Showing posts with label Kelebihan Jadi Ahli Shaklee. Show all posts
Showing posts with label Kelebihan Jadi Ahli Shaklee. Show all posts

Sunday, 1 November 2015

"Sorry ye, saya taknak join ahli sebab taknak bisnes"

"Sorry ye, saya taknak join ahli sebab taknak bisnes"

Dah banyak kali saya dengar ayat macam ni bila saya cadangkan pada customer supaya jadi ahli Shaklee. Pada fikiran, jadi ahli Shaklee semata-mata untuk buat bisnes je, bila dah join ahli kena buat bisnes jugak. Sedangkan banyak kelebihan mendaftar sebagai ahli Shaklee ni. Bukan untuk bisnes je.

Kelebihan mendaftar sebagai ahli Shaklee

keahlian shaklee

✅ nikmati HARGA TERENDAH untuk setiap pembelian produk. 

Tiada cara lain untuk membeli produk dengan harga yang paling rendah sekiranya tidak menjadi ahli. Harga paling rendah di pasaran iaitu harga ahli.

Hati-hati jika dapat tawaran harga yang tidak masuk akal kerana kebarangkalian produk yang dijual tersebut mungkin sudah melepasi/terlalu hampir dengan tarikh luput. Lagipun menjual produk dengan harga lebih rendah dari harga ahli adalah menyalahi P&R Shaklee.

✅ peluang mendapat CASH BONUS dari Shaklee. 

Bukan kata yang berbisnes saja yang layak merasa bonus dari Shaklee ye. Tapi ahli yang tidak aktif berbisnes pun berpeluang merasa cash bonus ni hanya dengan membeli produk untuk makan sendiri. 

Kira macam kita pakai kad mesra Petronas tu la, setiap kali isi minyak dapat point dan boleh redeem point tu. Cuma boleh redeem setakat untuk isi minyak atau beli apa-apa barang kat Petronas je. Tapi Shaklee lagi best sebab beri dalam bentuk wang tunai. So terpulang pada kita nak gunakan untuk apa.

✅ nikmati TAWARAN ISTIMEWA dari Shaklee. 

Setiap bulan memang Shaklee akan bagi offer hebat khas untuk ahli-ahlinya sahaja. Yang bukan ahli secara automatik tak layak ye 😊

So, jangan lepaskan peluang untuk berjimat dan pada masa yang sama nikmati kelebihan sebagai ahli Shaklee.

Ingin mendaftar keahlian Shaklee? Isikan details anda di sini 👇🏻👇🏻👇🏻


------------------------------------------------------------
Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Hubungi saya di feeza.k@gmail.com atau 0133602633 untuk sebarang pertanyaan.

Thursday, 16 October 2014

Kenapa Saya Pilih MLM Shaklee

Dalam banyak-banyak perniagaan MLM yang berlambak sekarang ni, macamana nak tahu perniagaan MLM yang mana satu paling terbaik? Yang mana satu paling menguntungkan?

Sebenarnya istilah terbaik itu subjektif dan bergantung pada diri masing-masing. Ini kerana apa yang terbaik bagi seseorang tidak semestinya juga yang terbaik bagi orang lain.

Begitu juga pada diri saya, pada saya bisnes Shaklee yang saya jalankan sekarang ini adalah bisnes yang terbaik dan sesuai buat saya namun tidak semestinya yang terbaik bagi orang lain.

Secara jujurnya dulu, saya tidak pernah terfikir akan menjalankan mana-mana perniagaan, dalam bentuk MLM pula tu. Mungkin persoalan yang bermain di fikiran anda adalah, "Kenapa saya memilih MLM Shaklee?"

kenapa pilih shaklee

Pertama, modal yang diperlukan untuk memulakan bisnes tidak membebankan. Saya hanya perlu membayar yuran keahlian Shaklee yang bernilai RM75 seumur hidup. Tiada sebarang pembelian produk bernilai ribuan ringgit yang diperlukan sebagai syarat untuk memulakan perniagaan Shaklee.

Pastinya pilihan perniagaan yang sesuai buat saya kerana tidak perlu mengeluarkan modal yang banyak sehingga terpaksa membuat pinjaman dengan pihak bank untuk memulakan perniagaan. 

Kedua, sistem Shaklee yang adil. Lumrah kita dengar sistem piramid dalam kebanyakan perniagaan MLM yang lain. Bermakna mereka yang sertai dulu akan sentiasa berada di atas, manakala mereka yang sertai lambat akan sentiasa berada di bawah. Downline tidak mungkin akan mengatasi rank uplinenya.

Namun sebaliknya yang berlaku dalam Shaklee. Sudah banyak berlaku situasi bilamana:
👉 downline lebih cepat naik rank berbanding uplinenya
👉 downline sama-sama naik rank dengan upline
👉 downline dan upline dalam rank yang sama.

jana pendapatan sampingan shaklee

jana pendapatan dengan shaklee

Ini bermakna setiap orang perlu berusaha keras untuk berjaya dalam bisnes. Tiada istilah downline bekerja keras manakala upline hanya duduk goyang kaki. Selamanya downline tetap di bawah manakala upline tetap di atas.

Ketiga, pemberian bonus berdasarkan jualan produk, bukan penajaan ahli baru. Pendek kata, semakin banyak produk yang dijual maka semakin banyak bonus yang akan didapati. Bukannya mengejar ahli baru untuk mendapatkan komisen. 

Dalam Shaklee juga tiada kiraan bonus yang tersembunyi. Segalanya jelas dan diperincikan dalam buku pelan pemasaran yang terkandung dalam member kit yang akan diberi semasa mendaftar ahli.

Keempat, ini adalah sebab yang paling saya suka iaitu berniaga secara online. Terus terang saya katakan saya jenis orang yang pemalu, jadi untuk approach orang yang saya tidak kenal agak mustahil..sedangkan dalam berniaga pastinya perlukan berurusan dengan ramai orang.

Jadi perniagaan secara online adalah pilihan yang tepat kerana saya tidak perlu bersemuka dengan orang untuk berniaga. Hanya melalui blog sebagai medium jualan saya.

tips bisnes online

Dengan menjual secara online, saya tidak perlu keluar meninggalkan keluarga untuk berniaga. Segalanya boleh dilakukan hanya dihujung jari dengan keluarga disisi. Sambil golek-golek dengan anak, suami pun boleh bisnes. Bahagia bukan 😊

Kelima, berkongsi kebaikan produk Shaklee untuk kesihatan bersama. Tidak dinafikan hampir kesemua SID (Shaklee Independant Distributor) adalah juga pengguna produk Shaklee. Bukan sekadar menjual tapi diri sendiri pun tidak gunakan produk Shaklee.

Pastinya Shaklee sudah lebih 50 tahun dalam bidang nutrisi ini. Setiap produknya mempunyai ujian klinikal dan penyelidikan. Sentiasa berkesan, selamat dan semulajadi. Bukan setakat claim produk bagus tanpa bersandarkan kepada apa-apa bukti ye.

Bersyukur dipertemukan dengan bisnes ini kerana potensi bisnes Shaklee sangat besar dan stabil. Buktinya super super moyang* saya, Hj Roslan sudah berbelas tahun menjadikan Shaklee sebagai main income dan sehingga kini masih kekal jutawan.
* dalam Shaklee kami panggil upline dengan panggilan mommy --> nanny dan seterusnya mengikut susur galur.


tips jana income shaklee

Berminat menjana pendapat sebagai SID (Shaklee Independent Distributor)?
Pertanyaan serta penyertaan anda sangat dialu-alukan :)

Bagaimana order produk Shaklee?
Mudah je, boleh order secara online dengan klik link di bawah:
sistem online shaklee
Ingin dapatkan produk Shaklee secara COD (cash on delivery)? 

Copp!! Nak dapatkan produk Shaklee dengan harga yang lebih murah? Jom daftar sebagai ahli.

------------------------------------------------------------ 
Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Hubungi saya di feeza.k@gmail.com atau 0133602633 untuk sebarang pertanyaan.

Wednesday, 9 January 2013

Cara Menjadi Ahli Shaklee Dan Kelebihannya

Cara Menjadi Ahli Shaklee Dan Kelebihannya

Seringkali saya menawarkan kepada para pelanggan saya untuk menjadi ahli Shaklee walaupun tidak berhajat untuk memulakan perniagaan. Menjadi ahli Shaklee adalah semudah mendaftar dan mengumpul points dengan pembelian produk. Oleh kerana itu juga kebanyakan ahli yang mendaftar di bawah saya merupakan para pelanggan saya. Namun, ini tidak bermakna anda harus menjadi pelanggan saya dulu sekiranya ingin menjadi ahli ye :)
 
Anda berminat menjadi ahli Shaklee namun tidak tahu cara-caranya? Mari saya terangkan..
 

Bagaimana Mendaftar Sebagai Ahli/Pengedar Shaklee

Pendaftaran boleh dilakukan dengan cara:
  • Menghubungi saya dan saya akan menguruskan segala urusan pendaftaran, ATAU
  • Pergi sendiri ke mana-mana branch Shaklee berdekatan dan mendaftar menggunakan ID saya 865562 sebagai penaja.
 

Yuran Keahlian Shaklee

Anda boleh memilih samada ingin menjadi ahli dengan membayar yuran keahlian atau mendapatkan keahlian percuma:
  • Membuat pembayaran keahlian sebanyak RM79.50 ATAU
  • Mendapatkan keahlian percuma dengan membuat pembelian melebihi 200 points
 

Maintain Point dan Keahlian

Anda tidak perlu maintain point sekiranya mahu makan sendiri, berkongsi dengan keluarga, rakan-rakan mahupun saudara mara. Dan anda juga tidak perlu membuat minimum purchase mahupun membuat pembelian pada setiap bulan sekiranya mahu mengekalkan keahlian.
 
Namun sekiranya anda mahu memulakan perniagaan dengan Shaklee, anda perlu mendapatkan points tertentu dan mengekalkan points tersebut.
 

Kelebihan Menjadi Ahli Shaklee

  1. Dapat membuat pembelian dengan harga ahli
  2. Setiap pembelian akan diberi points yang akan ditukar kepada cash setiap bulan. Lebih banyak pembelian dan points yang dikumpul, maka lebih banyak cash yang akan diterima tanpa perlu mencari downline
  3. Shaklee menawarkan 3C iaitu Cash, Car (bonus kereta) dan Convention (local & international, umrah bagi Muslim). 
 

Kelebihan Mendaftar Di Bawah Saya

Dengan menjadi ahli di bawah saya (menggunakan ID saya 865562 sebagai penaja), anda akan mendapat kelebihan berikut:
  1. Akses kepada group bisnes tertutup kami, eksklusif hanya untuk ahli-ahli kami
  2. Berpeluang berkenalan dengan rakan-rakan bisnes yang sangat supportive, penuh dengan cas2 positif untuk berjaya, mempunyai ikatan ukhuwah yang kuat
  3. Mendapat bimbingan, tips online marketing, rahsia serta strategi untuk berjaya dalam bisnes online, info dan cara pengambilan produk, pengetahuan teknikal dalam mengendalikan blog serta fb dan sebagainya
  4. Tidak perlu meninggalkan keluarga mahupun mengganggu rancangan hujung minggu bersama keluarga untuk menghadiri kelas bisnes. Semuanya boleh dilakukan secara maya, hanya dihujung jari anda. Latihan di alam realiti juga disediakan dan kids friendly :)
  5. Perniagaan MLM yang berasaskan kepada penjualan produk dan bukan semata-mata mencari downline baru (head hunting).
 
Sekiranya anda masih tercari-cari bisnes untuk dilakukan mahupun untuk menjana side income, Shaklee adalah bisnes yang tepat buat anda.
 
 
Berminat? Hubungi saya sekarang untuk maklumat lanjut. Usah berlengah lagi. Masa tidak akan menunggu kita. Hanya kita yang boleh mengubah nasib diri sendiri.
 
 
------------------------------------------------------------
Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Hubungi saya di feeza.k@gmail.com atau 0133602633 untuk sebarang pertanyaan.