Tuesday 30 September 2014

Home » » Bagaimana Menyediakan Makanan Bayi Secara Selamat

Bagaimana Menyediakan Makanan Bayi Secara Selamat

Kementerian Kesihatan menyatakan bahawa waktu terbaik memberikan bayi makanan pejal ialah ketika usianya enam bulan. Bagi ibu bapa yang baru mula memberikan bayinya makanan pejal, kebersihan semasa proses penyediaan makanan tersebut adalah penting bagi menjamin kebersihan makanan pejal yang disediakan untuk bayi. Ini kerana perut bayi mudah diserang kuman dan jangkitan disebabkan sistem imun badan bayi yang masih belum sempurna.

kaedah menyediakan makanan bayi secara selamat

Bukan sahaja proses penyediaan makanan yang penting, malahan peralatan seperti sudu dan mangkuk yang digunakan untuk memberi bayi makan juga perlu dipastikan kebersihannya. Cara yang paling mudah adalah dengan mensteril sudu dan mangkuk tersebut dalam air yang sangat panas. Kemudian keringkan dengan tisu atau kain pengelap yang bersih sebelum digunakan.

Adakah dengan mensterilkan peralatan memberi bayi makan sudah memadai? Pastinya belum memadai kerana terdapat perkara lain yang harus ibu bapa berikan perhatian seperti:
  • membasuh tangan dengan bersih setiap kali anda ingin menyediakan makanan bayi
  • membasuh tangan bayi setiap kali sebelum bayi makan
  • menukar tuala dan kain pengelap dapur dengan kerap
  • mencuci kerusi bayi, bib dan tempat makan dengan air sabun yang panas
  • memanaskan makanan bayi sepenuhnya dan dibiarkan sejuk seketika sehingga suhu yang sesuai sebelum diberikan kepada bayi
  • pastikan makanan bayi tersebut betul-betul masak dan bukannya separuh masak dll.
bagaimana menyedaikan makanan bayi

Namun harus diingatkan, terdapat perkara yang harus ibu bapa ELAKKAN dalam penyediaan makanan bayi iaitu:
  • apabila makanan bayi sudah dinyahbekukan, jangan bekukan makanan itu semula. Dikhuatiri bakteria sudah membiak dalam makanan tersebut
  • elakkan memanaskan makanan bayi lebih daripada sekali. Sebab itu penting untuk ibu menyediakan makanan bayi yang segar lebih kerap dan sediakan dalam kuantiti yang bersesuaian supaya tidak berlaku pembaziran.

Ingin membeli produk Shaklee secara online?
Hanya klik ikon eSell di belah kanan blog ini.
order shaklee secara online

Ingin dapatkan produk Shaklee secara COD (cash on delivery)? 

Berminat menjana pendapat sebagai SID (Shaklee Independent Distributor)?
Pertanyaan serta penyertaan anda sangat dialu-alukan :)

------------------------------------------------------------ 
Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Hubungi saya di feeza.k@gmail.com atau 0133602633 untuk sebarang pertanyaan.

2 comments:

  1. Betul. Kena beri perhatian lebih bila buatkan makanan untuk si manja :)

    ReplyDelete
  2. Kita sebagai ibu harus memastikan kanak-kanak senantiasa mendapatkan cukup nutrisi dan vitamin mereka.....apabila anak ceria...ibu pun gembira

    ReplyDelete