Para ibu sememangnya sentiasa memastikan hanya yang terbaik untuk anaknya. Segala-galanya harus yang terbaik. Maka sebab itu ramai ibu yang seboleh mungkin ingin menjayakan penyusuan eksklusif susu ibu selama 2 tahun.
Susu ibu sememangnya merupakan susu yang terbaik buat anaknya. Walau ada susu formula dengan rumusan yang dikatakan paling terbaik pun tidak boleh menandingi khasiat dan kebaikan susu ibu.
Namun untuk menjayakan penyusuan susu ibu secara eksklusif selama 2 tahun bukan semudah ABC. Ibu harus kuat semangat dan sentiasa fokus kerana ianya sangat mencabar. Galakan serta sokongan dari suami juga ahli keluarga sangat diperlukan.
Antara cabaran utama dalam dunia penyusuan susu ibu adalah masalah kekurangan susu ibu. So saya nak kongsikan 7 petua yang bukan saja untuk membanyakkan susu ibu, malah memastikan susu ibu sentiasa dihasilkan supaya target penyusuan eksklusif susu ibu selama 2 tahun dapat dicapai.
❤️ susukan bayi anda sekerap yang mungkin atau mengikut permintaan bayi. Hisapan bayi sangat membantu dalam merangsang pengeluaran susu ibu.
❤️ minum air yang banyak kerana air merupakan salah satu komponen dalam susu ibu itu sendiri. Para ibu harus meminum sekurang-kurangnya 3 liter sehari.
❤️ atur jadual mengepam. Kebanyakan para ibu sekarang bekerjaya, maka tidak seharian dapat bersama bayinya. Dengan mengatur jadual mengepam dan konsisten mengepam dengan kerap dapat memastikan penghasilan susu ibu berterusan.
❤️ tetapkan target jangkamasa pendek sebagai contoh tetapkan target untuk menyusukan bayi secara eksklusif selama 6 bulan dan apabila target sudah dicapai, ibu boleh meneruskan target kepada setahun pula. Target yang pendek akan membantu ibu untuk lebih fokus dan lebih bertahan lama menyusukan bayinya.
❤️ jaga pemakanan ibu dan pastikan ibu mendapat khasiat serta nutrisi yang secukupnya dari pemakanan yang sihat dan seimbang. Pengambilan makanan tambahan (supplement) untuk ibu menyusu juga digalakkan bagi menampung kekurangan khasiat/nutrisi dari pemakanan ibu.
❤️ pastikan apa milkbooster juga milk killer ibu sendiri. Setiap orang tak sama, mungkin sesuatu makanan itu adalah milkbooster bagi ibu A tapi sebaliknya bagi ibu B.
❤️ sertai mana-mana kumpulan sokongan khas untuk penyusuan susu ibu. Antara punca kegagalan penyusuan susu ibu secara eksklusif adalah kekurangan pengetahuan. Maka dengan menyertai mana-mana kumpulan ini ibu akan dapat menambah ilmu penyusuan.
Galakan serta dorongan dari mereka yang terdekat juga sangat membantu. Maka para ibu dapatkanlah sokongan dari para suami dan juga ahli keluarga.
Ingin membeli produk Shaklee secara online?
Mudah saja, hanya klik link ini --> http://bit.ly/1tTxPSD
Coppp!!! Nak beli produk Shaklee dengan harga yang lebih murah?? Jom join ahli sekarang.
Mencari-cari bisnes untuk side income? Jom sertai kami.
------------------------------------------------------------
Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Hubungi saya di feeza.k@gmail.com atau 0133602633 untuk sebarang pertanyaan.
No comments:
Post a Comment