting untuk penguraian biliribun.
jaundis pada bayi

Bayi-bayi yang memerlukan rawatan fototerapi perlu berbaring tanpa pakaian atas katilnya dan dipancarkan cahaya biru dari lampu. Ini akan menjejaskan penyusuan ibu dan pertalian ibu dengan bayinya. Satu alternatif selain fototerapi adalah terapi gentian optik. Bayi anda akan dibalut dengan selimut khas yang mempunyai gentian optik, yang menyebabkan cahaya kecil bersinar terus pada kulit bayi. Bagi rawatan ini anda masih boleh mendakap dan menyusu bayi anda. Namun begitu, rawatan ini tidak seefektif fototerapi. Juga kadangkala rawatan gentian optik boleh menjadi terlalu panas pada bayi pra matang.
cara merawat jaundis

Bagi bayi yang mempunyai penyakit resus mudah menghidap jaundis. Tetapi penyakit ini amat jarang berlaku. Wanita hamil akan selalu membuat pemeriksaan darah untuk mengelakan resus dan anda akan tahu jika anda resus negatif. Darah bayi anda juga akan diperiksa dan suntikan anti-D akan diberikan semasa kelahiran. Ada juga berlaku (walaupun amat jarang) bagi bayi yang menghidapi jaundis akibat penyakit resus, dirawat melalui pemindahan darah.

UJIAN

Pakar-pakar mencadangkan ujian ringkas di rumah untuk memeriksa jaundis. Dapatkan bilik yang mempunyai cahaya secukupnya dan tekan dengan perlahan pada hidung atau dahi bayi anda, jika terdapat warna kuning pada kulit semasa tekanan dilepaskan, hubungi pediatrik. Anda juga akan dapati bahawa najis bayi anda berwarna pucat.

Ingatlah yang jaundis adalah penyakit biasa dan selalunya bersifat sementara. Ia akan pulih dengan cepat tanpa sebarang campur tangan dan tidak mempunyai kesan jangka panjang.

Jika ada tanda bilirubin tahap bahaya segera bawa berjumpa pediatrik. Kajian telah menunjukkan bahawa jika bilirubin melebihi satu tahap, pendengaran bayi boleh terjejas. Pada tahap yang paling tinggi, otak bayi akan terjejas dan kondisi ini dikenali sebagai kernicterus.
kesan jaundis pada bayi
------------------------------------------------------------
Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Hubungi saya di feeza.k@gmail.com atau 0133602633 untuk sebarang pertanyaan.

No comments:

Post a Comment