Showing posts with label Tips Keibubapaan. Show all posts
Showing posts with label Tips Keibubapaan. Show all posts

Thursday, 2 October 2014

Tips Pilih Pakaian Bayi

Antara ibu dan ayah, siapa yang selalu belikan baju anak? Biasanya golongan ibu yang paling teruja membeli pakaian anak. Sebenarnya terdapat beberapa perkara atau tips dalam pemilihan baju anak yang harus ibu tau. Maksudnya bila nak beli baju anak bukan pakai pilih yang mana berkenan pada mata ibu je. Banyak perkara yang ibu harus pertimbangkan sebelum membeli sesuatu pakaian bayi tersebut.

bagaimana pilih baju bayi yang selamat

Mudah dibasuh dan warna tidak luntur

Sekiranya memilih pakaian bayi yang berwarna, ibu harus memastikan warnanya tidak mudah tanggal apabila ia dibasuh. Juga pilihan fabrik yang selesa dan mudah dibasuh. 

Saiz besar

Bayi sememangnya cepat membesar. Maka ibu harus membeli pakaian bayi yang bersaiz besar untuk keselesaan bayi, juga supaya baju tersebut dapat dipakai lebih lama. Sekiranya ibu memilih pakaian baju yang muat-muat mengikut umurnya, kemungkinan baju tersebut hanya boleh dipakai sekali dua sahaja. 

Pengaliran udara

Bayi mempunyai kulit yang sangat lembut dan sensitif. Pengaliran udara yang kurang baik dalam baju akan menyebabkan kulit bayi berpeluh dah menimbulkan ruam pada kulit bayi. Pemilihan baju yang bersaiz besar membantu memastikan pengaliran udara yang baik dalam baju bayi.  

Mudah dipakai dan ditanggalkan

Baju yang berbutang sangat disarankan kepada bayi berusia bawah 5 bulan. Ini kerana bayi yang dalam usia begitu lebih banyak baring dan belum pandai duduk sendiri. Jadi dengan menggunakan baju berbutang akan memudahkan ibu untuk memakai dan menanggalkannya.

Kain kapas

Fabrik yang paling sesuai untuk pakaian bayi adalah fabrik dari jenis 100% kain kapas. Selain selesa dipakai, kain kapas dapat menyerap peluh bayi dan seterusnya mengelakkan masalah kulit pada bayi.

Tahan lama

Memandangkan tumbesaran bayi adalah cepat, seringkali baju bayi yang dibeli sempat dipakai beberapa kali sahaja. Maka ibu harus memilih baju bayi yang berkualiti dan tahan lama supaya boleh disimpan untuk kegunaan bayi (anak) yang akan datang. Bungkuskan pakaian tersebut dalam kain kemudian disimpan elok

Bagi bayi yang dilahirkan tidak cukup bulan (pra-matang), ibu harus memastikan pakaian bayi yang dibeli dilengkapi dengan topi bagi melindungi kepala bayi daripada udara sejuk. 

Pendek kata, dalam memilih pakaian bayi terdapat beberapa perkara yang perlu ibu beri perhatian. Ini sangat penting bagi memastikan keselesaan bayi. Jika bayi kurang selesa bayi akan sentiasa menangis. Kesian pada bayi tu sebab tak tahu nak luahkan dalam bentuk perkataan kerana masih kecil.



BAGAIMANA CARA ORDER?
Mudah je, boleh order secara online dengan klik link di bawah:
 
beli produk shaklee secara online
 
Nak join ahli Shaklee dengan saya? Hubungi saya sekarang.

------------------------------------------------------------ 
Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Hubungi saya di feeza.k@gmail.com atau 0133602633 untuk sebarang pertanyaan.

Sunday, 28 September 2014

7 Tips Mendisiplinkan Anak Secara Positif (Tanpa Memukul)

Dalam mendidik dan membesarkan anak-anak, kadang-kadang ibu bapa akan hilang sabar. Ibu bapa pun manusia biasa juga dan tanpa disedari ibu bapa akan memukul anak-anak. Bila anak-anak sudah menangis teresak-esak barulah rasa menyesal dan kasihan. Lebih parah kalau badan anak penuh lebam dan luka. Kalau jadi sampai macam tu memang sedih dan menyesal tidak sudah jadinya.



So dalam entri kali ini saya nak kongsikan tips mendisiplinkan anak-anak dengan pendekatan yang lebih positif.

1) Elakkan guna perkataan "Jangan"
Sebaiknya elakkan guna perkataan "Jangan" apabila menegur anak. Sebagai contoh bila anak-anak bergaduh, ibu bapa tidak digalakkan berkata "Abang, jangan pukul adik". Sebaliknya ibu bapa harus gunakan pendekatan lain yang lebih positif seperti "Abang dengan adik main sama-sama tau. Adik beradik kena baik-baik, sayang-sayang."

2) Elakkan pukul anak
Ibu bapa disarankan mendidik hati supaya lebih bersabar dengan karenah anak-anak. Pukul hanya apabila ada alasan yang kukuh sahaja, itupun secara perlahan dengan tujuan untuk menyedarkan anak. Kawasan yang dibenarkan pukul pula bahagian kaki ke bawah.

3) Puji/reward anak
Apabila anak berkelakuan baik, sentiasa puji/reward anak untuk menggalakkannya berkelakuan baik lagi. Terutama apabila berada di depan orang lain. Dengan sering memuji/reward anak akan membuatkan anak merasa bangga dan dihargai.

4) Pelajari ilmu parenting
Tiada apa yang lebih membantu ibu bapa mendidik anak-anak dengan cara yang terbaik selain daripada mendapatkan ilmu pengetahuan parenting dan pembangunan kanak-kanak dengan menyertai kelas-kelas parenting.

5) Gunakan kaedah distraction
Apabila anak mula nakal seperti melompat-lompat di sofa, ibu bapa boleh mengambil inisiatif membawa anak ke taman permainan untuk mengalih perhatian anak. Di taman anak nak melompat ke terjun ke semuanya boleh asalkan selamat dan sentiasa dipantau. Atau belikan anak mainan untuk melekakan anak semasa ibu bapa membuat kerja-kerja rumah.

6) Ajarkan kaedah "Logical Consequences"
Dalam usia anak yang sedang pesat membesar, mereka memang cenderung untuk mencuba benda baru dan penuh dengan perasaan ingin tahu walaupun perkara itu membahayakan. Maka ibu bapa harus menjelaskan sebaiknya kepada anak apakah akibat (bahaya) yang mungkin terjadi apabila anak berbuat sesuatu perkara itu. 

7) Guna teknik "Positive Discipline"
Jika anak buat salah contohnya menumpahkan air dari cawan, elakkan terus marah anak sebaliknya tunjukkan dan jelaskan baik-baik pada anak bagaimana cara memegang cawan dengan betul supaya air tidak tumpah. 

Seperkara yang paling penting untuk diajarkan kepada anak sejak kecil ialah sentiasa menghormati orang tua dan apabila bersalam hendaklah diajar supaya mencium tangan. 

Disiplin yang dididik sejak kecil akan menjadi amalan anak sehingga besar. Ibu bapa pastinya memerlukan kesabaran yang tinggi dalam mendidik anak. Walau betapa sukar, nikmatilah proses tumbesaran anak kerana ia merupakan waktu yang paling istimewa dan pasti akan dikenang apabila anak tersebut sudah dewasa.

Ingin membeli produk Shaklee secara online?
Hanya klik ikon eSell di belah kanan blog ini.
order shaklee secara online

Ingin dapatkan produk Shaklee secara COD (cash on delivery)? 

Berminat menjana pendapat sebagai SID (Shaklee Independent Distributor)?
Pertanyaan serta penyertaan anda sangat dialu-alukan :)

------------------------------------------------------------ 
Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Hubungi saya di feeza.k@gmail.com atau 0133602633 untuk sebarang pertanyaan.

Saturday, 27 September 2014

Amalan Doa Untuk Anak

Ibu bapa menghadapi masalah anak yang terlalu nakal? Tertanya-tanya tips mengatasi anak tidak mendengar kata? Betul ke ada cara untuk menghadapi anak yang terlalu nakal ye?



doa amalan untuk anak


Setiap ibu bapa pastinya mengharapkan anak yang dilahirkan baik budi pekertinya, mendengar kata dan berjaya di dunia akhirat. Ibu bapa mana yang tak sayangkan anak kan.

Lumrahlah bila anak tu nakal sedikit sebab kenakalan itu menunjukkan anak sedang berkembang tumbesarannya. Namun kalau dah terlalu nakal dan tidak mendengar kata sampai menimbulkan kemarahan orang lain harus diambil perhatian dan cari jalan penyelesaian.

Sebenarnya terdapat ayat-ayat Al-Quran yang boleh ibu bapa amalkan untuk anak.

1) Untuk anak-anak lembut hati dan mengelakkan panas baran, bacalah surah Al-Anbiya' ayat 69 dan surah Al-Hasyar ayat 22 hingga 24.

2) Sewaktu anak-anak bergaduh, bacalah surah Al-Baqarah ayat 102.

3) Supaya anak pandai belajar, bacalah surah Al-Anbiya' ayat 79 selepas solat Subuh sebanyak 10 kali dan diikuti dengan doa.

4) Untuk anak yang malas ke sekolah, bacalah surah Taha ayat 1 hingga 5.

5) Untuk anak yang suka keluar malam, bacalah surah Ar-Rum sebanyak 33 kali.

Walau senakal mana, seburuk mana sekalipun anak, ibu bapa seharusnya bertabah dan tidak putus berdoa supaya anak itu berubah perangai menjadi lebih baik. InsyaAllah dengan doa yang tidak putus itu akan dimakbulkan.

Ingin membeli produk Shaklee secara online?
Hanya klik ikon eSell di belah kanan blog ini.
order shaklee secara online

Ingin dapatkan produk Shaklee secara COD (cash on delivery)? 

Berminat menjana pendapat sebagai SID (Shaklee Independent Distributor)?
Pertanyaan serta penyertaan anda sangat dialu-alukan :)

------------------------------------------------------------ 
Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Hubungi saya di feeza.k@gmail.com atau 0133602633 untuk sebarang pertanyaan.