Thursday, 9 October 2014

Home » » 6 Perkara Perlu Dielakkan Dalam Memilih Baju Bayi

6 Perkara Perlu Dielakkan Dalam Memilih Baju Bayi

Shopping baju bayi sememangnya aktiviti yang menyeronokkan...seronok dan menyebabkan terlebih shopping pun iye jugak. Yelah, maunya tak rambang mata sebab semua pakaian bayi kan comel-comel belaka. Dah pilih baju ni, kalih pandang pada baju lain berkenan pula. Kalau boleh nak borong satu kedai kan...hehe.

pilih baju bayi

Kalau semalam saya kongsikan tips memilih baju bayi, dalam entri hari ini saya nak kongsikan pula perkara-perkara yang ibu bapa harus elakkan dalam pemilihan pakaian bayi. Kenapa kena elakkan? Sebab kan bayi mempunyai kulit yang halus dan sensitif. Maka sebagai ibu bapa yang prihatin, haruslah berhati-hati dalam memilih pakaian bayi.

  • Elakkan memilih baju bayi yang diperbuat daripada bahan polyester atau nylon. Bayi juga seperti orang dewasa boleh berpeluh. Baju bayi yang diperbuat daripada kedua bahan tersebut tidak dapat menyerap peluh bayi dengan baik. Keadaan ini akan membuatkan bayi tidak selesa dan seterusnya menggalakkan terjadinya ruam kulit.
  • Elakkan membeli baju bayi yang kecil atau muat-muat saja saiznya. Kulit bayi terlalu lembut dan halus. Sekiranya baju yang dipakaikan agak kecil akan menyebabkan geseran kepada kulit bayi dan seterusnya menyebabkan kulit bayi melecet dan luka.
  • Elakkan memilih baju yang mempunyai hiasan besi atau bahan keras di kawasan punggung kerana akan menyebabkan bayi tidak selesa. Bayangkan kalau kita baring dengan benda beras di bahagian punggung kita, pastinya tidak selesa malah menyakitkan kan. Begitulah halnya juga dengan bayi.
  • Elakkan memilih baju bayi yang mempunyai cerut terutama dibahagian perut, pergelangan tangan, kaki dan paha. Dikhuatiri cerut tersebut akan mengganggu pengaliran darah ke seluruh badan bayi.
  • Elakkan memilih baju yang mempunyai aksesori yang banyak...sampaikan confuse mana satu bayi mana satu baju...hahaha...tidak lah teruk sampai macam tu sekali kan :D Sebenarnya alasan utama adalah untuk mengelakkan bayi menarik aksesori tersebut lalu memasukkannya dalam mulut dan menyebabkan tercekik. Owh ngeri kalau jadi macam tu. 
  • Elakkan memilih baju yang sarat dengan renda terutama di bahagian leher mahupun pergelangan tangan. Alangkan kita pun rasa gatal-gatal dan rimas bila pakai baju macam tu kan inikan pula bayi.
cara pilih pakaian bayi

Secara ringkasnya, ibu bapa harus mengelak membeli pakaian yang mempunyai risiko menyebabkan ketidakselesaan kepada bayi. Oleh yang demikian,  berfikirlah sedalam-dalamnya dan buat pilihan yang tepat apabila memilih baju bayi.

BAGAIMANA CARA ORDER?
Mudah je, boleh order secara online dengan klik link di bawah:

beli produk shaklee secara online

Nak join ahli Shaklee dengan saya? Hubungi saya sekarang.

------------------------------------------------------------ 
Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Hubungi saya di feeza.k@gmail.com atau 0133602633 untuk sebarang pertanyaan.

2 comments:

  1. Terima kasih atas perkongsian yang menarik...jemput ke blog sy http://qasehfirdausshoppe.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. Kebanyakan ibubapa tak tekankan mengenai benda2 ni semua.. Sebahagiannya membeli atas dasar cantik untuk bergaya sedangkan kadangkala ianya boleh menjadi punca kepada ketidakselesaan kepada anak. Moga2 entri ni memberikan panduan buat semua ibubapa..^_^

    Omega Guard Shaklee Bagus untuk Otak Anak Jadi Bijak

    ReplyDelete