Jerebu datang
melanda lagi untuk kali keberapa entah dalam tahun ni saja. Tapi dalam
banyak-banyak musim jerebu yang melanda, pengalaman saya dalam musim jerebu
pada kali ini adalah yang paling teruk berbanding musim jerebu yang
lepas-lepas.
Masakan
tidak teruk jika berada di luar rumah tiada apa yang nampak melainkan kelabu
(asap) sahaja. Semasa memandu juga terpaksa lebih berhati-hati dari biasa
kerana jarak penglihatan yang pendek.
PUNCA JEREBU
- Pembakaran secara terbuka
- Asap dari kilang
- Asap dari kenderaan
Saya pernah
berada di luar rumah pada waktu malam memandangkan terpaksa ke kedai membeli
barang. Walaupun berada di luar rumah pada waktu yang singkat tapi kesannya
amat terasa…mata pedih seperti ada habuk yang besar masuk dalam mata dan tekak sangat
perit.
Jika orang
dewasa pun sudah cukup terkesan dengan jerebu ni, apatah lagi kanak-kanak. Kerana
itu juga sekolah di sesetengah negeri yang terbabit ditutup beberapa kali
disebabkan bacaan IPU (Indeks Pencemaran Udara) yang sangat tinggi.
NILAI IPU
|
STATUS
|
0 – 50
|
Baik
|
51 – 100
|
Sederhana
|
101 – 200
|
Tidak Sihat
|
201 – 300
|
Sangat Tidak Sihat
|
301 – 500
|
Berbahaya
|
GOLONGAN
BERISIKO TINGGI KETIKA JEREBU
1. Kanak-kanak
2. Orang tua
3. Wanita
mengandung
4. Mereka yang
mengalami penyakit
- jantung
- asma
- bronkitis
- radang
paru-paru
- penyakit
paru-paru yang kronik
- alahan/sensitif
kepada habuk
5. Perokok
6. Mereka yang
sentiasa bekerja di luar pejabat atau rumah.
Kalau nak diikutkan sebenarnya jerebu yang berpanjangan ni mengancam kesihatan semua orang tapi risiko lebih tinggi kepada mereka yang berada dalam kelompok seperti di atas. Jadi seboleh mungkin elakkan aktiviti/kegiatan di luar.
Kalau nak diikutkan sebenarnya jerebu yang berpanjangan ni mengancam kesihatan semua orang tapi risiko lebih tinggi kepada mereka yang berada dalam kelompok seperti di atas. Jadi seboleh mungkin elakkan aktiviti/kegiatan di luar.
KESAN JEREBU TERHADAP KESIHATAN
- Gatal di bahagian kerongkong dan batuk
- Sesak nafas atau sukar untuk bernafas
- Mata terasa pedih dan berair
- Kulit badan gatal-gatal
- Terasa sakit dada
**Dapatkan
rawatan dan nasihat doktor di klinik berhampiran sekiranya anda mempunyai tanda-tanda
dan gejala tersebut.
Selain
daripada kesan terhadap kesihatan, jerebu ni juga menyebabkan bau-bauan yang
kurang enak. Kemana-mana pun penuh dengan bau asap. Bayangkan sajalah basuhan
yang saya jemur pada sebelah pagi, mulanya wangi je sebab letak banyak pewangi kan…tup
tup bau asap bila diangkat pada sebelah petang. Penyelesaiannya, saya jemur basuhan
saya dalam rumah J
Kalaulah
menyelesaikan masalah jerebu yang memberi kesan kepada kesihatan ni semudah
mengubah tempat menjemur basuhan baju kan bagus…
TIPS
PEMAKANAN SIHAT UNTUK MENGUATKAN IMUN BADAN
Hakikatnya,
kita tak boleh nak kawal jerebu tapi kita boleh usaha mencegah jerebu dari
memberi kesan terhadap kesihatan kita dengan menguatkan sistem imun badan kita.
Lebih-lebih lagi pada anak-anak yang masih belum kuat sistem imunnya.
- Air kosong – pengambilan air kosong yang banyak membantu buah pinggang mengeluarkan semua bahan toksin yang telah diserap ke dalam badan melalui kulit dan paru-paru.
- Vitamin C, E dan Asid Lemak Omega-3 – tingkatkan sistem imun badan dengan pengambilan makanan yang tinggi dengan Vitamin C, E dan Asid Lemak Omega-3 seperti buah oren, kiwi, sayur brokoli, telur dan ikan salmon.
- Kopi dan Alkohol – kurangkan pengambilan minuman beralkohol dan berkafein kerana minuman jenis ini menghauskan badan.
Seboleh
mungkin elakkan sebarang aktiviti di luar rumah atau bangunan. Sekiranya anda
terpaksa keluar juga atas urusan yang penting, pastikan anda memakai mask N95
yang terbukti lebih berkesan menapis partikel-partikel jerebu.
Anda juga
disarankan sentiasa membasuh muka dan bahagian kulit yang terdedah kepada
jerebu dengan air bersih.
Nak order produk Shaklee?
Mudah je, boleh order secara online dengan klik link di bawah:
Nak order produk Shaklee?
Mudah je, boleh order secara online dengan klik link di bawah:
KETAHUI
CARANYA DI SINI
Copp!! Nak dapatkan produk Shaklee dengan harga yang lebih murah? Jom daftar sebagai ahli.
Copp!! Nak dapatkan produk Shaklee dengan harga yang lebih murah? Jom daftar sebagai ahli.
Pertanyaan serta penyertaan anda
sangat dialu-alukan :)
------------------------------------------------------------
Saya adalah wakil Shaklee anda
untuk penghantaran serata Malaysia. Hubungi saya di feeza.k@gmail.com atau
0133602633 untuk sebarang pertanyaan.
anjurannya adalah mulai lah dari hal yang kecil :) saya suka pemikiran yang terbuka seperti cik ini...
ReplyDelete