Tuesday, 2 September 2014

Home » » Resepi Dark Chocolate Tart With Ginger Crust

Resepi Dark Chocolate Tart With Ginger Crust

Anda penggemar coklat? Kalau ye, saya pasti anda akan sukakan juga tat coklat. Biasanya selalu dengar cheese tart la pineapple tart la. Sekali sekala ubah la sikit menu tat tu kepada yang lain. Asyik makan tat yang sama pun jemu jugak kan...hehe.

resepi dark chocolate tart with ginger crust

Sebenarnya saya dapat resepi tat coklat ni di facebook tapi lupa dah resepi siapa. Kalau tak silap salah seorang peserta Masterchef Malaysia. Memang terliur dengan gambar tat coklat tu sebab itulah saya cuba buat jugak. Alhamdulillah memang sedap...yummy ^_^

Bahan-bahannya tak banyak sangat dan mudah dicari di Malaysia.

Crust:
260g biskut digestives (dalam 20 keping)
2 1/2 sudu kecil serbuk halia
3 sudu besar gula perang
125g mentega dicairkan

Filling:
2 cawan krim (fresh/whipping cream)
200g dark chocolate
2biji telur
Secubit garam

Cara-cara membuatnya:
1) Panaskan ketuhar 160 darjah celcius. Untuk buat crust (kulit tat), kisarkan biskut bersama gula perang dan serbuk halia sehingga halus. Tambah mentega cair dan gaul sehingga menjadi tekstur seperti pasir lembap. Lebih senang kalau gunakan food processor.
2) Tuangkan ke dalam acuan pembakar tat berdiameter 12inci, ratakan dan tekan ke dasar dan sisi acuan. Letakkan di atas dulang pembakar. Owh ye, acuan tu seeloknya gunakan acuan yang boleh ditanggalkan dasarnya supaya mudah mengeluarkan tat apabila sudah masak.
3) Untuk filling, panaskan krim dalam periuk dengan api sederhana sehingga berbuih sedikit di tepi. Angkat dari api, tambahkan coklat dan kacau sehingga cair sebati. Tambahkan garam dan telur, kacau sehingga sebati.
4) Tuang filling ke dalam acuan yang berisi kulit tat dan bakar selama 15 ke 20 minit sehingga inti set (tidak gegar bila loyang digoyangkan) dan permukaan adalah berkilat.
** jika permukaan tat berbuih atau merekah, keluarkan tat segera kerana ia menandakan tat sudah terlebih bakar. 
5) Biarkan tat sejuk sebelum dikeluarkan. Dah sejuk, boleh la dimakan dengan enjoy ^_^

Em rasa macam nak buat lagi la pulak..terliur sudah :D

Dah makan tat coklat jangan lupa pulak telan Lecithin dan Herblax ye.

BELI PRODUK SHAKLEE SECARA ONLINE
Klik link ini --> http://bit.ly/1tTxPSD  

Coppp!!! Nak beli produk Shaklee dengan harga yang lebih murah?? Jom join ahli sekarang.

Mencari-cari bisnes untuk side income? Jom sertai kami.

------------------------------------------------------------ 
Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Hubungi saya di feeza.k@gmail.com atau 0133602633 untuk sebarang pertanyaan.

1 comment: