Puting terasa pedih semasa menyusukan bayi? Ada sesetengah ibu yang memang akan mengalami pedih puting semasa menyusukan bayinya namun ianya hanya berlaku pada permulaan penyusuan untuk beberapa hari yang pertama. Sekiranya rasa pedih itu berpanjangan dan semakin teruk, ibu dinasihatkan untuk merujuk kepada doktor kerana ianya tidak normal.
Mengapa puting terasa pedih?
Terdapat pelbagai sebab serta punca yang membuatkan puting terasa pedih semasa menyusukan bayi.
Teknik penyusuan yang salah
Teknik penyusuan yang salah merupakan antara punca utama puting pedih kerana bayi tidak melekap dengan betul. Bayi terpaksa menyedut atau menarik puting anda ke dalam mulutnya, dan seterusnya menyebabkan kesakitan. Maka ibu haruslah memastikan bayi membuka mulutnya dengan luas supaya bukan saja bahagian puting buah dada dimasukkan ke dalam mulut. Sekiranya bayi tidak membuka mulutnya dengan luas, ibu boleh menghentikan hisapan bayi dengan memasukkan jari perlahan-lahan ke dalam mulut bayi di bahagian tepi. Mulakan penyusuan sekali lagi dengan teknik yang betul setelah bayi melepaskan hisapan.
Banyak juga ibu yang mengalami puting merekah atau berdarah...bila bayi mula menghisap alangkah pedihnya. Sebagai solusi, ibu boleh menyapu sedikit susu badan, minyak atau krim lanolin yang ditulenkan. Dengan cara ini puting dapat sembuh tanpa membentuk kudis luka, juga ibu tidak perlu membersihkan puting untuk sesi penyusuan yang seterusnya.
Lidah terikat
Lidah terikat terjadi apabila lidah bayi terlekat di bahagian dasar mulut. Bayi yang mengalami lidah terikat akan menghadapi masalah untuk melekap dengan betul pada buah dada, sering terlepas hisapannya semasa menyusu serta kerap minum tetapi tidak dapat menambah berat badan dengan cukup. Maka ibu haruslah merujuk masalah ini kepada doktor. Masalah lidah terikat ini boleh dirawat dengan prosedur perubatan yang dipanggil frenulotomi.
Jangkitan fungus (thrush)
Jangkitan fungus pada puting terjadi apabila organisma yang secara semulajadi hidup dalam badan ibu merebak tanpa kawalan. Untuk mengatasi masalah ini ibu harus berjumpa doktor supaya diberikan rawatan anti-fungus. Ini juga penting kerana kebarangkalian mulut bayi juga dijangkiti fungus.
Jangkitan fungus pada puting terjadi apabila organisma yang secara semulajadi hidup dalam badan ibu merebak tanpa kawalan. Untuk mengatasi masalah ini ibu harus berjumpa doktor supaya diberikan rawatan anti-fungus. Ini juga penting kerana kebarangkalian mulut bayi juga dijangkiti fungus.
Dermatitis
Dermatitis menyebabkan puting ibu merah dan gatal. Dermatitis berlaku disebabkan penggunaan krim, losyen atau sabun yang tidak sesuai. Oleh yang demikian, ibu hendaklah mencuci payudara dengan air bersih.
Tumbuh gigi
Keadaan gusi bayi yang bengkak semasa sedang tumbuh gigi akan menyebabkan bayi menukar cara penyusuan supaya lebih selesa. Sekiranya bayi menggigit, ini bermaksud bayi tidak menjulurkan lidahnya ke bawah dan ke hadapan dengan secukupnya untuk memasukkan payudara ke mulutnya. Jadi, ibu boleh membantu dengan menyentuhkan bibirnya pada puting dan apabila bayi sudah menganga ibu cepat-cepat menyuakan payudara ke dalam mulutnya.
Menyusukan semasa hamil
Lazimnya puting akan terasa sakit pada awal kehamilan. Sekiranya ibu terasa sangat sakit semasa menyusukan bayi, ibu boleh menyapu minyak atau krim lanolin yang ditulenkan untuk melegakan rasa sakit tersebut.
Pedih akibat penggunaan coli atau lapik payudara
Coli atau lapik payudara yang tidak padan boleh memberi tekanan kepada puting ibu. Lapik payudara yang diperbuat daripada plastik akan menghalang kulit daripada bernafas dan membuatkan kulit berpeluh. Pemilihan coli yang lebih besar atau selesa juga lapik payudara yang diperbuat daripada bahan-bahan semulajadi haruslah dititikberatkan.
Ingin membeli produk Shaklee secara online?
Mudah saja, hanya klik link ini --> http://bit.ly/1tTxPSD
Coppp!!! Nak beli produk Shaklee dengan harga yang lebih murah?? Jom join ahli sekarang.
Coppp!!! Nak beli produk Shaklee dengan harga yang lebih murah?? Jom join ahli sekarang.
Mencari-cari bisnes untuk side income? Jom sertai kami.
SAYA NAK JANA PENDAPATAN DENGAN SHAKLEE
------------------------------------------------------------
------------------------------------------------------------
Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Hubungi saya di feeza.k@gmail.com atau 0133602633 untuk sebarang pertanyaan.
Tehnik penyusuan ibu memainkan peranan penting dalam menyusukan bayi. Ikutilah langkah-langkah hangctelah di ajar oleh doktr agar tidak terjadi masalah yang tak diinginkan berlaku. Apabila tehnik anda salah sudah tentu akan mengakibatkan kesakitam kepada anda.
ReplyDelete