Showing posts with label Parenting. Show all posts
Showing posts with label Parenting. Show all posts

Tuesday, 23 September 2014

3 Tips Melatih Anak Mengemas

Rumah sering bersepah selepas anak selesai bermain? Ramai ibu bapa yang tercari-cari tips melatih anak supaya mengemas selepas selesai bermain. 

mendidik anak mengemas

Dengan melatih anak mengemas barang atau alat permainan sendiri, anak akan lebih bertanggungjawab terhadap barang sendiri. Ibu bapa juga akan kurang terbeban untuk mengemas keseluruhan rumah.

Untuk melatih anak mengemas barangan sendiri, seharusnya dimulakan sejak kecil. Ibarat pepatah, meluntur buluh biar dari rebungnya.  

Saya nak kongsikan 3 tips bagi melatih anak mengemas barangan sendiri. 

❤️ Bagi anak yang berumur kurang dari 3 tahun, ibu bapa tidak seharusnya menyuruh anak mengemas sebaliknya diajak mengemas. Tunjukkan dahulu caranya dan minta anak turut sama mengemas. Setelah anak berumur 4 tahun ke atas barulah boleh disuruh dan kemungkinan ibu bapa harus mengingatkan anak berulang kali.

❤️ Mendidik anak supaya sukakan kebersihan. Sebagai contoh, memberitahu anak bahawa Allah dan Nabi sukakan kebersihan dan kekemasan, atau memberitahu anak bahawa syaitan sukakan bilik atau tempat yang kotor dan syaitan akan menjauh sekiranya bilik itu kemas dan bersih. 

❤️ Mendisiplinkan anak supaya meletakkan kembali barang yang diambil ke tempat asalnya sejurus selepas selesai digunakan. Sekiranya anak dilatih sedemikian, anak akan terbiasa untuk terus mengemas barangan selepas digunakan. 

tips melatih anak mengemas

Dengan melatih anak untuk mengemas barangan sendiri sejak kecil, anak tersebut akan membesar dengan sukakan kebersihan dan kekemasan. Juga melatih untuk pengurusan diri. Sekiranya anak sudah berkahwin, anak akan lebih cenderung membantu isteri/suami untuk mengemas.
Ingin membeli produk Shaklee secara online?
Coppp!!! Nak beli produk Shaklee dengan harga yang lebih murah?? Jom join ahli sekarang.

Mencari-cari bisnes untuk side income? Jom sertai kami.
------------------------------------------------------------
Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Hubungi saya di feeza.k@gmail.com atau 0133602633 untuk sebarang pertanyaan.

Monday, 15 September 2014

Tips Travel Bersama Anak Kecil

Waktu travel (melancong) adalah waktu yang ramai orang suka. Siapa kat sini yang tak suka melancong? Hehe. Saya sangat suka melancong tapi letih bila kena kena travel terlalu lama. Saya akan asyik fikir bilalah nak sampai ni.. Tapi bila je dah sampai tempat yang dituju, segala penat lelah pun secara automatiknya hilang :D

tips travel dengan anak kecil

Tapi bagi ibu bapa yang mempunyai anak kecil, perancangan awal dan rapi diperlukan supaya perjalanan lancar. Sekiranya tidak dirancang rapi dikhuatiri perjalanan tersebut menjadi mimpi ngeri..hehe..ngeri ke :)

Meh sini saya nak share 3 tips ringkas bagi ibu bapa yang mempunyai anak kecil sekiranya mahu travel kemana-mana.

1) Pastikan membawa bekalan baju dan pampers anak yang mencukupi. Penting sebab kebarangkalian bayi perlu ditukar pakaian dek kerana muntah, air kencing mahupun najis akibat pampers yang bocor adalah tinggi.

2) Sediakan bekalan tisu basah (baby wipes) yang secukupnya. Kalau ibu bapa nak bersihkan kotoran pada bayi pun senang tak perlu nak singgah mana-mana tandas yang berdekatan.

3) Pilih makanan bayi yang mudah disediakan. Mudah disediakan tak semestinya yang instant/segera ye. Ibu bapa boleh fikirkan pilihan makanan bayi yang tidak diproses tapi pada masa yang sama mudah disediakan. Sebagai contoh, ibu bapa boleh menyediakan couscous sebagai makanan bayi. Hanya rendam dalam air panas dan tunggu beberapa minit sebelum boleh dimakan.

Walau apapun, pastinya perjalanan bersama keluarga tersayang yang paling bermakna. Semoga ibu bapa dapat mengambil manfaat daripada perkongsian kali ini. 

Anda nak beli produk Shaklee secara online?
Mudah saja, hanya klik link ini --> http://bit.ly/1tTxPSD  

Coppp!!! Nak beli produk Shaklee dengan harga yang lebih murah?? Jom join ahli sekarang.

Mencari-cari bisnes untuk side income? Jom sertai kami.

------------------------------------------------------------ 
Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Hubungi saya di feeza.k@gmail.com atau 0133602633 untuk sebarang pertanyaan.

Wednesday, 3 September 2014

10 Tips Mendidik Anak Dengan Cara Yang Betul

Mendidik anak sejak kecil bukanlah mudah. Jika salah didik dikhuatiri anak akan bermasalah perangainya bila sudah besar. Dalam mendidik anak, ada perkara yang harus ibu bapa ingat dan elakkan.
penjagaan anak
1) Jangan gunakan tangan/anggota tubuh untuk memukul/menampar anak. Nanti anak jadi bertambah degil dan nakal dan tak boleh dikawal.

2) Jangan pukul anak dari paras lutut ke atas. Seeloknya rotan/pukul anak di telapak kakinya. Secara saintifiknya ada kaitan dengan refleksologi dan dapat merangsang bahagian otak.

Sabda Rasulullah s.a.w.

“Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)”
3) Panggil anak dengan panggilan yang baik. Sebab itu sangat penting menamakan anak dengan nama yang membawa maksud yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak malu dan merasa rendah diri.
4) Berikan anak anda pelukan dan kasih sayang setiap hari. Anak yang disayangi akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang kurang kasih sayang.
5) Jadi kawan dan pendengar yang baik buat anak. Dengan cara ini, anak akan merasa lebih rapat dengan ibu bapanya. Secara tak langsung anak akan belajar menjadi pendengar yang setia dan menghormati apabila orang lain sedang bercakap.
6) Luangkan masa bersama anak dengan aktiviti luar. Jangan terlalu sibuk dengan urusan pejabat sampai mengabaikan anak-anak. Penting untuk adakan aktiviti bonding sesama ahli keluarga supaya anak merasa kepentingan kehadiran mereka kepada ibu bapanya.
7) Banyakkan bersabar dalam mendidik anak. Sebab pemikiran anak bukan matang macam orang dewasa. Perkembangan anak buatkan mereka ingin mencuba dan mengalami setiap perkara termasuklah berbuat silap.
8) Berikan galakan dan pujian kepada setiap perkara baik yang anak hendak atau telah lakukan. Galakan dan pujian akan membuatkan anak rasa dihargai.
9) Tunjukkan anak teladan yang baik. Setiap perlakuan ibu bapa akan diperhatikan dan diikuti oleh anak. Sebagai contoh, jika kita tak mahu anak makan berdiri, maka sebagai ibu bapa haruslah tunjukkan contoh adab makan yang baik.
10) Berikan anak makanan dari sumber rezeki yang halal dan baik.
Anak-anak itu adalah amanah Allah SWT. Anak-anak ibarat kain putih. Ibu bapa lah yang akan mencorakkannya menjadi yahudi, nasrani atau majusi”..
------------------------------------------------------------
Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Hubungi saya di feeza.k@gmail.com atau 0133602633 untuk sebarang pertanyaan.

Thursday, 21 August 2014

Adab Kejutkan Anak Dari Tidur

cara kejutkan anak tidur
 
Biasanya para mommies yang lebih mengetahui betapa susahnya nak kejutkan anak dari tidur kan. Nak-nak lagi kalau anak jenis yang liat nak bangun tidur. Mau hilang sabar dibuatnya...hehe.
 
Sebenarnya ada cara atau adab yang betul bila nak kejutkan anak yang sedang tidur, tak kiralah anak tu masih bayi, kanak-kanak atau sudah remaja. 

  1. Beri salam kepada anak yang sedang tidur
  2. Sentuh hujung ibu jari kaki anak dan goyangkannya perlahan-lahan
  3. Panggil namanya dengan lembut dan teruskan menggoyangkan kakinya
  4. Kalau masih belum sedar, kuatkan sedikit suara apabila panggil namanya dan teruskan goyangkan badannya
  5. Teruskan memanggil namanya dan panggillah dengan panggilan yang manja dan penuh kasih sayang contohnya sayang, manja atau anak
  6. Kejutkan anak sambil memujinya contohnya "bangun sayang", "anak mama yang baik", "anak umi yang soleh/solehah" dan sebagainya
  7. Sebaik saja anak bangun, gosok kepalanya sambil bercakap dengan lembut agar dia mandi, solat subuh dan segera bersiap-siap ke sekolah untuk menjadi anak yang bijak pandai
  8. InsyaAllah, anak akan bangun dengan badan yang segar dan minda yang cergas kerana dikejutkan dengan penuh kasih sayang
 
Owh ye, cara ni bukan saja untuk kejutkan anak ye tapi boleh juga digunakan untuk mengejut suami tersayang. Bila mana suami celik mata nampak isteri kejutkan dengan penuh kasih sayang dan senyuman, pastinya suami akan bertambah sayang :)
 
------------------------------------------------------------
Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Hubungi saya di feeza.k@gmail.com atau 0133602633 untuk sebarang pertanyaan.

Wednesday, 23 July 2014

7 Sebab Bayi Menangis Dan Tips Menenangkan Bayi

Apakah sebab bayi menangis?

Semua bayi menangis pada masa-masa tertentu. Mereka perlu menangis. Bayi baru lahir yang sihat pun akan menangis juga selama satu hingga tiga jam sehari. Oleh kerana mereka tak dapat membuat apa-apapun untuk diri sendiri, bayi bergantung kepada orang lain untuk memberi mereka makanan, kepanasan dan keselesaan yang mereka perlukan. Tangisan adalah cara bayi memberitahu bahawa mereka perlukan sesuatu.

Sebagai ibu atau bapa baru, ada masanya anda mendapati sukar untuk menentukan apakah yang bayi anda perlukan. Adakah dia lapar, sejuk, haus, bosan atau sekadar mahu dipeluk? Dalam beberapa hari pertama, semasa anda belum tahu bagaimana hendak mengenal pasti keperluan bayi anda, tangisan ini boleh membuat anda rasa bimbang. Namun begitu, lambat laun anda akan mula mengecam gaya tangisannya yang berlainan dan setelah anda lebih mengenalinya, anda akan dapat memenuhi keperluannya.

Semasa membesar, bayi juga akan mempelajari lain-lain cara untuk berkomunikasi dengan kita. Mereka menjadi lebih cekap menyatakan sesuatu dengan menggunakan kontak mata, membuat bunyi-bunyi tertentu, dan juga dengan senyuman. Semua ini dapat mengurangkan keperluan untuk menangis.

Sebab-sebab biasa bayi menangis ada disenaraikan di bawah. Jika bayi anda sukar ditenangkan, cubalah panduan ini satu persatu. Dengan cara ini, anda akan rasa lebih lega kerana telah cuba memenuhi keperluannya sebaik yang mungkin.

1. Saya perlukan makanan
Lapar adalah sebab utama bayi menangis. Bayi yang lebih kecil lebih berkemungkinan menangis kerana lapar, kecuali dalam tempoh satu atau dua hari selepas dilahirkan kerana pada ketika ini dia hanya minum sedikit sahaja. Jika anda mengamalkan penyusuan badan, anda mungkin sedar akan perkara ini, kerana susu awal atau kolostrum yang sangat pekat dikeluarkan dalam jumlah yang sedikit. Anda juga mungkin sedar bahawa susu mula keluar dengan banyak sekitar hari ketiga.

Perut bayi yang kecil tidak dapat menyimpan begitu banyak. Oleh itu, dia akan kerap lapar. Jika bayi anda menangis, cuba berikan dia susu kerana besar kemungkinan dia sedang lapar. Dia tidak akan berhenti menangis dengan serta merta, tapi teruskan penyusuan jika dia mahu, dan dia akan mula bertenang apabila perutnya terisi.

Walau bagaimanapun, jika bayi anda sudah disusukan dan dia masih menangis, mungkin dia menyatakan keperluan seterusnya.

2. Saya perlukan keselesaan
Bayi sudah tentu akan membantah jika baju mereka terlalu ketat atau jika lampin kotor membuatkan mereka rasa tidak selesa. Setengah bayi tidak begitu cerewet. Lampin yang penuh mungkin tidak mengganggu mereka. Tetapi sesetengah bayi akan menjerit dan minta lampin ditukarkan dengan segera, terutama sekali jika kulit mereka terasa gatal atau tidak selesa.

Memeriksa lampin bayi dan menukarkannya mungkin akan memenuhi keperluannya, jadi eloklah dicuba. Ia juga memberi peluang untuk anda memeriksa yang lampinnya tidak terlalu ketat atau tiada perkara lain melibatkan pakaiannya yang membuatkan dia tidak selesa.

3. Saya perlu kehangatan - tidak terlalu panas atau terlalu sejuk
Setengah bayi baru lahir tidak suka ditukarkan lampin atau dimandikan. Mereka tidak biasa merasa udara menyentuh kulit mereka dan lebih suka dibalut panas. Jika bayi anda seperti ini, anda akan cepat tahu bagaimana hendak menukarkan lampin dengan segera supaya bayi anda boleh bertenang semula.

Berhati-hatilah supaya tidak memakaikan terlalu banyak lapis baju, sehingga dia akan terlalu panas. Satu petua ialah dengan mengingati yang dia memerlukan satu lapis pakaian lebih daripada anda untuk rasa selesa. Jika dia berada di katil bayi atau bakul bayi, cuba gunakan cadar atau selimut berlubang-lubang sebagai alas tilam dan bukannya selimut tebal supaya anda boleh menambah atau membuang satu lapisan apabila perlu. Anda boleh memeriksa samada bayi anda terlalu panas atau sejuk dengan menyentuh perutnya: jika dia terasa terlalu panas, buangkan satu lapisan selimut, jika dia sejuk, tambah satu. Jangan berpandu kepada suhu tangan atau kakinya kerana adalah normal bagi kaki dan tangan terasa agak sejuk.

Kebanyakan farmasi di Malaysia ada menjual termometer. Anda boleh menggunakannya untuk mengambil suhu badan bayi jika kurang pasti. Kekalkan suhu di bilik bayi anda pada 24 atau 25 darjah C, dan letakkan dia menelentang dengan kaki di hujung katil bayi supaya dia tak boleh bergolek sehingga tenggelam di bawah selimut dan menjadi terlalu panas.

4. Saya perlu dipeluk
Setengah bayi sangat suka dipeluk dan dimanjakan. Bayi yang lebih besar akan menjadi tenang jika dia boleh nampak anda dan mendengar suara anda dalam bilik, tetapi bayi yang baru lahir lebih memerlukan sentuhan fizikal untuk menjadi selesa. Jika anda telah memberi bayi makan dan menukar lampinnya, anda akan dapati bahawa sekarang dia hanya mahu dipeluk.

Setengah ibu dan bapa bimbang bayi mereka akan menjadi terlalu manja jika didukung berlebihan, tetapi sebenarnya, dalam bulan-bulan pertama kehidupannya, perkara ini agak mustahil. Sesetengah bayi tidak perlu terlalu banyak sentuhan fizikal, manakala yang lain mahu dipeluk hampir sepanjang masa. Jika bayi anda perlu banyak didukung, anda mungkin mahu mencuba gendongan bayi, yang membolehkan bayi berada rapat dengan anda dan membebaskan tangan anda untuk membuat kerja lain. Ini mungkin jalan terbaik bagi anda berdua.

5. Saya perlukan rehat
Memang mudah bagi kita menyangka yang bayi akan tertidur apabila mereka mengantuk, tidak kira di mana mereka berada kerana kebanyakan bayi berbuat demikian. Tetapi, jika bayi anda telah mendapat terlalu banyak perhatian - mungkin hari itu sibuk dan ramai pelawat datang ke rumah - dia mungkin terlalu terangsang dan mendapati sukar untuk "tutup suis" dan bertenang.

Bayi baru lahir mendapati sukar untuk mengurus rangsangan yang terlalu banyak pada satu-satu masa hingga boleh menjadi gelisah. Cahaya lampu, bunyi bising dan saudara mara yang masing-masing mahu menarik perhatiannya cukup membuatkan dia resah.

Ramai ibu bapa mendapati bayi menangis lebih daripada biasa apabila saudara mara datang melawat, atau apabila petang menjelma. Jika anda tidak nampak sebab tertentu mengapa bayi anda menangis, dia mungkin cuba memberitahu anda, "Saya dah tak tahan lagi". Jika anda bawa dia ke tempat yang tenang dan senyap, kurangkan ransangan secara perlahan, dia mungkin akan mengeskspresikan perasaannya dengan menangis sekejap sebelum betenang dan terus tidur.

6. Saya perlukan sesuatu untuk membuat saya rasa lebih sihat
Jika anda telahpun memberi bayi makan dan memastikan dia selesa, tetapi dia masih terus menangis, anda mungkin tertanya-tanya samada dia sakit atau mengalami kesakitan. Mereka yang baru bergelar ibu atau bapa sering mendapati sukar untuk mengetahui samada bayi mereka menangis kerana dia adalah bayi yang tidak gembira (sesetengah bayi begitu, dan mereka mengambil masa yang panjang untuk menyesuaikan diri untuk hidup di dunia) atau samada memang ada sesuatu yang tak kena.

Bayi yang sakit lazimnya menangis dengan suara yang berlainan daripada tangisan biasa. Tangisan kesakitan mungkin berbunyi cemas atau nyaring.

Begitu juga dengan bayi yang sering menangis; sekiranya dia mula diam, ini mungkin petanda yang dia kurang sihat. Yang paling penting untuk diingati ialah tiada siapa yang mengenali bayi anda seperti anda sendiri. Jika anda rasa mungkin ada masalah tertentu, hubungilah pakar pediatrik atau doktor keluarga anda.

Pakar perubatan profesional lazimnya akan menimbangkan kebimbangan anda secara serius, dan anda akan merasa lebih tenang jika diberitahu tiada sebab fizikal bayi anda menangis. Anda perlu menghubungi doktor jika bayi anda mengalami kesesakan nafas apabila menangis, atau jika tangisan diikuti dengan:
7. Saya perlukan sesuatu ... tetapi saya tak tahu apa yang saya mahu
Kadang-kala anda mungkin tidak dapat menduga apakah masalahnya apabila bayi anda menangis. Ramai bayi baru lahir melalui masa-masa apabila dia meragam dan sukar dipujuk. Keadaan tidak gembira atau tangisan yang sukar dipujuk ini boleh berlangsung selama beberapa minit atau beberapa jam. Tangisan yang tidak berhenti selama beberapa jam ini juga dikenali sebagai kembung atau kolik.

Kembung atau kolik didefinisikan sebagai tangisan yang tidak dapat ditenangkan yang berlangsung selama sekurang-kurangnya tiga jam sehari, tidak kurang daripada tiga hari dalam seminggu. Ramai ibu bapa mendapati sukar untuk menguruskan bayi yang menghidap kolik, dan keadaan itu boleh menyebabkan ketegangan bagi seluruh keluarga.

Tiada rawatan ajaib bagi kolik, tetapi keadaan itu tidak akan berlanjutan lebih dari tempoh tiga bulan. Jika anda sentiasa boleh mengingatkan bahawa keadaan bayi anda itu akan pulih apabila dia membesar, anda mungkin rasa lebih lega.

Anak saya sedang menangis. Apa yang harus saya lakukan?

Ada beberapa perkara yang anda boleh lakukan untuk cuba menenangkan bayi yang menangis. Tidak semuanya berkesan untuk semua bayi, jadi anda perlu memahami bayi anda sedikit demi sedikit untuk mengetahui apa yang sesuai baginya dan bagi anda.

Bedungkan dia dan peluk dengan kuat
Bayi baru lahir menunjukkan kegemaran untuk rasa rapat dan selamat, sama seperti masa di dalam rahim, jadi anda mungkin mahu cuba membedungkan bayi anda dengan selimut dan memerhatikan samada dia suka dibedung. Ramai ibu dan bapa juga mendapati bahawa memeluk bayi rapat, terutama sekali apabila bayi boleh mendengar denyutan jantung ibu bapa, atau meletakkan bayi dalam gendongan menyamankan. Sesetengah bayi yang lain pula mungkin merasa bedung terlalu menyekat dan lebih sukakan lain cara untuk ditenteramkan seperti dibuai atau dinyanyikan.

Dapatkan ritma yang sekata
Dalam rahim, bayi anda boleh mendengar denyutan jantung anda: itu satu sebab bayi masih suka dipeluk rapi. Walau bagaimanapun, bunyi-bunyi lain yang teratur dan berulang boleh juga mendatangkan kesan tenteram. Anda boleh cuba memainkan muzik yang lembut atau menyanyi senandung buaian. Ramai ibu bapa mendapati yang bayi mereka boleh mendengar ritma mesin basuh yang teratur atau bunyi bercorak 'hingar putih' yang dihasilkan oleh pembersih vakum atau pengering rambut, yang dapat membuatkan mereka tertidur. (Jangan sekali-kali meletakkan bayi anda di atas mesin basuh atau pengering kain pada bila-bila masa sekalipun. Sebaliknya, letakkan dia di atas lantai berdekatan dengan mesin tersebut.)

Buai-buaikan bayi
Kebanyakan bayi suka dibuai perlahan-lahan, dan anda mungkin dapati bahawa bayi anda boleh ditenangkan dengan cara ini, iaitu samada dengan mendodoinya sambil berjalan atau meletakkannya di pangkuan sambil anda duduk di kerusi goyang. Buaian bayi yang khas atau kain gendong tradisional boleh menenangkan sesetengah bayi, manakala sesetengah yang lain pula lebih selesa jika bergerak dengan laju dan terus tertidur apabila dibawa berjalan dalam kereta.

Cuba kaedah urutan
Mengurut bayi atau menggosok belakang atau perutnya dengan perlahan boleh membantu menenangkannya. Jika anda nampak dia seperti dalam kesakitan akibat angin, cuba susukan dia dalam posisi tegak dan tepuk belakangnya dengan lembut selepas penyusuan dengan menyandarkannya di bahu anda. Bayi yang menghidap kolik kadang-kala rasa selesa jika perut mereka digosok, dan anda pun akan berpuas hati sebab sekurang-kurangnya telah mencuba membantu bayi yang cemas.

Biarkan dia menghisap sesuatu
Bagi setengah bayi baru lahir, dorongan untuk menghisap amat kuat dan menghisap puting atau jari (yang bersih) atau ibu jari boleh mendatangkan memberi ketenangan. "Hisapan penyelesa" boleh mengaturkan kadar denyutan jantung bayi, merelakskan perutnya dan membantu dia bertenang.

Jangan menaruh harapan yang terlalu tinggi terhadap diri anda
Bayi yang menangis tidak berhenti-henti tidak akan memudaratkan dirinya dalam jangka masa panjang, tetapi mungkin menyebabkan banyak stres dan kebimbangan bagi ibu bapanya. Jika bayi anda kelihatan tidak gembira dan menolak sebarang usaha anda untuk menceriakan atau menenangkannya, ini mungkin membuatkan anda rasa kecewa. Ibu bapa sering menyalahkan diri sendiri. Mereka merasakan bahawa ketidakcekapan mereka sebagai ibu bapalah yang menyebabkan bayi mereka menangis. Tetapi ini bukan hakikatnya.

Jika anda sudah pasti keperluan bayi anda telah dipenuhi dan tiada perkara fizikal yang menyebabkan bayi anda menangis, dan jika anda telah mencuba segala-galanya untuk menenangkannya tetapi tiada yang berhasil, sudah tiba masanya bagi anda menjaga diri sendiri supaya anda tidak rasa tertewas. Di sini diberikan beberapa cadangan:
  • Tarik nafas panjang.
  • Letakkan bayi anda di satu tempat buat sementara dan biarkan dia menangis untuk seketika tanpa didengari oleh anda.
  • Jika membantu, mainkan muzik yang nyaman dan relakskan diri sendiri untuk 10 minit.
  • Panggil kawan atau saudara untuk mendapatkan sokongan. Berehatlah buat sementara dan biarlah orang lain menjaga bayi anda untuk sekejap.
  • Cari kumpulan sokongan atau kumpulan ibu-dan-bayi di mana anda boleh berkongsi perasaan anda dan berbincang dengan ibu bapa baru yang lain tentang cara untuk menangani tangisan bayi. Direktori A-Z kami mungkin mempunyai sumber yang boleh membantu anda.
  • Ingatkan diri anda bahawa bayi anda tiada mempunyai sebarang masalah dan tangisan itu tidak akan mencederakan dia. Kadangkala cuma dengan menerima kenyataan yang anda mempunyai bayi yang banyak menangis akan membantu, sebab anda tidak akan membuat diri anda letih dengan mencari-cari sebab-sebab tangisan itu, menyalahkan diri anda, atau melakukan pelbagai rawatan yang tidak berkesan.
  • Ingatkan diri anda bahawa ini fasa sementara dan akan berlalu.
  •  
Menjadi ibu atau bapa bayi baru lahir merupakan tugas yang berat. Menjadi ibu atau bapa bayi baru lahir yang banyak menangis adalah tugas yang lebih berat lagi. Dapatkan bantuan dan sokongan apabila anda memerlukannya, jangan tunggu sampai masalah itu menjadi teruk. Dan bertenanglah dengan mengingatkan bahawa setiap hari, apabila bayi semakin membesar, dia akan mempelajari cara-cara baru untuk mengkomunikasikan keperluan dia kepada anda. Secara perlahan-lahan, apabila dia mula berbuat demikian, tangisan itu akan berhenti.


------------------------------------------------------------
Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Hubungi saya di feeza.k@gmail.com atau 0133602633 untuk sebarang pertanyaan.

Tuesday, 1 July 2014

Penjagaan Bayi Baru Lahir: Strategi Bagi Ibu Bapa Yang Tertekan

Aktiviti harian akan menjadi sibuk selepas kelahiran bayi. Penjagaan bayi yang baru lahir mungkin dilihat terhad kepada penyusuan, mandi, menukar lampin dan memujuk - namun begitu, terdapat penjagaan lain yang diperlukan oleh bayi selain daripada penjagaan asas ini. Penjagaan kesihatan bayi yang lain termasuklah penjagaan kulit bayi, memahami tangisan bayi dan membantu dalam perkembangan bayi.

 

Penyusuan Bayi: Apa yang Perlu Diketahui

Susu ibu merupakan makanan yang paling sesuai bagi bayi. Penyusuan susu ibu memberikan faedah daripada segi fizikal dan emosi kepada ibu dan bayi. Penyusuan susu ibu bagi 6 bulan yang pertama adalah sangat digalakkan.
Menyusui bayi mengikut permintaan: Lebih kurang 8 hingga 12 kali sehari. Biasanya selepas 2 hingga 3 bulan bayi akan selesa dengan penyusuan sebanyak 6 hingga 8 kali sehari.

Mengikuti cara bayi anda menyusu: seperti mengocak (stirring), menggeliat (stretching), pergerakan menghisap dan pergerakan bibir.
Mengetahui bila bayi anda kenyang: apabila bayi berhenti menghisap, menutup mulut atau mengalih mulutnya dari puting, dia mungkin kekenyangan atau berehat sebentar. Cuba sendawakan bayi atau tunggu sebentar sebelum menyusukan sekali lagi. Sekiranya bayi kenyang, bayi akan mengelak daripada disusukan.
Menyusu dengan mencukupi: Ibu bapa sentiasa risau sama ada bayi mereka menyusu dengan mencukupi atau tidak. Beberapa panduan berikut mungkin dapat membantu. Perhatikan kepuasan bayi antara masa penyusuan, kesedaran bayi, kesihatan kulit dan peningkatan berat badan. Bayi anda mungkin tidak menyusu dengan secukupnya sekiranya dia kurang membuang air besar atau air kecil dan lampin perlu ditukar kurang daripada 6 hingga 8 kali sekali, atau dia sentiasa tidur sepanjang masa. Jika anda mengesyaki yang bayi anda mungkin tidak menyusu dengan cukup, anda perlu membawanya untuk berjumpa dengan doktor.
Apabila bayi sentiasa menangis: lapar, perlu ditukarkan lampin, perlu sendawa, letih, perlu didodoi, hendak menukar kedudukan atau berasa tidak selesa.
Anda mungkin berasa tertekan sekiranya bayi anda menangis secara berterusan tanpa henti. Namun, anda mesti cuba terus tenang sepanjang masa dan jangan menggoncang bayi kerana ini boleh menyebabkan kecederaan yang serius.
Bayi dilahirkan terlalu awal
Kadang-kala bayi akan dilahirkan dengan lebih awal daripada yang dijangkakan disebabkan oleh faktor-faktor tertentu.
Bayi tidak cukup bulan mempunyai keperluan khas:
Sekiranya bayi dilahirkan terlalu awal, bayi perlu diberikan penjagaan di Unit Penjagaan Khas yang disediakan untuk bayi yang baru dilahirkan.
Antara masalah yang akan dibincangkan oleh doktor adalah seperti berikut:
  • Masalah pernafasan
  • Memerlukan bantuan untuk mengekalkan suhu badan
  • Masalah penyusuan
  • Kesenangan mendapat jangkitan
  • Episod berhenti bernafas (apnea), dan
  • Pendarahan dalam otak, terutamanya bagi bayi yang dilahirkan sebelum minggu ke 34. Komplikasi jangka masa panjang adalah masalah pendengaran atau penglihatan, dan kelewatan perkembangan atau kelemahan dalam pembelajaran.
Penjagaan kulit bayi - bayi mungkin ada keadaan-keadaan berikut:
  • "Infantile seborrheic dermatitis", yang juga dikenali sebagai 'cradle cap', menyebabkan tompokan sisik di kulit kepala. Walaupun tidak serius, ia boleh mengakibatkan kerak yang keras dan sisik putih atau kuning. "Cradle cap' biasanya akan hilang dengan sendiri dalam beberapa bulan, namun mencuci kepala bayi setiap hari menggunakan syampu boleh membantu untuk mengurangkan dan menghilangkan sisik. Berjumpa dengan doktor jika 'cradle cap' masih kekal atau kelihatan semakin serius.
  • "Diaper rash" merupakan ruam biasa disebabkan oleh menggunakan lampin yang basah dengan agak lama. Ia dirawat dengan memberikan pengudaraan pada bahagian bawah bayi. Pastikan bahagian bawah bayi bersih dan kering sepanjang masa untuk mengelakkan daripada 'diaper rash'. Jumpa dengan doktor sekiranya ruam tidak hilang.
  • "Miliaria crystallina" atau dipanggil 'milia' adalah benjolan kecil berwarna putih di bahagian hidung, dagu dan pipi. Kebanyakan bayi yang lahir mempunyai 'milia' yang terjadi apabila cebisan kulit yang sangat kecil tersangkut dalam kantung yang kecil berdekatan dengan permukaan kulit bayi. Kebanyakan kes 'milia' akan hilang dengan sendirinya dalam beberapa minggu.
  • Jangkitan "yeast" adalah ruam berwarna merah terang pada bahagian bawah bayi, atau bahagian lain di mana kulit bersentuhan dengan kulit. Jangkitan "yeast" disebabkan oleh mikroorganisma (Candida albicans) yang terdapat di persekitaran yang panas dan lembap. Ia biasanya dirawat dengan krim antikulat.
  • "Oral Thrush" merupakan satu lagi masalah yang sering terdapat di mulut bayi. Lapisan putih yang biasanya dilihat di bahagian lidah, pipi dan lelangit merupakan jangkitan oleh kulat Candida albicans. Anda dinasihati supaya membawa bayi anda berjumpa dengan doktor untuk mendapat rawatan.
Mengurut Bayi
Sejak beberapa tahun yang lalu, terdapat banyak kajian telah dibuat dalam bidang mengurut bayi.
Mengurut bayi menggunakan sentuhan, mengurut dan refleksologi bagi mempromosi kesihatan bayi. Mengurut bayi meningkatkan perkembangan bayi termasuk otak, fizikal, emosi, mental dan perkembangan sosial.
Ada terdapat bukti bahawa sentuhan kasih sayang dapat membantu bayi membesar dan berkembang.
Bayi yang diurut kerap kali oleh ibu bapa biasanya kurang menangis berbanding dengan bayi yang tidak diurut. Ia mungkin berkaitan dengan fakta di mana bayi akan tidur dengan lebih lama dan menghasilkan kurang hormon tekanan berbanding dengan bayi yang tidak diurut. Selain itu, terdapat peningkatan dalam fungsi sistem pencernaan.
Memandangkan terdapat begitu banyak faedah mengurut, ibu bapa kepada bayi yang tidak cukup bulan digalakkan mengurut bayi mereka untuk membantu tumbesaran dan perkembangan bayi.
Sentuhan yang lembut dan penuh kasih sayang dapat meningkatkan ikatan anda dengan bayi anda melalui komunikasi secara positif dan pemeliharaan hubungan. Bercakap atau menyanyi kepada bayi semasa mengurut dapat membantu bayi untuk mempelajari bahasa. Pengekalan hubungan mata semasa mengurut adalah penting untuk komunikasi dan mengenali isyarat bayi.
Faedah-faedah mengurut termasuk:
  • Menyokong proses ikatan (bonding) antara anda dan bayi anda,
  • Melegakan tekanan otot yang disebabkan oleh 'motor skills acquisition',
  • Menenangkan bayi dan melegakan simptom 'colic',
  • Menyumbangkan kepada perkembangan otak dan motor serta keyakinan diri, dan
  • Membantu bayi mempelajari postur yang betul dan cara pergerakan.
------------------------------------------------------------
Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Hubungi saya di feeza.k@gmail.com atau 0133602633 untuk sebarang pertanyaan.

Friday, 27 June 2014

Punca Bayi Sukar Tidur

Perasan tak bayi memang kuat tidur kan. Boleh dikatakan sepanjang masa bayi akan habiskan dengan tidur. Tak kiralah waktu siang atau malam. 
 
bayi tidur
 
Tapi ada jugak masanya bayi taknak tidur walau bermacam cara ibu dan ayah buat kan. Apa ye puncanya?
 
Demam
Demam boleh disebabkan oleh jangkitan telinga mahupun radang dikerongkong. Cuba perhatikan tingkah laku bayi. Kalau bayi selalu menggosok atau menarik telinga, itu adalah petanda si bayi mengalami jangkitan telinga. Kalau enggan menyusu pula adalah petanda bayi mengalami jangkitan kerongkong. Ibu bapa harus membawa anak berjumpa doktor dan berikan ubat mengikut preskripsi.

Tumbuh gigi
Alangkan kita yang dewasa ni bila nak tumbuh gigi pun rasa tak selesa dan sakit, inikan pula bayi kan. So apa yang ibu bapa boleh buat adalah bantu untuk legakan kesakitan dengan memicit2 lembut gusi bayi. Tapi make sure basuh tangan bersih2 dulu ye.  

Kolik
Bila perut kembung dan keras pastinya akan buatkan bayi tak selesa dan menangis. So ibu bapa boleh tidurkan bayi dengan dukung bayi secara meniarap sambil letakkan tangan pada perut bayi. Atau ibu bapa boleh juga memangku bayi dan dodoikan secara perlahan sehingga bayi tertidur.

Rangsangan berlebihan 
Bayi tidak boleh menerima rangsangan yang berlebihan seperti bunyi muzik atau televisyen yang kuat, lampu bilik yang terang dsb. Rangsangan yang berlebihan ni akan mengganggu tidur bayi. Maka ibu bapa boleh membuat urutan ringan pada badan bayi untuk melancarkan peredaran darah, malapkan lampu bilik dan matikan radio/televisyen untuk suasana yang tenang dan sunyi.

Perubahan
Bayi sangat peka terhadap perubahan. Bayi yang biasa tidur bersama ibunya akan sukar tidur dengan ketiadaan ibu disebelahnya. Maka ibu bapa harus melatih anak tidur di tempat tidurnya sendiri secara bertahap. Ibu bapa boleh menepuk2 bayi sekiranya bayi terjaga dan menangis agar bayi tahu ibu berada berdekatan dengannya.

Sebenarnya bayi memang perlukan tidur yang cukup. Jika sebaliknya, akan menyebabkan bayi mudah mengalami stress dan masalah mental. Bayi yang kurang tidur mudah letih dan kurang positif berbanding bayi yang cukup tidurnya. Jadi pastikan bayi anda mendapat waktu tidur yang mencukupi untuk pertumbuhan yang sihat.

------------------------------------------------------------
Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Hubungi saya di feeza.k@gmail.com atau 0133602633 untuk sebarang pertanyaan.

Monday, 2 June 2014

22 Cara Menjaga Anak Dengan Betul

tips penjagaan anak

1) Jangan pukul anak dari lutut ke atas
2) Jangan gunakan tangan/anggota tubuh kita utk memukul anak dengan tangan dan jangan sesekali menampar anak pakai tangan kita. Nanti anak jadi bertambah degil dan nakal dan tak boleh control.

3) Rotan/pukul anak di telapak kakinya. Secara saintifiknya ada kaitan dengan refleksologi dan merangsang ke bahagian otak.

Sabda Rasulullah s.a.w.

“Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)”

4) Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri. (Dalam Islam sendiri nama panggilan yang baik adalah digalakkan).

5) Berikan anak anda pelukkan setiap hari. (Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk)

6) Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang (Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran)

7) Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan.
(Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya).

8) Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan, mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkaratermasuklah berbuat silap.

9) Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga, pilihlah keluarga (Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali).

10) Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.

11) Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap)

12) Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya.

13) Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri. Mereka akan menirunya.

14) Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya. Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak2 yg dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain).

15) Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali.

16) Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka. Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri.

17) Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka.

18) Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalam masa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.

19) Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam.

20) Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.

21) Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.

22) Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri.

“Anak- Anak ibarat kain putih. Ibu bapa lah yang mencorakkannya menjadi yahudi, nasrani atau majusi”..
------------------------------------------------------------
Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Hubungi saya di feeza.k@gmail.com atau 0133602633 untuk sebarang pertanyaan.

Thursday, 28 November 2013

40 Tips Bayi Anda Tidur Lena

bayi tidur lena

Pagi ni sambil jalan-jalan blogwalking terjumpa tips yang menarik ni. Ramai juga ibu-ibu hadapi masalah anak susah tidur kan? Mesti ada sebabnya dan bagaimana cara untuk atasinya? Jom tengok dan amal sama-sama ye.

1 . Selsema tidak mengira waktu dan usia, malah bayi begitu mudah dijangkiti selsema. Sukar untuk dia tidur lena malam dan meragam akibat kesukaran untuk bernafas. Cuba beri kelegaan dengan meletakan balm pada bahagian yang tidak selesa.

2 . Ruam adalah salah satu masalah kulit yang dihadapi oleh bayi yang biasanya terjadi di sekitar punggung bayi. Kemerahan pada bahagian kulit memberi rasa pedih pada bayi. Longgarkan pemakaian lampin pakai buang atau gunakan ubat anti ruam. Kerap juga tukar lampin pada waktu malam. Bayi rasa selesa dan tidur lena.


3 . Kolik adalah masalah kembung perut yang membuatkan bayi meragam dan tidak tidur lena. tidur secara meniarao di samping sapu ubat khas di bahagian perut.

4 . Elakkan bilik dalam keadaan panas dan terlalu sejuk. Pakaikan pakaian tidur yang nipis. Bayi adakalanya terjaya waktu malam kerana kepanasan. Suhu bilik adalah terbaik untuk bayi tidur lena.

5 . Suhu badan bayi melebihi 39 darjah celcius, bayi demam dan mudah terjaga waktu malam. Berikan ubat demam dan sejukkan badannya dengan membasahkan kain dan lap seluruh anggota badannya. Pakaikan baju nipis. Jika suhu badan masih tinggi segara dapatkan rawatan doktor.

6 . Batuk membuatkan bayi mudah terjaga. Pastikan bilik tidak terlalu sejuk dan beri ubat batuk khas untuk bayi, ia membantu bayi tidur lena. Pastikan juga bilik bersih dari habuk kotoran.

7 . Gusi bengkak, tanda gigi akan tumbuh. Rasa tidak selesa, menyukarkan tidur bayi. Berikan teether tang telah disejukkan dalam peti ais. Bayi akan rasa nyaman dan ketidakselesaan makin berkurang.

8 . Jadikan waktu tidur rutin setiap hari. Bayi akan secara tidak langsung tahu akan waktu tidurnya. Dia akan tidur dengan sendirinya apabila sampai waktunya.

9 . Bilik gelap, suhu bilik dan senyap membantu bayi tidur dengan cepat. Lakukan setiap kali bayi mahu tidur. Bayi yang mendapat tidur yang cukup akan kelihatan segar dan aktif.

10. Posisi bayi tidur secara telentang mengelakan risiko sindrom kematian mengejut. Cara ini membantu bayi tidur lena.

11.Tidurkan bayi di tempat yang sama. Secara psikologinya bayi akan tahu bahawa itu adalah tempat tidurnya.

12. Elakkan bermain di tempat tidurnya. Katakan padanya disitu bukan tempat bermain. Sediakan satu tempat untuk dia bermain.

13. Nyanyikan lagu atau muzik kegemarannya dengan perlahan supaya dia dapat tidur dengan sendirinya. Jangan terlalu mendesak.

14. Secara tradisional, tungku juga boleh digunakan untuk sakit perut bayi yang boleh menganggu tidurnya. Tungku secara perlahan di sekitar perut bayi. Gunakan tungu yang kecil.

15. Ketika tidurkan bayi, dekatkan diri anda dengan bayi. Tepuk dan gosok belakangnya secara lembut.Bayi anda akan rasa selamat. Lakukan gerakan yang sama sehingga bayi anda tidur.

16. Mandikan bayi dengan air suam. Bayi akan berasa nyaman dan segar dengan haruman wangian mandian. Siapkan bayi anda, seterusnya berikan makanan berkhasiat dan susu sebelum tidur.

17. Lakukan urutan di seluruh badan bayi. Minyak zaitun atau losyen boleh digunakan. Digalakan dilakukan selepas mandi dan lakukan secara konsisten.

18. Jika bayi terjaga waktu malam, redakan tangisannya. Segara lihat lampin perlu ditukar atau bayi berasa panas atau sejuk. Jangan bercakap ataupun membuka lampu.

19. Bayi menangis dengan tiba-tiba walaupun baru setengan jam tidur. Baring bersebelahan dan pastikan ia tidur semula

20.Dukung sambil berjalan dan dodoikan akan menyelesaikan masalah bayi menagis diwaktu malam.Tetapi jangan selalu lakukan demikian.Boleh dilakukan apabila terdesak ataupun bayi demam.

21. Bau aromaterapi di seluruh bilik membuatkan rasa nyaman dan perasaan tenang pada bayi.

22. Gunakan selimut kapas yang tidak terlalu tebal untuk bayi. Selimut yang tebal membuatkan bayi berpeluh dan terjaga pada waktu malam.

23. Jika anda kaki tv pastikan bunyi tv dan muzik tidak menganggu tidur bayi. Bayi begitu sensitif pada bunyi jika ia tidak dapat tidur.

24. Jika bayi pramatang pula, baju yang berlengan panjang, seluar berkaki dan topi perlu dipakai ketika tidur. Bayi ini sangat sensitif dengan persekitarannya yang sejuk dan mudah dijangkiti penyakit.

25. Jika perlu, anda dan pasangan anda turut sama tidur bersama-sama bayi. Bau badan ibu dan bapanya membuatkan bayi tahu keadaan sekelilingnyaselamat dan usah bimbang.

26. Belajar tanda bayi mahu tidur.Selalu tanda letih seperti menggosok mata, tarik telinga dan meragam. Jika ada, segera bawa ke katil. Dia akan menjadi bartambah letih dan sukar tidur jika gagal berbuat demikian.

27. Buat mood untuk bayi faham waktu tidur hampir tiba denagn memandikannya, membaca buku, membuaikannya atau mendodoikannya.

28. Penghawa dingin yang dipasang di dalam bilik tidur dikatakan membantu bayi tidur dengan lena.

29. Bawa bayi anda ke katil waktu dia sedar dan beri masa untuk dia tidur dengan sendirinya. Selalunya antara enam sehingga lapan minggu usianya cara ini boleh digunakan.

30. Alat permainan tergantung yang berpusing juga membantu bayi tidur dengan mudah. Sesuai untuk bayi baru lahir.

31. Lalukan aktiviti permainan di atas katil secara tetap sebelum tidur. Jangan terlalu lama. Kemudian ajak bayi tidur.

32. Ubah posisi tidur bayi jika terjaga di tengah malam. Mungkin bayi sukar menggerakkan badannya lalu menangis. Pastika ia memberi keselesaan pada si manja.

33. Hiduk bayi yang tersumbat akibat selsema menggangu pernafasannya. Bantal yang tinggi diperlukan supaya hidung dapat bernafas dengan baik.

34. Tilam yang empuk yang diperbuat dari getah asli adalah pilihan yang terbaik. Ia menggalakkan bayi tidur lena.

35. Bilik yang bersih memberi kesan psikologi yang baik pada bayi.

36. Dakapan yang penuh dengan kasih sayang perlu dilakukan dengan kerap akan membuatkan bayi berasa dirinya dihargai.

37. Katil yang kuat dan selesa dan tilam khas digunakan untuk membantu bayi tidur dengan lena.

38. Galakan aktiviti di sianga hari separti barmain, bercakap atau menyaikan lagu. Ia membantu bayi tidur lebih diwaktu malam.

39. Dekorasi bilik tidurnya yang menarik juga membantu bayi suka akan tempat tidurnya.

40. Jika bayi menangis diwaktu malam dan tidur kembali mungkin ia tidak selesa dengan posisi tidurnya. Tenangkan ia sehingga ia tidur kembali.

------------------------------------------------------------
Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Hubungi saya di feeza.k@gmail.com atau 0133602633 untuk sebarang pertanyaan.