Showing posts with label Vitamin. Show all posts
Showing posts with label Vitamin. Show all posts

Wednesday, 12 December 2012

Pengambilan Ubat dan Penyusuan

Pengambilan Ubat dan Penyusuan

Menjadi dilema biasa kepada ibu mengandung dan menyusu bila tak sihat “Bolehkah saya mengambil ubat?”
 
Ya, sesetengah ubat berupa drug boleh memberi kesan kepada kandungan dan bayi yang menyusu.
 
Tapi sebelum itu saya nak kongsikan apakah langkah yang perlu diambil semasa menyusukan anak:
(1) Menjaga kesihatan di tahap optimum kerana ibu menyusu bukan kena menyusukan anak je, tapi juga menjaga keluarga dan sebagainya, terutama ibu bekerja.
(2) Menjaga pemakanan – mengambil makanan yang tinggi khasiat
(3) Mengambil pemakanan tambahan yang seimbang – bukan untuk tambah susu semata2 tapi untuk menjaga kesihatan tubuh badan secara total
 
Ibu jangan kejar nak susu banyak saja, tapi biarlah tubuh badan terjaga. Sekurang2nya muka takdela pucat kusam. Suami pun bertambah bangga :)
 
OK, berikut adalah panduan pengambilan ubat-ubatan untuk ibu menyusu:
 
Demam, sakit kepala:
..selamat – paracetamol
..sesekali – aspirin
..tidak sesuai – ponstan
 
Selesema, asma:
..selamat – nasal spray
..tidak sesuai – tablet yang mengandungi pseudoepedrine kerana bole mengurangkan susu
 
Pil perancang:
..selamat – Noriday, Microlut, Locilan
..tidak sesuai – Nordette, Rigevidon, Triquilar
 
Sembelit:
..selamat – yang berasaskan fiber
..tidak sesuai – Durolac, Senokot, Conoxyl
 
Sinus:
..selamat – Clarantyn
 
Bagaimana dengan vitamin? Secara generalnya semua vitamin bukan saja selamat malah digalakkan untuk ibu menyusu mengambilnya. Tapi hati2 dengan herba kerana ada yang kandungannya tak selamat untuk menyusu.
 
Walau bagaimanapun, beritahu doktor yang anda menyusu dan minta preskripsi yang sesuai untuk penyusuan :)
 
credit
 
------------------------------------------------------------
Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Hubungi saya di feeza.k@gmail.com atau 0133602633 untuk sebarang pertanyaan.

Monday, 23 July 2012

Cadangan Supplement

Cadangan Supplement

Mahu mencuba supplement Shaklee namun tak tahu supplement mana yang sesuai? Kebiasaannya supplement yang dicadangkan adalah mengikut jenis penyakit atau keperluan individu tersebut. Berikut saya senaraikan cadangan supplement yang selalu disyorkan kepada pengguna mengikut jenis penyakit atau keperluan masing2.

Tuesday, 10 July 2012

Mengatasi Stretch Marks Selepas Bersalin

Mengatasi Stretch Marks Selepas Bersalin

Rata-rata kita mesti risau dengan stretch mark yang ada kan terutama ibu-ibu lepas bersalin. Tanda strech marks ni membuatkan kita kurang keyakinan diri dan merasakan kulit tidak lagi secantik dahulu. Jangan biarkan lama-lama stretch mark ini kerana ianya akan membuatkan kita kelihatan tidak berkeyakinan.

Apakah Stretch Marks?


Stretch Marks berlaku terutamanya pada ibu hamil di mana kulit mengalami regangan yang terlampau disebabkan pertumbuhan bayi dalam perut. Regangan yang terlampau akan membuatkan lapisan kulit kita pecah dan akan timbullah garisan yang tidak diingini. Kebiasaaannya ia berlaku di perut, paha, punggung dan juga di bahagian payudara. Ia juga berlaku bila keadaan ibu yang mengalami peningkatan berat badan yang mendadak semasa hamil.

Wednesday, 4 July 2012

Vitamin C Untuk Kecantikan dan Keanjalan Kulit

Vitamin C Untuk Kecantikan dan Keanjalan Kulit

Masih ingat lagi post saya tentang saya paksa diri makan Vitamin C Shaklee untuk cantikkan kulit tu tak? Tapi hari ni saya tak nak bercerita pasal tu lagi....buat malu je fobia telan pil...hehehe. Kali ni saya nak cerita kenapa saya begitu mencintai Vitamin C Shaklee.

Tahukah anda?


Vitamin C merupakan sejenis vitamin larut air boleh yang boleh didapati dalam buah atau sayuran bercitrus contohnya oren. Namun, oleh kerana sifatnya yang larut air badan tidak berupaya untuk menyimpan vitamin ini.

Vitamin C sangat penting bagi mereka yang menginginkan kulit yang licin dan awet muda kerana Vitamin C membantu pembentukan kolagen iaitu sejenis protein yang bertindak sebagai gam yang menyusun sel2 tubuh manusia. Dan oleh kerana itu juga, Vitamin C sangat berguna untuk menyembuhkan luka dengan cepat kerana ia membentuk perhubungan tisu badan yang kuat.

Monday, 2 July 2012

Vitamin Supplements Shaklee Terbaik?

Vitamin supplement terbaik pastinya menjadi pilihan mereka yang mementingkan kesihatan. Ya, benar. Memilih vitamin bukan seperti membeli baju. Pilih yang paling cantik/mahal/murah, etc.. bila tak suka, beli lain. Ini kerana elemen vitamin itu akan berada dalam tubuh kita.

TAHUKAH ANDA : FDA (Food & Drug Administration) telah menjalankan ujian terhadap 324 jenis vitamin untuk menguji kandungan plumbum, dan hanya 4 JENIS SAHAJA yang bebas plumbum!


Tidak keterlaluan jika saya katakan, daripada anda mengambil vitamin yang salah, adalah lebih baik tidak mengambil supplement langsung!

Friday, 29 June 2012

Kenapa Shaklee?

Pernah tak terfikir, dalam banyak2 produk supplement yang ada dipasaran...kenapa saya pilih Shaklee? Sedangkan banyak lagi vitamin lain yang boleh didapati di farmasi dengan lebih mudah dan adakalanya lebih murah.

Buat pengetahuan, saya ni jenis yang sangat2 payah menelan ubat terutama yang pil. Sebab saya fobia sejak kecik...memang tak tau nak telan pil (tak ingat pulak apa punca fobia tu :D). Sampaikan saya lebih sanggup menahan sakit daripada menelan pil...sebab fobianya nak telan ubat.

Wednesday, 13 June 2012

Beza Antara Industri Medikal dengan Industri Nutritional

Biasanya bila kita demam, kita pergi jumpa doktor dan doktor akan beri kita paracetamol (biasa orang sebut panadol). Tapi bila jumpa pengamal supplement (saya lah tu), cadangannya ialah ambil performance drink dan 2 biji vita-C yang dipatahkan. Siapa sebenarnya yang betul2 dan betul2 kelentong? Mungkin ramai yang tak percaya pada saya sebab saya bukan doktor :)

Sebenarnya industri medikal atau perubatan dan industri pemakanan tambahan adalah berbeza, sangat berbeza. Dalam industri perubatan, pengeluaran ubat-ubatan di bawah kelas farmaseutikal memerlukan pembuktian dari ujian klinikal. Maknanya sejenis ubat itu perlu menjalani ujian klinikal yang terbukti boleh bertindak ke atas sesuatu penyakit sebelum ia digunapakai. Dan bahan2 farmaseutikal ini tidak boleh dijual sewenang2, terutama yang mengandungi dadah terkawal.

Sunday, 3 June 2012

Supplemen Vitamin E Boleh Sebabkan Kanser?

Credit to Kak Cery

Semlm saya dapat sms dari one of my loyal customer, Pn Amira.. dia MMS ke saya gbr dibwh ni "Supplemen Vitamin E boleh sebabkan kanser".. Dia tanya.. "cemana ni kak Cery.. cuak ni. saya hari2 mkn supplemen Shaklee ni"..

Saturday, 5 May 2012

Kepentingan Vitamin Kepada Ibu Menyusu

Kepentingan Vitamin Kepada Ibu Menyusu

Pernah tak dengar kata-kata yang macam ni?

"Perlu ke saya ni amik vitamin? Saya sihat je...Tak makan vitamin pun tak apa."
"Ala...vitamin tu bukan keperluan pun. Lagipun mahal la...Baik beli benda lain."

Dan banyak lagi la pandangan orang pasal makan vitamin atau nama lain yang orang selalu panggil, supplement.

Tapi hakikat yang perlu kita ambil tahu dan pentingkan, vitamin sangat-sangat diperlukan oleh tubuh badan kita...apatah lagi untuk ibu yang menyusukan anaknya. Tak kira la sumber vitamin itu samada daripada pemakanan harian atau produk kesihatan (supplement) yang melambak di pasaran. Namun satu lagi perkara yang perlu kita concern sekiranya ambil supplement adalah samada supplement itu adalah supplement semulajadi, atau berasaskan bahan kimia semata-mata.

Tuesday, 24 April 2012

Peranan Vitamin Dalam Penyusuan

Peranan Vitamin Dalam Penyusuan

Saya sering ditanya tentang perkara ini:
“Tolong cadangkan apakah makanan atau vitamin membanyakkan susu ibu yang paling berkesan? Saya nak ambil dari sekarang. Sekarang saya mengandung 6 bulan. Saya nak, anak lahir saja susu dah banyak dan boleh menyusukan hingga umur 2 tahun”

Jawapannya mudah saja:
“Makanan atau vitamin yang anda perlu ialah ILMU PENYUSUAN”

Terdapat banyak salah faham tentang penyusuan, perkaitannya dengan pemakanan serta praktik penyusuan susu ibu yang betul.

Monday, 9 April 2012

Tips Dunia Penyusuan

Tips Dunia Penyusuan

Jom sama-sama baca tips-tips penting hal penyusuan dari Kak N:

Masalah Payudara


Apa patut saya lakukan jika puting saya leper atau tenggelam?”
Bermula daripada penyusuan kali pertama,galakkan bayi untuk memasukkan sebahagian besar mulutnya ke dalam payudara. Tarik keluar puting anda sebelum mula menyusukan bayi dengan merangsangnya, menarik areola atau menggunakan pengepam payudara.

“Payudara saya bengkak, keras dan ia menyakitkan saya. Apa yang berlaku?”

Tuesday, 6 December 2011

Optimumkan Kesan Vitamin dan Mineral

Optimumkan Kesan Vitamin Dan Mineral

Kenapakah kita memerlukan vitamin yang lengkap, terutama multivitamn dan multimineral? Di sini ada jawapannya.

Vitamin A menjadi lebih mudah diserap dengan kehadiran vitamin E.

Vitamin C meningkatkan penyerapan zat besi, dan menukarkan zat besi kepada bentuk yang paling mudah diserap dalam badan. Vitamin C berinteraksi dengan antioksidan lain, terutamanya vitamin E, selenium, dan beta-karotena. Vitamn C juga memnbantu dalam penyerapan kromium.

Vitamin D berfungsi secara sinergistik dengan vitamin K dan kalsium untuk meningkatkan jumlah osteocalcin yang mesra tulang dan meningkatkan metabolisme tulang di kalangan wanita yang menghidapi osteoporosis. Vitamin D juga agen yang meningkatkan penyerapan kalsium.

Sunday, 27 November 2011

Kategori Vitamin

Kategori Vitamin

Dalam banyak-banyak vitamin yang kita ambil, adakah kita tahu secara lebih detail bagaimana vitamin dikategorikan?

Secara ringkasnya vitamin boleh dikategorikan kepada 2 jenis iaitu vitamin LARUT AIR dan VITAMIN LARUT LEMAK.

VITAMIN LARUT AIR contohnya Vitamin C dan Vitamin B group.
VITAMIN LARUT LEMAK contohnya Vitamin A, D, E & K.

Vitamin larut air biasanya tidak disimpan dalam badan dan mudah dikeluarkan oleh badan melalui urine.Vitamin larut lemak pula akan disimpan di dalam lemak badan dan juga hati.Dengan itu pengambilan vitamin larut lemak haruslah berpada-pada, jangan sampai melebihi dos.

Tuesday, 15 November 2011

Beza Antara Ubat dan Supplement

Beza Antara Ubat dan Supplement

Ramai yang tak faham, even pharmacyst pun (sorry to say tapi it’s reality sebab dapat pengakuan dari pharmacyst sendiri), iaitu perbezaan antara ubat dan supplement. Orang dok ingat ubat = supplement. Yelah, mungkin sebab datang dalam bentuk yang sama –> pil. Tapi hakikatnya memang tak sama dan takkan sama.

Saya petik dari website BabyFit untuk menunjukkan perbezaannya:
  • Check with your doctor and your baby’s pediatrician before taking any medications.
  • Do not take recreational drugs.
  • Take a vitamin-mineral supplement especially formulated for pregnant and breastfeeding mothers.

Friday, 21 October 2011

Sekilas fakta tentang Vita-Lea Shaklee

Sekilas fakta tentang Vita-Lea Shaklee

Anda biasa tak makan multivitamin?


Tak kisahlaah cap aper, yang penting ia merupakan pelbagai vitamin yang dikumpul menjadi sebiji vitamin sahaja, iaitu multivitamin?

Pernah tak cuba Vita-Lea (Shaklee punya multivitamin)? Best tau, sebab Vita-Lea kami diformulasi dengan zat besi (Iron Formula).

Jika anda dah pernah cuba, saya yakin pasti anda akan rasa perbezaan ketara, apabila anda bertukar makan multivitamin jenama lain pula…

Thursday, 20 October 2011

Makanan tambahan hanya membantu menutupi mana2 ruang kosong sahaja.

Makanan tambahan hanya membantu menutupi mana2 ruang kosong sahaja

Setiap hari dalam doa saya, saya mohon moga ALLAH berikan kebahagian dan kesejahteraan pada mereka yang berusaha untuk menjaga kesihatan diri, sebab kata seorang ustazah apabila kita tergolong dalam golongan yang kita doakan, maka kita turut mendapat manfaatnya.

Alhamdulillah setiap hari saya ditemukan dengan kenalan baru, customer baru malah banyak ragam manusia yang saya belajar. Ramai yang telah menyedari bahawa diet seharian mereka tidak seimbang maka perlu pengambilan supplement.

Saya sendiri suka membaca penulisan Dr Bruce Miller terhadap supplement. Penerangan yang diberikan lengkap untuk kenapa kita perlu supplement.

Berkat tidak putus asa, kini 9oz satu sesi perahan!

Berkat tidak putus asa, kini 9oz satu sesi perahan!

Testimoni ini adalah perkongsian dari customer saya. Setiap orang mempunyai kekuatan dan kekangan yang berbeza, namun hanya kita sahaja yang tahu menilai diri kita balik pada cara hidup, amalan pemakanan dan sebagainya.

Keperluan supplement bukanlah satu yang wajib diambil oleh setiap orang kecuali anda merasakan badan anda memerlukannya, maka tidak salah untuk mengambilnya demi kebaikan diri sendiri dan kesejahteraan rumahtangga.

Wednesday, 7 September 2011

Serba sedikit info tentang Shaklee sebelum anda consume

11 Perkara Tentang Shaklee Yang Harus Anda Ketahui

1. Adakah Shaklee ini Halal?
Jawapan : Halal. Boleh rujuk sijil halal dalam label Sijil Halal di blog ini.

2. Mengapa urin saya bertukar jadi kekuningan selepas mengambil vitamin?
Jawapan: Ianya adalah kesan pengambilan B complex, vitamin ini adalah vitamin larut air.

3. Mengapa susu saya bertukar kuning kehijauan?
Jawapan: ia adalah kesan pengambilan B complex, vitamin ini adalah vitamin larut air.Di samping itu, alfalfa mengandungi klorofil.

4. Saya mengalami pening2 selepas mengambil vitamin ini, mengapa? Adakah tidak serasi?
Jawapan: Pengambilan vitamin memerlukan pengambilan air yang TIDAK kurang dari 2 liter. Ini kerana ia perlu agar vitamin dapat disalurkan ke seluruh tubuh dengan lancar. Rasa pening berlaku biasanya berpunca dari less water intake. Satu lagi adalah kerana, jika individu itu adalah pertama kali mengambil supplement, maka tubuh memerlukan 1-3 hari untuk menyesuaikan diri dengan zat yang diterima. (Ibaratkan seorang yang tidak punyai perabot di dalam rumahnya dan tiba2 datang orang menghantar perabot serta memenuhi ruang kekosongan dalam rumah, pastinya individu itu perlukan masa untuk menyesuaikan diri.). Hakikatnya keserasian memerlukan masa.


Monday, 11 July 2011

Vitamin utk suami isteri masa berpuasa

Vitamin utk suami isteri masa berpuasa

Bulan puasa akan menjelang nanti. Pastinya ramai isteri2 tgh sibuk ganti puasa sekarang kan. tambahan lagi jika ibu bekerjaya, camana nak maintainkan kesihatan yg optimum masa bulan puasa nanti kan. Vitamin ni sgt menjimatkan sebab boleh kongsi dengan hubby. Jimat dan dalam masa yg sama dua2 boleh cergas sepanjang hari.

Vitamin C

  • Melindungi badan dr radikal bebas.
  • Reducing the risk of gallbladder disease
  • Decreasing protein in the urine of people with type 2 diabetes (albuminuria).
  • Improving physical performance and strength in the elderly

Saturday, 2 July 2011

Makanan Semulajadi Tambah Susu

Makanan Semulajadi Tambah Susu

Menjadi lumrah bagi ibu-ibu yang menyusukan anaknya untuk mendapatkan susu perahan yang banyak, terutama bagi yang bekerja. Lebih2 lagi sekarang ni kita makin menghampiri Ramadhan… jadi makin giatlah aktiviti pengumpulan susu ini di kalangan ibu-ibu.

Bagi saya, pengambilan vitamin2 seperti vitalea, vitamin c, alfalfa, b complex, Energizing Soy Protein yang diambil bersama Performance Drink amatlah membantu untuk ‘memperkasakan’ penghasilan susu ibu, tambah2 semasa berpuasa. Namun begitu, terpulang pada ibu2 untuk mengamalkan apa sahaja milkbooster yang ada  di luar sana.