Showing posts with label Cara Melatih Anak Bercakap. Show all posts
Showing posts with label Cara Melatih Anak Bercakap. Show all posts

Thursday, 23 October 2014

Cara Efektif Melatih Anak Bercakap

tips latih anak bercakap

Setiap ibu bapa pastinya ternanti-nantikan saat si anak mengucapkan perkataannya yang pertama. Lebih bahagia dan indah lagi jika perkataan pertama si anak tersebut merujuk kepada ibu bapa sendiri sebagai contoh panggilan ibu, ayah, mama, papa dan sebagainya.

Namun apabila si anak mula berusia 2 tahun dan masih belum bercakap pastinya sedikit sebanyak merisaukan ibu bapa. Lebih-lebih lagi jika ada anak kecil lain yang sebaya terlebih dahulu bercakap sedangkan si anak tidak menunjukkan tanda-tanda mahu bercakap.

Tidak dapat dipastikan apakah punca sebenarnya si anak bercakap lambat (late talkers). Namun penyelidik bersetuju bahawa anak yang bercakap lambat biasanya:
  • mempunyai sejarah ahli keluarga yang bercakap lambat
  • merupakan bayi lelaki
  • dilahirkan pra-matang
  • dilahirkan dengan berat badan yang kurang
  • kurang interaksi antara anak dan ibu bapa
  • terlalu didedahkan dengan gajet atau alatan elektronik
  • mempunyai masalah pendengaran
Ibu bapa harus memerhatikan penggunaan kosa kata yang sesuai bagi peringkat umur anak seperti berikut:

❤️ kanak-kanak berumur 18 bulan 
- menggunakan sekurangnya 20 perkataan berlainan jenis seperti kata nama (contohya ayam, emak), kata kerja (contohnya makan, mandi), kata sendi (contohnya atas, tepi), kata sifat (contohnya panas, sejuk), kata sosial (contohnya bye, hello).

❤️ kanak-kanak berumur 24 bulan
- menggunakan 100 perkataan dan membina sendiri ayat daripada 2 perkataan yang mudah sebagai contoh "makan nasi", "baju cantik".

❤️ kanak-kanak berumur 36 bulan
- menggunakan ayat yang mengandungi 3-4 perkataan yang mudah dan boleh menjawab soalan mudah seperti "siapa?", "apa?", "mana?".

Sekiranya anak didapati menghadapi masalah lambat bercakap, ibu bapa harus membantu anak dengan:
  1. selalu berbual dengan anak menggunakan bahasa yang mudah dan ulang perkataan yang sama. 
  2. tunjukkan anak perkataan yang betul. Contohnya jika anak cakap mmm...mmm  atau menudingkan jarinya kepada kucing, cakap pada anak "kucing". Secara tidak langsung anak akan tahu apa itu kucing dan sebutannya.
  3. membacakan anak buku cerita pada setiap hari. Jadikan sesi membaca buku cerita sebagai sesi yang seronok dan ditunggu-tunggu oleh anak.
  4. pasangkan lagu kanak-kanak yang mudah berulang kali sehingga anak mampu mengikutnya.
  5. jika anak sudah pandai menyebut perkataan yang ringkas seperti "bola", tanyakan kembali dengan perkataan dan ayat yang betul seperti, "Alif nak main bola?".

Dalam proses melatih anak-anak bercakap, perlukan kesabaran yang tinggi daripada ibu bapa. Jangan terlalu memaksa anak bercakap atau menunjukkan kemarahan/kekecewaan di depan anak kerana ia akan membuatkan anak lebih takut dan sedih.


BAGAIMANA CARA ORDER PRODUK SHAKLEE
Mudah je, boleh order secara online dengan klik link di bawah:
sistem online shaklee


Ingin dapatkan produk Shaklee secara COD (cash on delivery)? 
KETAHUI CARANYA DI SINI 

Copp!! Nak dapatkan produk Shaklee dengan harga yang lebih murah? Jom daftar sebagai ahli.

CARA JADI AHLI SHAKLEE 

Berminat menjana pendapat sebagai SID (Shaklee Independent Distributor)?

Pertanyaan serta penyertaan anda sangat dialu-alukan :)
JANA SIDE INCOME DENGAN SHAKLEE 

------------------------------------------------------------ 

Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Hubungi saya di feeza.k@gmail.com atau 0133602633 untuk sebarang pertanyaan.

Wednesday, 8 October 2014

Cara Melatih Anak Bercakap Dengan Betul

Dalam fasa awal pertuturan di kalangan kanak-kanak, cakap pelat seringkali berlaku. Cakap pelat atau Frenulum Linguae merupakan gangguan dalam melafazkan sesuatu huruf. 

Pada usia seawal setahun, kanak sudah mulai belajar mengenali dan menyebut huruf. Namun kebiasaannya kanak-kanak akan pelat terutamanya dalam menyebut huruf R, S, F dan D. 

Ada yang beranggapan cakap pelat berpunca dari lidah yang pendek. Namun sebenarnya lidah yang pendek bukan puncanya. 

Adalah normal pada usia seawal setahun, kanak-kanak bercakap pelat. Namun cakap pelat ini adalah sementara dan akan hilang seiring peredaran masa dan meningkatnya usia kanak-kanak.

Apa yang ibu bapa boleh buat untuk mengatasi cakap pelat dikalangan anak-anak?


❤️ Ajar anak bercakap dengan betul
Ibu bapa harus menggunakan perkataan yang betul semasa bercakap dengan anak sejak bayi lagi. Elakkan bercakap pelat kerana akan berisiko tinggi menyebabkan anak bercakap pelat.

❤️ Bercakap dengan perlahan
Apabila anak bercakap pelat, ibu bapa harus mengulangi semula apa yang dicakapkan oleh anak dengan perkataan yang betul dan secara perlahan supaya anak dapat menangkap dan meniru apa yang dikatakan oleh ibu bapa dan menyedari kesilapannya.

❤️ Practice makes perfect
Jadi ajaklah anak untuk berlatih menyebut huruf yang pelat tersebut pada setiap hari. 

❤️ Geselkan cincin emas atau perak di lelangit & lidah anak
Amalkan setiap hari sambil membaca selawat ke atas Nabi.

Apapun, ibu bapa tak perlu risau sekiranya anak bercakap pelat kerana cakap pelat bukan suatu kecacatan. Anak akan cenderung bercakap secara normal setelah memasuki alam persekolahan dan bergaul dengan rakan-rakan yang lain. 

So enjoy saja dengan cakap pelat anak yang comel tu. Pastinya boleh membuatkan ibu bapa senyum sepanjang hari 😊


Berminat order produk Shaklee?
Mudah je, boleh order secara online dengan klik link di bawah:



sistem online shaklee

Ingin dapatkan produk Shaklee secara COD (cash on delivery)? 

Copp!! Nak dapatkan produk Shaklee dengan harga yang lebih murah? Jom daftar sebagai ahli.

Berminat menjana pendapat sebagai SID (Shaklee Independent Distributor)?
Pertanyaan serta penyertaan anda sangat dialu-alukan :)

------------------------------------------------------------ 
Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Hubungi saya di feeza.k@gmail.com atau 0133602633 untuk sebarang pertanyaan.