Wednesday, 13 June 2012

Home » » Kenapa Susu Saya Makin Sikit Bila Makan Vitamin?

Kenapa Susu Saya Makin Sikit Bila Makan Vitamin?

Kenapa Susu Saya Makin Sikit Bila Makan Vitamin?

Perkongsian dari Kak N

"Tolonglah saya, kawan bagi tahu tak boleh minum air banyak sangat nanti kecairan nutrien dalam badan secara langsung efek pada susu saya...tapi akak N kata kena minum banyak air jika amik vitamin. Mana yang betul ni?"

Penyataan yang dikeluarkan oleh teman kepada yang menghantar email ini...

"tak boleh minum air banyak sangat nanti akan berlaku kecairan nutrien dalam badan "

Statement ini BETUL pada keadaan individu yang tidak mengambil APA-APA supplement.
Namun jika anda seorang pengamal supplement, badan anda memerlukan lebih banyak air dari kadar biasa...bermaksud lebih banyak air lebih baik agar vitamin tadi dapat disalurkan ke dalam tubuh secara menyeluruh dan lebih baik.

Ibu mendapat panggilan dari auntie Ina yang berada di Penang, beliau mengakui beliau mengamalkan minum air sebanyak 6 liter sehari kerana apa yang beliau belajar selama mengambil produk kesihatan H****L***, air perlu banyak supaya badan dapat me-nyah segala toksin dan vitamin dapat diserap dengan baik oleh tubuh. Beliau berkata ingin mencuba produk Shaklee kerana ingin mendapatkan kesihatan yang optimum.

Namun ini tidak bermaksud ibu meminta semua pengamal vitamin meng "consume" 6 liter air setiap hari, memadai lebih dari 2 liter adalah penyataan terbaik dapat ibu berikan.

Bagaimana saya nak tahu air cukup untuk badan saya setelah mengambil vitamin?
Indicator terbaik boleh kita lihat sama ada kita kurang air atau cukup air ialah dengan melihat warna urin. Jika terlalu kuning maka bermaksud terlalu kurang air. Memang betul pengambilan vitamin B complex akan membuatkan urin kita bewarna kuning namun itu juga sebagai satu tanda bahawa badan perlukan lebih air.

Mengapa selepas amik supplement susu saya berkurang?
Ianya boleh berlaku jika PENGAMBILAN AIR YANG KURANG dan tidak selari dengan vitamin intake.
Jika dahulu tanpa pengambilan vitamin mungkin boleh dapat sekali sesi ialah 4oz, suddenly lepas amik supplement, production per sesi ialah 2 oz....ini boleh berlaku kerana pengambilan vitamin akan membuatkan darah kita lebih pekat. Maka jika sebelum ini si ibu dapat 4 oz namun jika diperhati betul2, susu itu adalah sedikit cair berbanding dengan 2 oz selepas amik vitamin dan ianya kelihatan SANGAT PEKAT.

Ini bermakna si ibu perlukan lebih air untuk memastikan susunya lebih banyak.

Sangat penting pengambilan air yang banyak untuk memastikan badan kita sihat dan dapat menyerap segala vitamin yang diambil dengan baik.

Tanda kekurangan air antara lain ialah:
1. Kerap sakit kepala
2. Muka berjerawat
3. Senang moody dan susah hati.
4. Badan senang sakit2.

Semoga entry ini membantu ibu2 yang mengambil supplement memastikan pengambilan air yang cukup demi kesihatan diri dan keluarga tersayang.
-----------------------------------------------------------------
Hubungi saya di feeza.k@gmail.com atau 0133602633 untuk sebarang pertanyaan.

* Testimoni ini adalah pengalaman customer dan hasil dari setiap consumer mungkin berbeza. Namun ini tidak bermakna vitamin ini boleh mengubat atau menyembuhkan penyakit. Sila konsult dengan pengedar anda untuk lebih lanjut.

No comments:

Post a Comment