Showing posts with label Tips Pilih Pakaian Bayi. Show all posts
Showing posts with label Tips Pilih Pakaian Bayi. Show all posts

Thursday, 9 October 2014

6 Perkara Perlu Dielakkan Dalam Memilih Baju Bayi

Shopping baju bayi sememangnya aktiviti yang menyeronokkan...seronok dan menyebabkan terlebih shopping pun iye jugak. Yelah, maunya tak rambang mata sebab semua pakaian bayi kan comel-comel belaka. Dah pilih baju ni, kalih pandang pada baju lain berkenan pula. Kalau boleh nak borong satu kedai kan...hehe.

pilih baju bayi

Kalau semalam saya kongsikan tips memilih baju bayi, dalam entri hari ini saya nak kongsikan pula perkara-perkara yang ibu bapa harus elakkan dalam pemilihan pakaian bayi. Kenapa kena elakkan? Sebab kan bayi mempunyai kulit yang halus dan sensitif. Maka sebagai ibu bapa yang prihatin, haruslah berhati-hati dalam memilih pakaian bayi.

  • Elakkan memilih baju bayi yang diperbuat daripada bahan polyester atau nylon. Bayi juga seperti orang dewasa boleh berpeluh. Baju bayi yang diperbuat daripada kedua bahan tersebut tidak dapat menyerap peluh bayi dengan baik. Keadaan ini akan membuatkan bayi tidak selesa dan seterusnya menggalakkan terjadinya ruam kulit.
  • Elakkan membeli baju bayi yang kecil atau muat-muat saja saiznya. Kulit bayi terlalu lembut dan halus. Sekiranya baju yang dipakaikan agak kecil akan menyebabkan geseran kepada kulit bayi dan seterusnya menyebabkan kulit bayi melecet dan luka.
  • Elakkan memilih baju yang mempunyai hiasan besi atau bahan keras di kawasan punggung kerana akan menyebabkan bayi tidak selesa. Bayangkan kalau kita baring dengan benda beras di bahagian punggung kita, pastinya tidak selesa malah menyakitkan kan. Begitulah halnya juga dengan bayi.
  • Elakkan memilih baju bayi yang mempunyai cerut terutama dibahagian perut, pergelangan tangan, kaki dan paha. Dikhuatiri cerut tersebut akan mengganggu pengaliran darah ke seluruh badan bayi.
  • Elakkan memilih baju yang mempunyai aksesori yang banyak...sampaikan confuse mana satu bayi mana satu baju...hahaha...tidak lah teruk sampai macam tu sekali kan :D Sebenarnya alasan utama adalah untuk mengelakkan bayi menarik aksesori tersebut lalu memasukkannya dalam mulut dan menyebabkan tercekik. Owh ngeri kalau jadi macam tu. 
  • Elakkan memilih baju yang sarat dengan renda terutama di bahagian leher mahupun pergelangan tangan. Alangkan kita pun rasa gatal-gatal dan rimas bila pakai baju macam tu kan inikan pula bayi.
cara pilih pakaian bayi

Secara ringkasnya, ibu bapa harus mengelak membeli pakaian yang mempunyai risiko menyebabkan ketidakselesaan kepada bayi. Oleh yang demikian,  berfikirlah sedalam-dalamnya dan buat pilihan yang tepat apabila memilih baju bayi.

BAGAIMANA CARA ORDER?
Mudah je, boleh order secara online dengan klik link di bawah:

beli produk shaklee secara online

Nak join ahli Shaklee dengan saya? Hubungi saya sekarang.

------------------------------------------------------------ 
Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Hubungi saya di feeza.k@gmail.com atau 0133602633 untuk sebarang pertanyaan.

Thursday, 2 October 2014

Tips Pilih Pakaian Bayi

Antara ibu dan ayah, siapa yang selalu belikan baju anak? Biasanya golongan ibu yang paling teruja membeli pakaian anak. Sebenarnya terdapat beberapa perkara atau tips dalam pemilihan baju anak yang harus ibu tau. Maksudnya bila nak beli baju anak bukan pakai pilih yang mana berkenan pada mata ibu je. Banyak perkara yang ibu harus pertimbangkan sebelum membeli sesuatu pakaian bayi tersebut.

bagaimana pilih baju bayi yang selamat

Mudah dibasuh dan warna tidak luntur

Sekiranya memilih pakaian bayi yang berwarna, ibu harus memastikan warnanya tidak mudah tanggal apabila ia dibasuh. Juga pilihan fabrik yang selesa dan mudah dibasuh. 

Saiz besar

Bayi sememangnya cepat membesar. Maka ibu harus membeli pakaian bayi yang bersaiz besar untuk keselesaan bayi, juga supaya baju tersebut dapat dipakai lebih lama. Sekiranya ibu memilih pakaian baju yang muat-muat mengikut umurnya, kemungkinan baju tersebut hanya boleh dipakai sekali dua sahaja. 

Pengaliran udara

Bayi mempunyai kulit yang sangat lembut dan sensitif. Pengaliran udara yang kurang baik dalam baju akan menyebabkan kulit bayi berpeluh dah menimbulkan ruam pada kulit bayi. Pemilihan baju yang bersaiz besar membantu memastikan pengaliran udara yang baik dalam baju bayi.  

Mudah dipakai dan ditanggalkan

Baju yang berbutang sangat disarankan kepada bayi berusia bawah 5 bulan. Ini kerana bayi yang dalam usia begitu lebih banyak baring dan belum pandai duduk sendiri. Jadi dengan menggunakan baju berbutang akan memudahkan ibu untuk memakai dan menanggalkannya.

Kain kapas

Fabrik yang paling sesuai untuk pakaian bayi adalah fabrik dari jenis 100% kain kapas. Selain selesa dipakai, kain kapas dapat menyerap peluh bayi dan seterusnya mengelakkan masalah kulit pada bayi.

Tahan lama

Memandangkan tumbesaran bayi adalah cepat, seringkali baju bayi yang dibeli sempat dipakai beberapa kali sahaja. Maka ibu harus memilih baju bayi yang berkualiti dan tahan lama supaya boleh disimpan untuk kegunaan bayi (anak) yang akan datang. Bungkuskan pakaian tersebut dalam kain kemudian disimpan elok

Bagi bayi yang dilahirkan tidak cukup bulan (pra-matang), ibu harus memastikan pakaian bayi yang dibeli dilengkapi dengan topi bagi melindungi kepala bayi daripada udara sejuk. 

Pendek kata, dalam memilih pakaian bayi terdapat beberapa perkara yang perlu ibu beri perhatian. Ini sangat penting bagi memastikan keselesaan bayi. Jika bayi kurang selesa bayi akan sentiasa menangis. Kesian pada bayi tu sebab tak tahu nak luahkan dalam bentuk perkataan kerana masih kecil.



BAGAIMANA CARA ORDER?
Mudah je, boleh order secara online dengan klik link di bawah:
 
beli produk shaklee secara online
 
Nak join ahli Shaklee dengan saya? Hubungi saya sekarang.

------------------------------------------------------------ 
Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Hubungi saya di feeza.k@gmail.com atau 0133602633 untuk sebarang pertanyaan.