Showing posts with label Amalan Harian. Show all posts
Showing posts with label Amalan Harian. Show all posts

Saturday, 25 October 2014

Fadhilat Dan Kelebihan Solat Malam (Solat Tahajud)


fadhilat solat tahajud

Pernah dengar tentang solat malam atau juga dipanggil solat Tahajud? Saya mengaku sebelum ni saya memang tidak tahu menahu tentang solat Tahajud ni. Betapa ceteknya ilmu agama saya..

Namun sejak saya sertai bisnes Shaklee ni, saya diajarkan tentang pentingnya amalan kerohanian seiring dengan usaha fizikal. Antara amalan kerohanian yang selalu mommy Shaklee saya, Wan Fatihanum tekankan adalah dengan mengerjakan solat Tahajud. 

Solat Tahajud adalah solat yang dilakukan sebaiknya pada sepertiga malam. Melalui solat Tahajud, kita berpeluang mendekatkan diri dengan Allah. 

Pada sepertiga malam pintu langit terbuka luas menerima taubat hamba-Nya. Malaikat membawa kendi emas untuk mengumpul air mata taubat bagi menyiram api neraka yang sedia menanti untuk membakar tubuh manusia di akhirat nanti.

Memanglah pada mulanya agak sukar nak lakukan solat Tahajud ni lebih-lebih lagi bila kena bangun waktu malam. Tapi alah bisa tegal biasa, jika dilakukan dengan bersungguh-sungguh pasti akan merasakan nikmatnya, malah akan rasa rugi jika terlepas mengerjakannya.

Solat malam adalah solat yang penting antara solat-solat sunat yang lain. Rasulullah S.A.W pernah ditanya, “Solat apakah yang paling utama selepas solat lima waktu?” Beliau menjawab dengan tegas, “Solat malam!” (Hadis Riwayat Muslim).

Amalan solat malam bukan hanya diamalkan Nabi Muhammad s.a.w, malah turut diamalkan oleh umat nabi sebelumnya. 

Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud: “Allah s.w.t sayang kepada lelaki yang bangun malam kemudian mengerjakan solat dan akan membangunkan isterinya manakala kalau isterinya enggan, dipercikkan air di wajahnya. Allah s.w.t sayangkan perempuan yang bangun malam kemudian mengerjakan solat dan membangunkan suaminya manakala jika suaminya enggan, dipercikkan air ke wajahnya.” (Hadis riwayat Abu Daud)

Sebenarnya banyak fadhilat atau kebaikan daripada solat Tahajud ni sebagaimana Saidina Umar al-Khattab menyatakan kelebihan solat malam dengan berkata: “Sesiapa mengerjakan solat malam (tahajud) dengan khusyuk nescaya dianugerahkan Allah sembilan perkara, lima di dunia dan empat di akhirat. 

Kurniaan di dunia ialah:
❤️ Jauh daripada segala penyakit
❤️ Lahir kesan taqwa pada wajahnya
❤️ Dikasihi sekelian mukmin dan seluruh manusia
❤️ Percakapannya mengandungi hikmah (kebijaksanaan)
❤️ Dikurniakan kekuatan dan diberi rezeki dalam agama (halal dan diberkati)

Sementara empat perkara di akhirat ialah:
❤️ Dibangkitkan dari kubur dengan wajah berseri-seri
❤️ Dipermudahkan hisab
❤️ Cepat melalui sirat al-Mustaqim seperti kilat
❤️ Diserahkan suratan amalan pada hari akhirat melalui tangan kanan.”

Beberapa keutamaan yang diperoleh oleh para pengamal solat malam adalah seperti berikut:

  1. Tercatat sebagai orang yang baik dan berhak mendapat anugerah rahmatnya (Surah adz-Dzariyat ayat 15 hingga 18).
  2. Mendapat penyempurnaan diatas kekurangan dalam ibadat wajibnya, hingga dapat menempati darjat yang terpuji (Surah al-Israk ayat 79).
  3. Mendapat pujian daripada Allah (Surah al-Furqan ayat 63 hingga 64).
  4. Dilihat sebagai orang yang beriman (Surah as-Sajadah ayat 16).
  5. Darjatnya dibezakan dengan orang yang malas (Surah az-Zumar ayat 9).

Beberapa petikan hadis berikut menyebut beberapa fadilat dan keindahan lain solat malam. Antaranya adalah hadis daripada Abdullah bin Amr bin Al-‘Ash yang berbunyi, Rasulullah S.A.W berkata kepadaku, “Abdullah, jangan jadi seperti polan yang pernah mendirikan solat malam kemudian meninggalkannya,” (Hadis Riwayat Bukhari-Muslim).

Salman al-Farisi menceritakan, Rasulullah S.A.W berkata, “Kerjakanlah solat malam, kerana itu adalah kebiasaan orang soleh sebelum kamu, jalan mendekatkan diri kepada Tuhan, penebus kesalahan, pencegah dosa, serta penghindar penyakit.”

Salim bin Abdullah bin Umar bercerita kepada Hafshah, isteri Rasulullah S.A.W, “Ketika Rasulullah S.A.W masih hidup, biasanya apabila seseorang bermimpi, dia menceritakan mimpinya itu kepada Rasulullah S.A.W. Saya berharap mendapat mimpi supaya dapat menceritakannya kepada beliau. Semasa masih muda, biasanya saya tidur di masjid. Suatu ketika, saya bermimpi seakan-akan dua malaikat memegang dan membawaku ke neraka yang dibina seperti perigi dan memiliki tanduk. Di dalam perigi itu ada beberapa orang yang saya kenal. Saya lalu berkata, “Saya berlindung kepada Allah dari neraka.” Saya bertemu dengan malaikat lain yang berkata padaku, “Jangan takut.” Mimpi ini disampaikan oleh Hafshah kepada Rasulullah S.A.W, dan beliau berkata, “Sebaik-baik lelaki adalah Abdullah ketika mahu solat malam.” Selepas itu, dia hanya tidur sebentar sahaja di malam hari.

Abu Hurairah meriwayatkan Rasulullah S.A.W berkata, “Syaitan mengikat tengkuk kamu yang tidur dengan tiga ikatan. Syaitan menepuk pada setiap ikatan, ‘Bagimu malam yang panjang, maka tidurlah.’ Apabila kamu bangun dan berzikir mengingat Allah, maka terbukalah satu ikatan. Apabila kamu berwuduk, terbuka satu lagi ikatan. Apabila kamu solat, terbukalah satu ikatan lagi. Maka di pagi hari, kamu segar dan bersemangat. Sekiranya tidak, di pagi hari tentu kamu berasa lesu dan malas.”

Abu Hurairah meriwayatkan Rasulullah S.A.W berkata, “Tuhan kita turun setiap malam ke langit dunia pada sepertiga malam terakhir, dan menyatakan, ‘Siapa yang berdoa kepadaku, pasti aku kabulkan. Sesiapa yang memohon kepadaku, pasti aku beri, dan sesiapa yang memohon ampun kepadaku, pasti aku ampuni.’” (Hadis Riwayat Al-Jama’ah).

‘Amr bin Al-‘Ash meriwayatkan Rasulullah S.A.W berkata, “Sedekat-dekat hamba kepada Allah adalah pada tengah malam yang terakhir. Apabila kamu dapat menyertai golongan orang yang berzikir mengingat Allah pada saat itu, maka lakukanlah.” (Hadis Riwayat Al-Hakim).

Abu Hurairah meriwayatkan Rasulullah S.A.W berkata, “Apabila seseorang membangunkan isterinya pada waktu malam, lalu kedua-duanya solat dua rakaat, maka mereka tercatat dalam golongan orang yang selalu berzikir.” (Hadis Riwayat Abu Daud).

Bersyukur dipertemukan dengan bisnes Shaklee juga mommy Shaklee saya. Kami diajar untuk bukan saja mengejar dunia malah mengejar akhirat juga. InsyaAllah..


BAGAIMANA CARA ORDER PRODUK SHAKLEE
Mudah je, boleh order secara online dengan klik link di bawah:
sistem online shaklee

Ingin dapatkan produk Shaklee secara COD (cash on delivery)? 
KETAHUI CARANYA DI SINI 

Copp!! Nak dapatkan produk Shaklee dengan harga yang lebih murah? Jom daftar sebagai ahli.

CARA JADI AHLI SHAKLEE 

Berminat menjana pendapat sebagai SID (Shaklee Independent Distributor)?

Pertanyaan serta penyertaan anda sangat dialu-alukan :)
JANA SIDE INCOME DENGAN SHAKLEE 

------------------------------------------------------------ 

Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Hubungi saya di feeza.k@gmail.com atau 0133602633 untuk sebarang pertanyaan.

Saturday, 4 October 2014

Sunnah Sebelum Tidur

amalan sebelum tidur

Saya masih ingat lagi masa saya kecil, mak selalu pesan untuk basuh kaki dan membaca doa sebelum tidur. Masih saya amalkan sehingga ke hari ini.

Sebenarnya ada banyak perkara yang sunat dilakukan sebelum masuk tidur, antaranya:

❤️ membaca doa sebelum masuk tidur

❤️ membaca ayat Qursi

❤️ mengambil wudhu'

❤️ tidur di atas rusuk kanan

❤️ mengibas tilam tempat tidur

❤️ meletakkan tangan di bawah pipi kanan

❤️ tidak tidur secara meniarap

❤️ tidur di sebelah kanan menghadap ke kiblat

❤️ beristighfar 3 kali sebelum tidur

❤️ menadah tangan dan membaca 3qul kemudian tiup ke tapak tangan dan sapukan keseluruh anggota badan yang boleh dicapai.


Berminat beli produk Shaklee?
Mudah je, boleh order secara online dengan klik link di bawah:
http://goo.gl/PIJrxN

sistem online shaklee

Nak join ahli Shaklee dengan saya? Hubungi saya sekarang.

------------------------------------------------------------ 
Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Hubungi saya di feeza.k@gmail.com atau 0133602633 untuk sebarang pertanyaan.

Thursday, 18 September 2014

Fadhilat Beristighfar

Istighfar adalah menundukkan jiwa, hati dan fikiran kepada Allah SWT sambil memohon ampun kepada Allah SWT atas dosa atau kesalahan yang dilakukan. Kebiasaannya seseorang yang melakukan dosa kemudiannya menyesal akan perbuatannya itu akan bertaubat diiringi oleh istighfar yang ikhlas dengan harapan akan mendapat pengampunan dari Yang Maha Esa.

Dalam Islam, kita digalakkan sentiasa beristighfar. Sebagaimana firman Allah SWT:

"Dan pohonlah ampun bagi dosamu, serta bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu pada waktu pagi dan petang"

Terdapat banyak fadhilat atau kebaikan apabila seseorang mengamalkan istighfar. Antara fadhilatnya adalah:

1) Memperoleh keampunan dari Allah SWT atas dosa yang dilakukan

2) Memberi ketenangan hati 

Sabda Rasulullah SAW : “Siapa yang melazimkan amalan istighfar 70X sehari, dia tidak akan ditulis sebagai orang yang lupa (nyanyuk).”Rasulullah SAW juga bersabda: “Siapa yang melazimkan amalan istighfar, akan dikeluarkan Allah dari sifat ham dan hazan. Sifat ham bererti gelisah yang tidak menentu yang sering melanda kaum wanita. Sifat hazan bererti berdukacita”

3) Mendekatkan diri kepada Allah SWT kerana istighfar juga sebagai bukti ketaatan kepada Allah SWT

4) Memperoleh perlindungan dari Allah SWT dari tipu daya serta hasutan syaitan 

5) Memelihara diri dari melakukan dosa atau kesalahan kerana istighfar dapat membersihkan hati dari lalai dan lupa

6) Memperoleh kurnia/nikmat kelapangan, kesenangan, kesihatan serta rezeki yang melimpah.

Sabda Rasulullah Shalallahu ‘Alaihi Wa Sallam,”Barang siapa yang senantiasa beristighfar, maka Allah pasti akan selalu memberikannya jalan keluar dari setiap kesempitan dan kelapangan dari segala kegundahan serta Allah akan memberikan rizki kepadanya dari arah yang tidak ia sangka-sangka.” (HR. Ahmad Abu Daud dan Hakim dia berkata : Shahih sanadnya. )

Ingin membeli produk Shaklee secara online?
Mudah saja, hanya klik link ini --> http://bit.ly/1tTxPSD  

Coppp!!! Nak beli produk Shaklee dengan harga yang lebih murah?? Jom join ahli sekarang.

Mencari-cari bisnes untuk side income? Jom sertai kami.

------------------------------------------------------------ 
Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Hubungi saya di feeza.k@gmail.com atau 0133602633 untuk sebarang pertanyaan.

Friday, 5 September 2014

8 Langkah Untuk Gaya Hidup Sihat

1) Minum Air Secukupnya

Minum banyak air suam atau air mineral untuk membantu membuang toksin dalam badan, menjaga kesihatan kulit dan juga membantu membakar kalori dalam badan. Minum air yang banyak membantu badan meningkatkan kadar metabolisma.
 

2) Diet Yang Sihat

Perlu untuk mengamalkan diet yang sihat. Makan yang cukup tetapi bukan berlebihan. Seperti sunnah Rasulullah SAW, makan sebelum lapar dan berhenti sebelum kenyang untuk memastikan tidak makan berlebihan.

 

3) Jangan Merokok

Dah banyak dah iklan bahaya merokok kat televisyen, surat khabar juga papan-papan iklan...gambar keburukan merokok pun banyak dah kan. Kalau nak merokok jugak tak tahu lah nak cakap apa lagi.
 

4) Bersenam

Bersenam bukan untuk kurus atau shaping badan je tau...tapi bagus untuk kesihatan fizikal dan rohani. Tak perlu lama-lama pun...kalau setakat boleh spend masa 10 minit sehari pun sudah memadai.
 

5) Tangani Stress

Tekanan mempercepatkan proses penuaan...so kalau taknak cepat nampak tua maka elakkanlah tekanan ye. Bila rasa tertekan je cepat-cepat dengar muzik yang lembut dan menenangkan, atau lakukan apa saja aktiviti yang boleh menenangkan anda.

 

6) Tidur Berkualiti

Waktu tidurlah badan dapat berehat secukupnya selepas seharian aktif digunakan. Maka pastikan anda mendapat tidur yang mencukupi.
 

7) Terapi Aroma

Manjakan diri dengan terapi aroma iaitu bau-bauan yang wangi di rumah. Boleh gunakan pelbagai jenis bunga hidup atau wangian yang banyak dijual di kedai. Bunga hidup tu buat air mandian pun bagus tau. Rasa relax je.
 

8) Penjagaan Kulit

Elakkan memakai sebarang solekan pada waktu malam. Sebelum tidur pastikan cuci bersih kulit muka dari sebarang kotoran mahupun alat solek. Sangat penting untuk memastikan kulit bernafas dan berehat.

KETAHUI TIPS PENJAGAAN KULIT
Klik link ini --> http://bit.ly/WlCcsq

------------------------------------------------------------
Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Hubungi saya di feeza.k@gmail.com atau 0133602633 untuk sebarang pertanyaan.

Friday, 8 November 2013

Kelebihan Membaca Surah Kahfi

Soalan: Adakah kelebihan membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat ?
Jawapan: Al-Quran adalah kitab suci umat islam yang memiliki kelebihan dari seluruh kitab-kitab yang lain sebelumnya, membaca Al-Quran diniliai suatu ibadah yang besar walaupun orang tersebut tidak memahaminya, diantara surah-surah yang memiliki kelebihan dan keistimewaan dalam membacanya adalah surah Al-Kahfi, demikian juga surah Al-Kahfi memiliki kelebihan dan keistimewaan jika dibaca pada hari Jumaat.

Surah Al-Kahfi adalah surah Al-Makkiyah yang memiliki seratus sepuluh ayat, begitu banyak hadis yang telah menceritakan kelebihan surah ini, sebahagian hadis yang datang dari Rasulullah SAW adalah apa yang telah diriwayatkan oleh Imam Bukhari di dalam kitab Shahihnya:
قال البخاري : حدثنا عمرو بن خالد : حدثنا زهير : حدثنا أبو إسحاق،عن البراء قال : كان رجل يقرأ الكهف وإلى جانبه حصان مربوط بشطنين، فتغشته سحابة فجعلت تدنو وتدنو، وجعل فرسه ينفر، فلما أصبح أتى النبي صلى الله عليه وسلم قذكر ذلك له، فقال : تلك السكينة تنزلت بالقرآن. صحيح البخاري كتاب فضائل القرآن، باب فضل الكهف، ص : 898 ، ط : دار السلام للنشر والتوزيع، الرياض
Ertinya : Seorang lelaki sedang membaca Surah Al-Kahfi, di sisinya seekor kuda yang terikat dengan dua tali, maka awanpun datang menyelubungi, mendekat dan menghampiri, sehingga kuda lari terkejut, manakala dipagi hari beliau mendatangi Nabi SAW, dan menceritakan kejadian tersebut, maka bersabda Nabi : Itu adalah ketenangan yang turun disebabkan bacaan Al-Qur`an, ( H.R Bukhari, kitab Fadha`il Al-Qur`an, bab Fadhli Al-Kahfi, halaman : 898 .)
قال البيهقي : أخبرنا محمد بن عبد الله الحاقظ، أنبأنا أبو بكر محمد بن المؤمل، ثنا الفضل بن محمد الشعراني، ثنا نعيم بن حماد، ثنا هشيم أنبأنا أبو هاشم عن أبي مجلز، عن قيس بن عباد، عن أبي سعيد الخدري ، أن النبي صلى الله عليه وسلم قال : من قرأ سورة الكهف في يوم الجمعة، أضاءله من النور ما بين الجمعتين. رواه البيهقي في السنن الكبرى في كتاب الجمعة، باب ماسؤمر به في ليلة الجمعة ويومها من كثرة الصلاة على رسول الله وقراءة سورة الكهف وغيرها ؟، مجلد 4، ص : 530 ط : دار الفكر
Ertinya : Rasulullah bersabda: Barang siapa yang membaca Surah Al-Kahfi pada hari Jum`at, Mkan Allah akan meneranginya dengan cahaya dari jum`at yang dia baca kepada jum`at yang brikutnya. ( H.R Baihaqi)
قال الحاكم : عن أبي بكر بن المؤمل: حدثنا الفضل بن محمد الشعراني، حدثنا نعيم بن حماد، حدثنا هشيم،حدثنا أبو هاشم، عن أبي مجلز عن قيس بن عباد ، عن أبي سعيد، عن النبي صلى الله عليه وسلم، أنه قال : من قرأ سورة الكهف في يوم الجمعة، أضاء له من النور ما بينه وبين الجمعتين، ثم قال : هذا الحديث صحيح الإسناد، ولم يخرجاه
Ertinya : Barangsiapa yang membaca surah Al-Kahfi pada hari Jum`at, maka Allah akan meneranginya dengan cahaya diantara dua kali jum`at. (H.R Hakim didalam Mustadrak)
قال السيوطي في الجامع الصغير : عن النبي صلى الله عليه وسلم قال : من قرأ سورة الكهف يوم الحمعة أضاءله النور ما بينه وبين البيت العتيق ( هب ) عن أبي سعيد، ورمزه بالحسن
Ertinya : Barangsiapa yang membaca surah Al-Kahfi pada hari Jum`at, maka Allah akan meneranginya dengan cahaya diantaranya dan Bait `Atiq.
Sumber: http://lukisandihati.blogspot.com/
------------------------------------------------------------
Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Hubungi saya di feeza.k@gmail.com atau 0133602633 untuk sebarang pertanyaan.