Tuesday, 22 November 2011

Home » » Bagaimana Susu Ibu Terhasil?

Bagaimana Susu Ibu Terhasil?

Bagaimana Susu Ibu Terhasil?

Dua hormon yang berkait rapat dengan penyusuan ibu adalah hormon PROLAKTIN DAN OXYTOXIN. Jom kita sama-sama tengok apakah dia:

PROLAKTIN
Hormon yang penting untuk penghasilan susu. Sesudah melahirkan, hormon prolaktin akan berada pada tahap tertinggi dalam badan sebagai persediaan untuk menghasilkan susu badan pada ibu. Prolaktin ini bukan sahaja membanyakkan susu tapi juga bertindak sebagai hormon mencegah hamil. Kenapa? Sebab ianya menyekat pengeluaran 2 hormon ovulasi iaitu FSH dan GnRH.Ia meyebabkan ovulasi tidak berlaku dan seterusnya menyebabkan pengeluaran haid terganggu. Sebab itu ibu yang menyusukan bayi secara eksklusif selama 6 bulan pertama,boleh menghalang kehamilan.

OXYTOXIN
Hormon ini juga selalu disebut sebagai hormon CINTA. Ini kerana ia ujud selepas kita melahirkan dan semasa menyusukan bayi, tindakbalas hormon ini akan menyebabkan semasa menyusu kita akan rasa semacam 'cramp' pada bahagian rahim semasa bayi menghisap. Proses itu menolong rahim mengecut dengan lebih cepat. Oleh itu susuilah bayi anda untuk cepat kelihatan langsing dan sihat!
Hormon ini juga memberikan rasa ketenangan pada ibu-ibu, mengurangkan kemurungan pada ibu. Secara tak langsung menolong ibu elakkan dari 'meroyan'.Hormon ini juga berfungsi sebagai 'milk ejection' ataupun let down reflex.

LET DOWN REFLEX
Juga dikenali sebagai LDR. Sensasi rasa let down reflex akan dirasai apabila bayi menghisap.LDR pada ibu adalah berbeza. Ada yang cepat mengalami LDR, ada yang tidak mengalaminya langsung.Ada yang sensitif dengan LDR, even teringat anak pun boleh ada LDR.LDR membantu susu keluar dengan mudah.
 
credit
------------------------------------------------------------
Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Hubungi saya di feeza.k@gmail.com atau 0133602633 untuk sebarang pertanyaan.

No comments:

Post a Comment