Thursday, 7 February 2013

Home » , , » Omega Guard Shaklee Bekalkan DHA Untuk Perkembangan Otak

Omega Guard Shaklee Bekalkan DHA Untuk Perkembangan Otak

DHA merupakan unsur yang penting bagi perkembangan otak. DHA membentuk sebahagian daripada membrane sel dalam otak disamping membekalkan bahan yang sangat penting (fluidity) yang membolehkan saraf otak berfungsi dengan baik. Kadar pertumbuhan otak kanak-kanak berlaku pada seawal dalam kandungan lagi. Ia berkembang sebanyak 25 peratus daripada berat otak dewasa kepada 90 peratus apabila kanak-kanak berusia lima tahun.
Bayi tidak mampu memproses DHA yang mencukupi dalam badan berbanding orang dewasa, maka mereka perlu bergantung kepada makanan yang membekalkan sumber DHA secara langsung. Kajian daripada Perbadanan Keselamatan Pemakanan Eropah (EFSA) mengesyorkan kanak-kanak mendapatkan 100 miligram DHA setiap hari.
Oleh yang demikian, ibu yang hamil amat digalakkan mengambil DHA dalam tempoh 3 bulan terakhir kandungan kerana pada tempoh inilah otak bayi berkembang paling pesat. Pengambilan DHA oleh ibu juga haruslah diteruskan selepas kelahiran kerana kandungan DHA dalam otak bayi meningkat 3 kali ganda dalam tempoh tiga bulan pertama selepas kelahiran.
Banyak kajian yang menyatakan kandungan DHA yang mencukupi boleh membantu fungsi kognitif bayi iaitu kebolehan belajar dan perkembangan mental semasa bayi membesar. Satu kajian pada 2003 yang dijalankan untuk membuktikan hubungkait DHA dengan kepintaran diterbitkan dalam jurnal pediatric menunjukkan kanak-kanak yang ibunya mengambil DHA semasa hamil mempunyai markah yang tinggi dalam ujian kepintaran berbanding kanak-kanak yang ibunya tidak mengambil makanan tambahan DHA semasa tempoh kehamilan. Manakala dalam kajian lain juga menunjukkan bayi yang menyusu dengan susu ibu mempunyai IQ lebih tinggi berbanding bayi yang disusukan dengan susu formula. Ini kerana susu ibu mengandungi asid lemak penting yang dikenali sebagai DHA.

Walaupun DHA boleh didapati dengan banyak dalam lemak ikan dan organ haiwan, tidak menjamin akan membekalkan badan dengan DHA yang mencukupi. So ibu-ibu tak perlu risau. Cuma bekalkan Omega Guard Shaklee pada anak-anak atau ibu-ibu sendiri yang makan dan salurkan pada anak-anak melalui susu ibu.
Inilah dia Omega Guard kesukaan ramai :)
omega guard shaklee
Omega Guard Shaklee merupakan minyak ikan paling tulen dan terbaik di dunia kerana mengandungi 7 jenis asid lemak Omega 3 semulajadi termasuk EPA, DHA, LHA, ALA dan lain-lain. Satu hidangan Omega Guard menyediakan 1000mg asid lemak Omega 3 termasuk DHA dan EPA.
Haruslah kita bekalkan anak-anak dengan yang terbaik dan dijamin selamat serta keberkesanannya, kerana kesihatan dan kesejahteraan anak-anak tidak ternilai dengan wang ringgit.
Apa tunggu lagi? Pembelian Omega Guard sepanjang bulan ini akan mendapat tawaran menarik lagi istimewa! Jangan ketinggalan :)
------------------------------------------------------------
Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Hubungi saya di feeza.k@gmail.com atau 0133602633 untuk sebarang pertanyaan.

1 comment:

  1. Omega memang superb!...seisi keluarga amik....

    ReplyDelete