Sunday, 28 September 2014

Home » , » 7 Tips Mendisiplinkan Anak Secara Positif (Tanpa Memukul)

7 Tips Mendisiplinkan Anak Secara Positif (Tanpa Memukul)

Dalam mendidik dan membesarkan anak-anak, kadang-kadang ibu bapa akan hilang sabar. Ibu bapa pun manusia biasa juga dan tanpa disedari ibu bapa akan memukul anak-anak. Bila anak-anak sudah menangis teresak-esak barulah rasa menyesal dan kasihan. Lebih parah kalau badan anak penuh lebam dan luka. Kalau jadi sampai macam tu memang sedih dan menyesal tidak sudah jadinya.



So dalam entri kali ini saya nak kongsikan tips mendisiplinkan anak-anak dengan pendekatan yang lebih positif.

1) Elakkan guna perkataan "Jangan"
Sebaiknya elakkan guna perkataan "Jangan" apabila menegur anak. Sebagai contoh bila anak-anak bergaduh, ibu bapa tidak digalakkan berkata "Abang, jangan pukul adik". Sebaliknya ibu bapa harus gunakan pendekatan lain yang lebih positif seperti "Abang dengan adik main sama-sama tau. Adik beradik kena baik-baik, sayang-sayang."

2) Elakkan pukul anak
Ibu bapa disarankan mendidik hati supaya lebih bersabar dengan karenah anak-anak. Pukul hanya apabila ada alasan yang kukuh sahaja, itupun secara perlahan dengan tujuan untuk menyedarkan anak. Kawasan yang dibenarkan pukul pula bahagian kaki ke bawah.

3) Puji/reward anak
Apabila anak berkelakuan baik, sentiasa puji/reward anak untuk menggalakkannya berkelakuan baik lagi. Terutama apabila berada di depan orang lain. Dengan sering memuji/reward anak akan membuatkan anak merasa bangga dan dihargai.

4) Pelajari ilmu parenting
Tiada apa yang lebih membantu ibu bapa mendidik anak-anak dengan cara yang terbaik selain daripada mendapatkan ilmu pengetahuan parenting dan pembangunan kanak-kanak dengan menyertai kelas-kelas parenting.

5) Gunakan kaedah distraction
Apabila anak mula nakal seperti melompat-lompat di sofa, ibu bapa boleh mengambil inisiatif membawa anak ke taman permainan untuk mengalih perhatian anak. Di taman anak nak melompat ke terjun ke semuanya boleh asalkan selamat dan sentiasa dipantau. Atau belikan anak mainan untuk melekakan anak semasa ibu bapa membuat kerja-kerja rumah.

6) Ajarkan kaedah "Logical Consequences"
Dalam usia anak yang sedang pesat membesar, mereka memang cenderung untuk mencuba benda baru dan penuh dengan perasaan ingin tahu walaupun perkara itu membahayakan. Maka ibu bapa harus menjelaskan sebaiknya kepada anak apakah akibat (bahaya) yang mungkin terjadi apabila anak berbuat sesuatu perkara itu. 

7) Guna teknik "Positive Discipline"
Jika anak buat salah contohnya menumpahkan air dari cawan, elakkan terus marah anak sebaliknya tunjukkan dan jelaskan baik-baik pada anak bagaimana cara memegang cawan dengan betul supaya air tidak tumpah. 

Seperkara yang paling penting untuk diajarkan kepada anak sejak kecil ialah sentiasa menghormati orang tua dan apabila bersalam hendaklah diajar supaya mencium tangan. 

Disiplin yang dididik sejak kecil akan menjadi amalan anak sehingga besar. Ibu bapa pastinya memerlukan kesabaran yang tinggi dalam mendidik anak. Walau betapa sukar, nikmatilah proses tumbesaran anak kerana ia merupakan waktu yang paling istimewa dan pasti akan dikenang apabila anak tersebut sudah dewasa.

Ingin membeli produk Shaklee secara online?
Hanya klik ikon eSell di belah kanan blog ini.
order shaklee secara online

Ingin dapatkan produk Shaklee secara COD (cash on delivery)? 

Berminat menjana pendapat sebagai SID (Shaklee Independent Distributor)?
Pertanyaan serta penyertaan anda sangat dialu-alukan :)

------------------------------------------------------------ 
Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Hubungi saya di feeza.k@gmail.com atau 0133602633 untuk sebarang pertanyaan.

1 comment: