Dalam banyak-banyak perisa kek yang ada di dunia ni, perisa coklat adalah antara perisa yang paling popular dikalangan penggemar kek. Siapa kat sini yang tak sukakan coklat kan. Dari kanak-kanak sampailah orang dewasa semua sukakan coklat.
Bagi penggemar tegar kek coklat, pastinya lebih mudah dan menguntungkan jika dapat membuat kek coklat sendiri berbanding beli sokmo di kedai kek. Mau bankrup kalau hari-hari kena beli kek coklat :D
Nak buat kek coklat sendiri tidaklah sesusah mana. Tips berguna untuk pastikan kek yang dibuat menjadi adalah dengan mengikut betul-betul sukatan bahan dan arahan pembuatannya. Buat kek tak seperti masak yang mana kita boleh agak-agak sukatan bahannya ikut selera kita.
Dalam entri kali ni saya nak kongsikan resepi kek coklat meleleh yang selalu saya buat.
Bahan-bahan untuk kek
250 gram gula
230 gram tepung bluekey
230 gm marjerin
1 sudu teh ekstrak vanila
5-6 biji telur
1 cawan serbuk koko
1 cawan air
1/2 cawan gula
Cara-cara membuat kek
1) Panaskan oven pada suhu 180 darjah celcius.
2) Masak 1 cawan serbuk koko, 1 cawan air dan 1/2 cawan gula hingga larut kemudian ketepikan.
3) Pukul gula dan marjerin sampai kembang. Warna marjerin yang sudah cukup kembang akan bertukar menjadi lebih cerah dan ringan.
4) Perlahankan kelajuan mixer dan masukkan ekstrak vanila, telur serta tepung hingga sebati.
** jangan masukkan kesemua telur dan tepung sekaligus, masukkan sikit demi sikit sampai habis.
5) Kemudian masukkan coklat yang sudah dimasak pada langkah 2 tadi ke dalam adunan. Kacau hingga sebati.
** jangan terlebih kacau.
6) Masukkan adunan dalam loyang pembakar yang sudah dilapiskan dengan marjerin dan tepung kemudian bakar adunan selama 1 jam.
Yang membuatkan kek ni meleleh sebab ada topping coklat. So kita belajar pula cara nak buat topping yang ringkas ni.
Bahan-bahan untuk topping
1 cawan susu segar
1 cawan serbuk koko
1/2 cawan gula
Cara-cara membuat topping
1) Campurkan kesemua bahan dan masak dengan api sederhana.
2) Tuangkan topping atas kek yang sudah masak.
Bila encik suami rasa sekali pasti akan minta lagi. Budak-budak pun pasti akan sukakannya. Sesuai dimakan semasa minum petang.
Dah makan kek coklat meleleh ni jangan lupa telan Omega, Lecithin dan Alfalfa ye kalau taknak badan tu naik sekilo dua lepas telan kek coklat.
BAGAIMANA ORDER PRODUK SHAKLEE
Mudah je, boleh order secara online dengan klik link di bawah:
Ingin dapatkan produk Shaklee secara COD (cash on delivery)?
Copp!! Nak dapatkan produk Shaklee dengan harga yang lebih murah? Jom daftar sebagai ahli.
Berminat menjana pendapat sebagai SID (Shaklee Independent Distributor)?
Pertanyaan serta penyertaan anda sangat dialu-alukan :)
------------------------------------------------------------
Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Hubungi saya di feeza.k@gmail.com atau 0133602633 untuk sebarang pertanyaan.
Meleleh air mata saya nengok resepi kek ni... Hujung minggu boleh cuba. Insyallah nak cuba nanti. Thank ya..
ReplyDelete< href=http://sweetmom83.blogspot.com/2014/11/omega-3-kuatkan-antibodi-anak-macam.html/> Tingkatkan antibodi anak macam Superman
Aiyooo.. peberet kita.. melting.. tp suka makan je la.. tak pandai bake.
ReplyDeleteAlamak...Dah terliur rasa ni.. Dah terbayang-bayang kalau dapat buat esok ni..Tak leh jadi, esok kene buat gak! ^_^
ReplyDeleteJemput baca sini>> Jana Pendapatan dengan Shaklee Bantu Tampung Beban Suami
Dah lama tak buat kek coklat ni.. mood rajin, sila datang cepat.. hihihi
ReplyDeletePERBEZAAN OMEGA GUARD DENGAN MINYAK IKAN LAIN