Saturday 6 September 2014

Home » , » Tips Penyusuan Susu Ibu Secara Eksklusif

Tips Penyusuan Susu Ibu Secara Eksklusif

Ramai ibu yang bermasalah untuk melengkapkan 2 tahun penyusuan susu ibu secara eksklusif. Masalah lazim yang selalu ibu katakan adalah berpunca dari kekurangan susu ibu. Maka solusi cepat dan mudah yang ibu fikirkan adalah berikan bayi susu formula.

penyusuan susu ibu

Percaya tak kalau saya katakan bahawa setiap ibu pasti dapat bekalkan susu ibu yang secukupnya buat bayinya.

Ibu harus faham konsep demand dan supply dalam dunia penyusuan. Ini kerana penghasilan susu ibu sangat berkait rapat dengan demand dan supply tersebut.

Demand disini bermaksud permintaan dari hisapan bayi dan juga aktiviti mengepam yang ibu lakukan. Kenapa harus mengepam? Ini kerana kebanyakan ibu pada hari ini adalah wanita bekerjaya maka tidak seharian bersama bayinya untuk disusukan secara direct.

Manakala supply adalah susu ibu yang dihasilkan daripada aktiviti rangsangan tersebut (hisapan bayi dan mengepam). Semakin banyak demand maka semakin banyak juga supplynya.

Ibaratkan seperti paip dan air. Sememangnya kita tahu paip itu membekalkan air. Tapi selagi kita tidak pulas pilinya, mana mungkin air akan keluar dari paip itu bukan.

Analogi yang sama dalam penyusuan susu ibu ini. Jadi jika ibu nakkan susu ibu yang banyak untuk bayinya, susukanlah bayi dan pam payudara sekerap mungkin. Ini kerana aktiviti direct breastfeeding dan mengepam itu yang merangsang penghasilan susu ibu yang banyak.

Semakin kerap direct breastfeeding, semakin kerap mengepam, akan menghantar signal ke otak bahawa demand adalah tinggi. Maka otak akan berfikir perlu menghasilkan susu ibu (supply) yang lebih banyak.

Walaupun ada makanan untuk meningkatkan susu ibu, namun ibu tetap tak boleh abaikan konsep demand dan supply tersebut.

Semoga semua ibu berjaya melengkapkan penyusuan secara eksklusif selama 2 tahun.

BAGAIMANA ORDER PRODUK SHAKLEE?
Klik link ini --> http://bit.ly/1tTxPsD
Coppp!! Nak beli produk Shaklee dengan harga yang lebih murah?? Jom join ahli sekarang.
Mencari-cari bisnes untuk side income? Jom sertai kami.
------------------------------------------------------------ 
Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Hubungi saya di feeza.k@gmail.com atau 0133602633 untuk sebarang pertanyaan.

1 comment:

  1. perkongsian hebat ttg penyusuan..tq sis!

    jemput singgah blog saya..

    http://mommydarwisya.blogspot.com/2014/09/testimoni-mealshake-collagen-powder.html?m=1

    ReplyDelete