Wednesday, 9 November 2011

Home » » Saya Perlukan Supplement Semulajadi!

Saya Perlukan Supplement Semulajadi!

Saya Perlukan Supplement Semulajadi!

Ye betul, saya memang perlukan supplement untuk keperluan tubuh badan saya. Kenapa? Sebab saya tak yakin apa yang saya makan betul2 berkhasiat ke, khasiat yang saya dapat dari makanan tu memenuhi keperluan tubuh saya ke, nak2 lagi saya ni jenis yang memang tak suka makan sayuran hijau...saya lebih sukakan sayuran yang keras macam kobis, lobak etc...sedangkan saya tahu khasiat yang sayuran hijau bekalkan...tapi, tetap tak gemar makan sayuran hijau...sekali sekala makan...itu pun lebih suka makan sayuran hijau yang lebih kepada ulam-ulaman.

Hujung minggu keluar dating dengan husband, ternampak KFC...mula la terliur, nampak Kenny Rogers...terus teringat macaroni cheese...(amboi sedapnya :p)...Kadang2 tu terjebak jugak. Untuk itu, saya bergantung kepada supplement untuk memastikan keperluan tubuh saya dipenuhi...dan sekarang, saya sangat suka makan supplement, walaupun sejak kecil dulu memang sangat liat untuk telan pil...ala2 fobia gitu :p Punyala tak nak telan pil sampaikan saya sanggup menahan sakit...kalau ubat cecair laju je telan...so saya selalu kena paksa makan ubat dengan ayah dan mak. Kadang2 terfikir jugak sampai bila tak nak telan pil ni...Alhamdulillah, sejak mengenali shaklee, fobia telan pil saya semakin beransur hilang...sebenarnya tu bukan kesan pengambilan supplement shaklee...tapi kesan baik secara tidak langsung kepada saya :D

Cukup kisah saya, sekarang saya nak kongsikan kisah seorang teman saya, bagaimana boleh begitu menyintai supplement. Baca jangan tak baca :)

Lain padang lain belalang, lain orang, lain ragam..begitulah sifat manusia tidak akan sama antara satu sama yang lain walaupun adik beradik sendiri. Apa yang kita mahukan dan rasa pada badan sendiri tidak semestinya sama juga untuk orang lain. Bak kata pepatah yang lain, ukur baju di badan sendiri.

Sebab saya mengukur baju di badan sendirilah saya memilih untuk mengambil supplement bagi diri saya dan juga keluarga. Bukan mengagungkan supplement tetapi itulah hakikat sebenar yang saya perlukan. Kisahnya bermula di sini:

Sepanjang hidup saya hanya satu supplement yang tidak pernah dilupakan iaitu Vitamin C kerana di zaman saya membesar, asal pergi klinik je mesti mintak dengan abah untuk dibelikan vitamin c untuk budak-budak. Kadang-kadang ada juga curi-curi amik lebih vitamin C sebab rasanya yang sedap! Vitamin C sajalah satu-satunya supplement yang saya kenal. Jika sakit lain, ubat doktor adalah penawarnya.

Ianya berpanjangan sampailah saya sudah berkeluarga dan dikurniakan anak.Saya bersyukur (ini bukan riak tapi ingin menyampaikan kebenaran) sebab saya seorang yang sangat jarang sakit (demam pun jarang)- alhamdulillah..kiranya ala-ala memiliki antibodi yang kuat agaknya. Tapi berbeza dengan suami yang sangat sensitif. Kena hujan sikit sudah pening kepala, demam, bersin-bersin. Pendek kata dalam sebulan tidak sah jika tiada sakit. Panadol memang jadi peneman setia; macam-macam panadol ada, 'actifast', 'muscle & joints', 'soluble'. Stok panadol mesti sentiasa ada sebab suami memang bergantung pada panadol sampai satu ketika sepapan habis ditelan tapi sakit tak baik-baik. Pendek kata jika rasa macam simptom nak demam, terus telan panadol untuk elakkan demam yang lebih teruk.Kadang terfikir juga kenapalah suami aku ni asyik sakit je, sensitif sungguh. Tambah lagi dengan resdung yang dimiliki membuatkan suami amat sensitif dengan habuk dan cuaca sejuk. Minum ais jauh sekali sebab ais juga boleh menyebabkan suami cepat demam, sakit tekak dan sakit-sakit badan. Pening memikirkan keadaan tersebut tetapi tiada cara yang terbaik untuk mengatasinya.

Hinggalah secara tidak sengaja saya menemui supplement Shaklee semasa menyusukan anak kedua. Tujuan utama mengambil set breastfeeding shaklee adalah untuk menghilangkan rasa penat dan kelesuan sebab saya ibu yang bekerjaya dan juga kerja tidak tentu masa ada kalanya outstation. Apa yang saya sedar masa tu adalah stress juga memainkan peranan dalam penghasilan susu ibu. Dengan itu saya mencari supplement yang boleh membuatkan saya cergas dalam masa yang sama meningkatkan penghasilan susu saya. Alhamdulillah saya menemui produk yang betul dan serasi dengan badan. Sampai sekarang saya masih lagi menyusui anak yang sudah pun mencecah umur setahun dan susu badan masih lagi maintain macam dulu. Saya sedar konsep asas penyusuan yang mesti diamal walaupun mengambil set breastfeeding shaklee.Dan saya masih lagi mengamalkan set tersebut selama lebih kurang setahun.Dan pada customer saya, tidak pernah saya menjanjikan harapan yang super dooper kerana selalu saya tekankan set breatfeeding ini adalah bukan pil hormon yang boleh menambahkan susu serta merta tapi boleh membantu ibu yang betul-betul memahami konsep penyusuan. Dengan memahaminya semua orang tidak akan salah sangka dengan pengambilan supplement.Setiap orang memiliki milk booster yang tersendiri dan tidak semua orang sama. Jika tidak masakan banyak milk booster yang kita dengar boleh meningkatkan penghasilan susu ibu bahkan laman yang memperjuangkan penyusuan susu ibu sendiri ada menyediakan supplement untuk menambah susu (milk booster).Kenapa ianya dijual di pasaran jika tiada kesan positif yang diperolehi?Pada saya supplement tidak bersalah, yang bersalah hanyalah persepsi kita terhadap supplement. Tiada salah untuk kita berusaha kerana berusaha itu sangat dituntut dalam islam. Teringat kisah saya sendiri yang sebelum ini (masa anak pertama) langsung tiada ilmu tentang penyusuan, akhirnya gagal susukan anak. Saya bersyukur dapat mengenal set breastfeeding shaklee dan juga sangat bangga dan berpuas hati bila mendengar rata-rata customer saya yang telah berjaya susukan anak. Bagi saya ianya sangat-sangat membantu!.

Kajian menunjukkan mengambil suplement DHA semasa menyusu akan meningkatkan paras DHA dengan berkesan dalam susu ibu dan juga dalam darah bayi. Satu kajian yang diterbitkan dalam majalah American Journal of Clinical Nutrition keluaran Julai baru-baru ini, menunjukkan bayi yang dilahirkan oleh ibu yang mengambil suplemen DHA semasa empat bulan menyusu susu ibu, boleh mencapai kepintaran psychomotor (seperti penyelarasan dan menyusun atur) seawal umur 2 setengah tahun. (sumber dari Utusan Malaysia Online). Detail baca sini. So sapa kata supplement tidak diperlukan oleh badan?

Berbalik pada cerita husband tadi, sejak saya amalkan set shaklee, dia pun selalu belek-belek saya punya vitamin. Ikutkan susah nak bagi dia makan vitamin, tapi vitamin pertama yang membuka hatinya untuk mencuba adalah ALFALFA. Sebab utama hubby amik alfalfa adalah untuk redakan resdungnya yang saya kira agak teruk (saya pasti suami mewarisi dari ibunya yang mengidap resdung semasa mengandungkan hubby). Lagi kebaikan Alfalfa di sini. Dah macam-macam hubby saya cuba ubat-ubat dalam pasaran, tak baik-baik juga. Kalu kene time selsema tu dari pagi sampai ke petang selsema sampai nak tercabut hidung (ini term suami saya yang menggambarkan keterukkan resdungnya :)) Bila pagi mesti akan jadi selsema dan terbersin-bersin. Setelah amalkan alfalfa lebih kurang 2 minggu, saya nampak perubahan pada suami. Jeng jeng jeng, resdung dah hilang! Bukan magic tapi hasil pengambilan alfalfa yang konsisten. Pernah suami try untuk tidak consume alfalfa selama beberapa hari, gatal hidungnya datang balik! Sejak itu, dia jadi orang yang sangat konsisten ambil ALFALFA tanpa disuruh!

Dalam 2 bulan sebelum itu suami saya ada menghidap satu penyakit kulit di tangan, nampak macam kurap tapi bukan kurap. Pernah beberapa kali jumpa pakar kulit (free jea syarikat bayarkan), apa yang didiagnos oleh doktor pakar adalah sejenis ekzema dan tidak berjangkit. Doktor hanya bekalkan ubat dan krim untuk sapu sahaja. Suami mengambil semua tu sampaila habis semua stok ubat yg dibekalkan masih juga tidak berubah malah makin merebak ke bahagian tangan yang lain. Suami cuba mandi dengan air garam setiap hari pun masih juga tidak berhasil. Saya cuba yakinkan suami untuk ambil vitamin E dan juga Vitamin C, dan lihat hasilnya. Mula-mula suami tak yakin tapi saya paksa juga ambil secara konsisten setiap malam. Suami mengambilnya selama sebulan dan hasilnya alhamdulillah sakit kulit tu dah kering sendiri! Memang betul-betul hilang. Saya ada mengambil gambar sebelum dan selepas tapi tak berapa jelas, sapa yang ingin tau lebih lanjut sila pm saya ye. Nak tunjuk kat sini takut gambar blur. Sejak itu suami saya bangga mengatakan yang dia sekarang sudah 'drugs free' dan percaya drugs ni telah menyebabkan badan dia semakin teruk. Di rumah saya tiada lagi stok panadol,ubat-ubat dari klinik, hospital pakar hanya yang ada botol-botol vitamin shaklee!

Sebab itu saya yakin kami sekeluarga memerlukan vitamin untuk menyokong gaya hidup yang tidak sihat di zaman ini. Saya tidak yakin kami sekeluarga makan ikut carta piramid makanan yang betul, kadanag-kadang terpesong juga. Hari minggu nak juga bawa anak-anak makan fast food. Bukan semuanya makanan seimbang dan berkhasiat masuk dalam perut.Dengan itu saya yakin saya sekarang adalah pencinta supplement Shaklee! Tiada yang terbaik dari menjaga kesihatan bermula dari sekarang sebelum ianya terlambat!Pilihan di tangan kita sendiri. Tiada yang lebih layak untuk tentukan pilihan kita melainkan diri sendiri. Tepuk dada tanya selera.


------------------------------------------------------------
Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Hubungi saya di feeza.k@gmail.com atau 0133602633 untuk sebarang pertanyaan.

No comments:

Post a Comment