Saturday, 18 October 2014

Home » , » 8 Langkah Mudah Dalam Memilih Nursery Untuk Anak

8 Langkah Mudah Dalam Memilih Nursery Untuk Anak

Meninggalkan anak-anak di nursery / pusat jagaan kanak-kanak kerana keluar bekerja bukanlah mudah bagi ibu bapa. Seboleh mungkin setiap ibu bapa ingin menjaga anak-anak dengan tangan sendiri dan bukannya menyerahkan kepada pihak nursery.

Ibu bapa harus berhati-hati dalam memilih nursery. Ini kerana sudah banyak kes / berita sedih yang melibatkan anak yang ditinggalkan di pusat jagaan anak-anak.

Berikut adalah 8 langkah mudah dalam proses memilih nursery yang amat penting bagi menentukan kesejahteraan anak-anak kelak.

❤️ Pilih nursery yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia.

❤️ Pastikan sijil Perakuan Pendaftaran Asal dipamerkan di taska tersebut.

❤️ Pastikan pengasuh yang ditugaskan di taska tersebut seelok-eloknya adalah warganegara Malaysia bagi mengelakkan berlaku sebarang konflik di kemudian hari.

❤️ Pastikan para pengasuh yang dilantik di nursery tersebut bertauliah dan sudah mengikuti Kursus Asas Asuhan kanak-kanak.

❤️ Pastikan nisbah pengasuh terhadap kanak-kanak. Nisbah yang terbaik adalah:
  • 1:3 (seorang pengasuh untuk 3 kanak-kanak usia 0-1 tahun)
  • 1:5 (seorang pengasuh untuk 5 kanak-kanak usia 1-3 tahun)
  • 1:10 (seorang pengasuh untuk 10 kanak-kanak usia 3-4 tahun).

❤️ Pastikan aktiviti yang dijalankan di taska merangsang perkembangan kanak-kanak secara menyeluruh.

❤️ Pastikan buaian tidak digunakan bagi menidurkan bayi untuk mengelakkan berlaku sebarang kemalangan seperti terjatuh dari buaian atau lemas di dalam buaian akibat tertindih bantal semasa tidak diawasi oleh pengasuh.

❤️ Pastikan persekitaran taska yang bersih, selamat, mempunyai pengudaraan yang baik dan sesuai untuk kanak-kanak. 


Ingin menjaga anak-anak sendiri dan bertukar profession kepada WAHM (work at home mom) yang berpendapatan setaraf CEO syarikat? Hubungi saya sekarang di feeza.k@gmail.com / 0133602633.

Bagaimana order produk Shaklee?
Mudah je, boleh order secara online dengan klik link di bawah:
sistem online shaklee
Ingin dapatkan produk Shaklee secara COD (cash on delivery)? 

Copp!! Nak dapatkan produk Shaklee dengan harga yang lebih murah? Jom daftar sebagai ahli.

------------------------------------------------------------ 
Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Hubungi saya di feeza.k@gmail.com atau 0133602633 untuk sebarang pertanyaan.

1 comment: