Monday, 3 November 2014

Home » » Cara Mengatasi Stress

Cara Mengatasi Stress

Zaman sekarang ni ramai orang yang dapat penyakit tekanan darah tinggi. Sebenarnya banyak punca yang menyebabkan seseorang tu dapat tekanan darah tinggi. Salah satunya adalah berpunca daripada stress atau tertekan.

Seorang kawan saya pernah bercerita bahawa suaminya mempunyai tekanan darah tinggi. Kalau tidak silap, bermula pada awal tahun ini suaminya membuat keputusan berhenti kerja dari sebuah syarikat utiliti besar dan berniaga sendiri. Ajaibnya apabila check up bulanan, doktor memberitahu bahawa penyakit tekanan darah tinggi suaminya sudah sembuh.

Ternyata suaminya mempunyai tekanan darah tinggi berpunca daripada rasa stress dengan kerja dan juga keadaan trafik jalanraya yang sesak setiap kali berulang alik ke pejabat pada setiap hari. Siapa yang tak stress bila hari-hari kena meredah jem kan.

Harini saya bukan nak bercakap tentang penyakit tekanan darah tinggi, tapi lebih kepada puncanya iaitu stress.

Sebagai manusia kita memang tidak boleh lari daripada rasa tertekan. Namun kita boleh belajar cara-cara untuk mengatasi stress. Kalau pun tidak dapat mengatasi sepenuhnya sekurang-kurangnya dapat mengawal rasa stress tersebut.

tips atasi stress

Cara-cara mengatasi stress/tekanan
👉 Segera ambil wudhu' dan menunaikan solat. 
👉 Banyakkan membaca Al-Quran dan menghayati maksudnya.
👉 Rehatkan diri dengan berurut atau pergi ke spa.
👉 Dengar muzik yang lembut dan menenangkan.
👉 Bercuti bersama keluarga.
👉 Berbincang dengan ahli keluarga atau mereka yang terdekat dan boleh dipercayai.
👉 Lakukan aktiviti outdoor atau bersukan bersama keluarga.
👉 Luahkan perasaan seperti menangis supaya lebih lega.
👉 Bermain dengan binatang peliharaan seperti kucing (jika ada membela binatang peliharaan).
👉 Mandi dengan air suam.

Mungkin ada pelbagai lagi cara untuk mengatasi rasa stress dan tidak tertakluk kepada 10 cara yang disenaraikan di atas saja. Ini adalah panduan saja. Pendek kata, anda boleh lakukan apa saja yang boleh menenangkan perasaan anda dari rasa stress tersebut.


BAGAIMANA CARA ORDER PRODUK SHAKLEE
Mudah je, boleh order secara online dengan klik link di bawah:
sistem online shaklee

Ingin dapatkan produk Shaklee secara COD (cash on delivery)? 
KETAHUI CARANYA DI SINI

Copp!! Nak dapatkan produk Shaklee dengan harga yang lebih murah? Jom daftar sebagai ahli.
CARA JADI AHLI SHAKLEE

Berminat menjana pendapat sebagai SID (Shaklee Independent Distributor)?
Pertanyaan serta penyertaan anda sangat dialu-alukan :)
JANA SIDE INCOME DENGAN SHAKLEE

------------------------------------------------------------ 
Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Hubungi saya di feeza.k@gmail.com atau 0133602633 untuk sebarang pertanyaan.

8 comments:

  1. Saya pernah masuk kelas cara menangani stress atau tekanan. Benda ni memang tak boleh dihilangkan, yang boleh kita buat ialah kawal.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye betul tu. setuju sangat. nama pun manusia...ada emosi dan perasaan. so memang tak boleh nak elakkan stress. tapi kena belajar macamana cara nak kawal supaya tak memudharatkan diri sendiri

      Delete
  2. Ini merupakan penulisan saya berkenaan stress.. http://jalalboy.blogspot.com/2013/11/what-you-can-do-to-keep-stress-low-at.html Harap kita boleh bertukar-tukar ilmu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama-samalah kita. berkongsi dan sebarkan ilmu yang baik dan bermanfaat.

      Delete
  3. info yang bagus ni.. mudahan lepas ni dapat kawal stress dengan lebih baik..

    ReplyDelete
  4. Saya WAHM so pasti ada terkesan sedikit stress dengan kerja rumah,anak-anak...jadi saya amalkan bcomplex shaklee,alhamdulillah membantu..dengan info ni juga boleh membantu saya

    ReplyDelete
  5. Bila stress saya suka pergi bercuti dan senyum pada senua orang.. :)

    ReplyDelete
  6. Lifestyle sekarang membuatkan ramai hidup dlm keadaan stress, tekanan kerja, mslh ekonomi, msalah kerja tu semua antara punca stress

    ReplyDelete