Tuesday, 26 June 2012

Home » , , , , » ESP dan Protein

ESP dan Protein

Bagi mereka yang sudah mengamalkan Energizing Soy Protein (ESP) Shaklee, sudah tentu tau dan kenal apa itu ESP. Saya juga mengamalkan ESP. Alhamdulillah saya sudah mendapat kesan baik dari pengambilan ESP yang konsisten. Saya rasa lebih bertenaga ketika berpuasa walaupun hanya sahur dengan membancuh 3 sudu ESP. Saya juga dapati ESP membuatkan kulit saya licin dan jerawat nasi (bak kata orang) berkurangan.

Kenapa begitu ye? Sebab ESP kaya dengan protein yang sangat2 penting untuk pertumbuhan sel-sel baru dalam badan.

<img src=”namafile.jpeg” alt=”description” title=”title description”/>

Pentingkah protein?


Badan kita terdiri daripada sel-sel yang akan membentuk tisu. Dari tisu akan membentuk organ dan seterusnya membentuk sistem. Dr. Miller dalam bukunya mengatakan kita adalah protein. Ini kerana 25% daripada badan kita berasal daripada protein. Tak percaya? Kuku, rambut, kulit, otot yang ada pada badan kita ni adalah protein.

Protein sangat diperlukan untuk tumbesaran yang sihat kerana protein merupakan makanan kepada sel. Jika sel mendapat cukup protein yang berkualiti, sel baru yang sihat akan mudah terbentuk untuk menggantikan sel2 lama.

Keperluan protein yang mencukupi dikatakan kunci kesihatan yang optimum kerana protein diperlukan untuk menghasilkan hormones, enzymes, antibodies and neurotransmitter. Oleh yang demikian, ada yang berpendapat bahawa penyakit2 pada zaman moden ini disebabkan oleh pengumpulan sel2 yang lemah dan kurang sihat.

Apa risiko kalau kurang protein?

  • Anemia iaitu kekurangan darah atau oksigen dalam darah
  • Penyakit buah pinggang dan hati
  • Ulser perut dan usus
  • Tekanan dan kandungan gula darah yang rendah
  • Kolesterol tinggi
  • Luka yang lambat sembuh
  • Kurang ketahanan badan terhadap jangkitan
  • Penglihatan yang kurang baik
  • Rasa lesu dan lemah
  • Pengaliran darah yang tidak lancar
  • Kandungan air yang tinggi dalam tisu badan
  • Terencat akal

Kelebihan ESP Shaklee

  • Non-GMO (Non-Genetically Modified Organism) iaitu protein soya yang tidak diubahsuai genetiknya. Ia disahkan melalui Identity Preservation Program yang  memastikan soya yang digunakan dipantau dengan ketat dan dikawal sejak mula ditanam, dituai hinggalah diproses.
  • diproses dengan air (bukan dengan bahan kimia atau alkohol) bagi mengekalkan sumber semula jadi isoflavones seperti genistein dan daidzein.
  • mengandungi semua asid amino yang diperlukan oleh tubuh bagi mengekalkan tisu yang sihat, termasuk 9 asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan sendiri oleh tubuh.
  • membekalkan tenaga dan membantu membina dan perbaiki tisu badan yang rosak
  • setiap hidangan menyediakan 14gm protein soya semulajadi untuk kesihatan jantung
  • menyediakan 50% daripada Nilai Harian kalsium dalam setiap hidangan untuk menyokong tulang yang kuat
  • mengandungi fitoestrogen untuk kesihatan prostat, payudara dan menopaus
  • indeks glisemik yang rendah untuk membantu mengekalkan paras gula dalam darah
  • tidak mengandungi kolesterol dan laktosa
  • tidak mengandungi perisa tiruan, pemanis, pewarna mahupun bahan pengawet.


Siapa yang perlukan protein?


Pelajar, pekerja atau individu dewasa - minum pada waktu pagi sebagai energy booster. Badan terasa bertenaga dan mengurangkan rasa lapar. Bagus untuk mereka yang ingin berdiet.
Baca testimoni berkenaan.

Ibu mengandung - untuk perkembangan fetus yang sihat juga sebagai persediaan penjagaan kulit selepas bersalin. Pernah kan tengok ibu yang lepas melahirkan ada stretch marks kat bahagian perut?

Wanita - untuk kecantikan dan keanjalan kulit. Mereka yang mempunyai bekas jerawat berwarna hitam adalah disebabkan oleh kekurangan protein untuk membina sel baru menggantikan sel mati yang berwarna hitam tersebut.
Baca testimoni berkenaan.

Ibu menyusu - menambah dan mengekalkan milk supply serta menaikkan berat badan baby secara sihat. ESP juga membantu menganjalkan payudara wanita terutama yang menyusukan anaknya. Semua ibu yang telah mencuba ESP mengakui kebenarannya. Payudara mudah rasa berat jika bayi lambat menyusu atau sesi perahan tertunda. Selain itu payudara tidak mudah lembik atau hilang keanjalan. Namun pengambilan yang konsisten membantu mendapatkan hasil yang terbaik.
Baca testimoni berkenaan.

Lelaki - melindungi dari sebarang penyakit kronik i.e heart, cancer etc 

-----------------------------------------------------------------
Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia (ketahui bagaimana untuk mendapatkan harga istimewa). Hubungi saya di feeza.k@gmail.com atau 0133602633 untuk sebarang pertanyaan.

* Testimoni ini adalah pengalaman customer dan hasil dari setiap consumer mungkin berbeza. Namun ini tidak bermakna vitamin ini boleh mengubat atau menyembuhkan penyakit. Pembaca yang yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan.

No comments:

Post a Comment