Salam ibu-ibu semua,
Dalam pada sedang rehat2 habiskan masa rehat kat pejabat, sempat juga intai2 internet untuk dapatkan ilmu. Rasanya masih belum terlambat untuk saya kongsikan 11 tips rahsia menjayakan penyusuan jika berpuasa khas buat ibu-ibu yang sedang berjuang sepanjang bulan puasa ni. Kredit to mamafaiz di atas tips ni.
1. Kerapkan Menyusu / Mengepam
- Susukan bayi sekurang-kurangnya setiap 3 jam pada siang hari. Jika bayi tidur lebih daripada 3 jam, kejutkan dia untuk menyusu. Pada waktu malam pula, kejutkan bayi untuk menyusu tambahan terutamanya jika dia tidur lebih daripada 4-5 jam.
- Perah setiap 3 jam. Jika bayi mahu menyusu ketika memerah, berhenti. Susukan dia dan kemudian sambung semula sesi pemerhan susu.
- Percaya kepada konsep bekalan dan permintaan. Semakin kerap kosongkan payudara semakin banyak susu dihasilkan.
- Kerapkan sesi pemerahan sekitar jam 12 tengah malam hingga 6 pagi. Ini kerana hormon prolaktin banyak dihasilkan ketika ini.

