Thursday, 16 February 2012

Home » » Bagaimana Ingin Berjaya dalam Penyusuan Bagi Ibu Yang Bekerjaya?

Bagaimana Ingin Berjaya dalam Penyusuan Bagi Ibu Yang Bekerjaya?

Berjaya dalam Penyusuan Bagi Ibu Yang Bekerjaya?

Rasanya ramai ibu menyusu yang mula risau bila sudah hampir hendak masuk kerja. Masa tu mulalah kelam kabut hendak buat stok susu, masa tu juga baru hendak mengajar anak minum dari botol, masa tu juga baru belajar hendak pam. Untuk menjayakan penyusuan walau telah kembali bekerja ada tips yang berguna untuk para ibu:

1. Belajar gunakan pam seawalnya untuk mengelakkan anda merasa stress jika hasil yang didapati tidak memuaskan hati. Guna pam yang paling selesa bagi anda. Ingat, pam yang selesa bagi kita mungkin tidak sama dengan jenis pam yang selesa pada orang lain.

2. Buat stok susu sekurang-kurangnya 2 atau 3 minggu sebelum bermulanya kerja. Bagaimana hendak buat stok kalau bayi asyik berkepit je? Mudah saja, pam selepas bayi berhenti menyusu ataupun semasa bayi anda tidur. Walaupun susu yang dipam tidak banyak, kumpulkan sikit demi sedikit lama-lama jadi banyak juga.

3. Ajar bayi gunakan botol sekurang-kurangnya 1,2 minggu sebelum masuk kerja. Seeloknya minta bantuan orang lain untuk susukan bayi dengan menggunakan botol untuk memberi ruang bayi anda mengenali orang lain selain ibunya dan merasa selamat dengannya. Jika tidak diajar dari awal bimbang nanti bayi akan menolak botol dan sudah semestinya akan membuat anda bertambah stress.

------------------------------------------------------------
Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Hubungi saya di feeza.k@gmail.com atau 0133602633 untuk sebarang pertanyaan.

No comments:

Post a Comment