Tuesday 30 September 2014

Home » » Cara Menyimpan Makanan Bayi Dengan Selamat

Cara Menyimpan Makanan Bayi Dengan Selamat

Dalam entri semalam, sudah saya kongsikan bagaimana menyediakan makanan bayi secara selamat. Jadi hari ini saya akan kongsikan pula bagaimana cara menyimpan makanan bayi secara selamat. Kedua-duanya sangat berkait rapat dan haruslah seiring bagi memastikan bayi benar-benar mendapat makanan yang bersih dan selamat.

Tidak dinafikan makanan bayi yang disediakan sendiri di rumah adalah yang terbaik kerana menggunakan bahan-bahan yang segar dan pastinya kebersihan yang terjamin. Namun oleh kerana para ibu moden hari ini boleh dikatakan semuanya bekerjaya, terdapat kekangan masa dalam menyediakan makanan bayi sendiri.

Solusi yang terbaik untuk mengatasi masalah kekangan masa tersebut adalah dengan menyediakan makanan bayi tersebut terlebih dahulu seperti di waktu hujung minggu. Sudah tentulah lebih bagus jika dapat sediakan makanan bayi secara segar setiap hari, tapi sekurang-kurangnya dengan berbuat demikian ibu dapat memastikan khasiat, kebersihan dan keselamatan makanan yang diberikan kepada bayinya.

baby food cubes
kiub makanan bayi

Bagaimana menyimpan makanan secara selamat dan menjamin kesegarannya?

Kebanyakan ibu yang bekerja menyimpan makanan bayi yang disediakan lebih awal dalam peti sejuk bergantung kepada berapa lama makanan itu ingin digunakan. Ada makanan yang disimpan dalam peti sejuk boleh bertahan sehingga sebulan, namun ibu harus memastikan teknik penyimpanan yang betul supaya makanan itu masih elok dimakan.

simpan makanan bayi secara selamat

Sejuk bekukan dalam bekas kecil

Makanan bayi seperti sayur, buah-buahan dan sebagainya boleh dihancurkan menjadi puri dan disejukkan segera sebelum dimasukkan ke dalam bekas kecil untuk dibekukan. Bekas kecil yang ingin dibekukan tersebut harus dibalut dengan pembalut plastik sebelum dimasukkan ke dalam freezer. Ini untuk menjamin kebersihan dan keselamatan makanan tidak tercemar. Periksa suhu peti sejuk dan pastikan ianya berada di antara 0 dan 5 darjah Celcius.

teknik penyimpanan makanan bayi yang selamat

Cuci bekas menyimpan makanan dengan bersih

Ibu harus memastikan bekas kecil yang digunakan untuk menyimpan makanan itu dicuci terlebih dahulu dengan air suam bersabun bagi membuang sebarang kekotoan yang melekat supaya makanan yang disimpan tidak tercemar. Dan pastikan bekas tersebut kering sebelum digunakan untuk menyimpan makanan.

Selain menjimatkan ruang, cara ini memudahkan ibu kerana ibu hanya perlu mengeluarkan kuantiti yang diperlukan sahaja kemudian dididihkan bersama-sama bahan lain yang ingin dicampurkan (sekiranya ada).

Buang sisa makanan bayi

Makanan bayi yang tidak habis dimakan perlu dibuang kerana makanan yang terkena air liur mengandungi bakteria yang akan berganda jika disimpan. Jadi ibu harus pandai menganggarkan kuantiti makanan yang boleh dihabiskan oleh bayi untuk mengelakkan berlakunya pembaziran.

bagaimana menyimpan makanan bayi

Label bekas menyimpan makanan

Walaupun makanan yang disimpan di dalam peti sejuk boleh tahan lama, ibu harus melabelkan bekas menyimpan makanan tersebut dengan tarikh makanan itu disediakan. Ini memudahkan ibu mengetahui jangka hayat makanan tersebut. Makanan yang melebihi sebulan disarankan dibuang kerana dikhuatiri ianya sudah kurang elok dan berkhasiat.

Pastinya dengan menyimpan makanan bayi dan disejuk bekukan dalam peti ais dapat membantu ibu yang mempunyai kekangan masa. Namun ibu harus memastikan bahawa makanan bayi tersebut disimpan dengan teknik penyimpanan yang betul dan selamat. Makanan bayi yang tidak disimpan dengan teknik penyimpanan yang betul akan menyebabkan makanan tersebut rosak dan mungkin menyebabkan bayi jatuh sakit. 

Ingin membeli produk Shaklee secara online?
Hanya klik ikon eSell di belah kanan blog ini.
order shaklee secara online

Ingin dapatkan produk Shaklee secara COD (cash on delivery)? 

Berminat menjana pendapat sebagai SID (Shaklee Independent Distributor)?
Pertanyaan serta penyertaan anda sangat dialu-alukan :)

------------------------------------------------------------ 
Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Hubungi saya di feeza.k@gmail.com atau 0133602633 untuk sebarang pertanyaan.

3 comments:

  1. kebersihan makanan adalah sangat penting dalam mengekalkan kesihatan si anak

    ReplyDelete
  2. Terima kasjh atas perkongsian yang sangat berguna sekali bagi sya. ..kebetulan sy ade anak kecil....kena buat berhati2. ..jom singgah ke blog sy http://qasehfirdausshoppe.blogspot.com

    ReplyDelete
  3. Perkongsian yang menarik ni..InsyaAllah nanti boleh praktikkan dalam menyediakan makanan pada anak..^_^

    ReplyDelete