Thursday 9 October 2014

Home » » Resepi Makanan Bayi: Puri Avocado

Resepi Makanan Bayi: Puri Avocado

Majoriti mommies pada zaman sekarang bekerjaya, so faham-faham je lah kan setiap hari keluar rumah awal pagi balik rumah dah lewat petang. Walaupun bekerja, mommies tetap gigih menyediakan makan malam untuk family dengan air tangan sendiri.

Mommies semua mencari-cari resepi makanan untuk bayi yang mudah disediakan, tanpa perlukan masa yang lama tetapi pada masa yang sama berkhasiat?

Pernah makan avocado tak? Saya sukakan avocado ni, tapi hanya bila sudah dikisar menjadi ice blended. Letak susu sikit, coklat sikit...uish sedapnya. Actually tak tau pun macamana nak buatnya sebab selalu minum di kedai makan je...hehe. Tapi rasanya lemak-lemak gitu.


Avocado sangat berkhasiat kerana mengandungi protein, zat besi, fosforus, kalsium, sodium, potasium, vitamin A, vitamin C, naisin dan riboflavin. Dikatakan pengambilan avocado yang konsisten mampu merawat dan mencegah pelbagai penyakit daripada masalah penglihatan kepada penyakit jantung sehinggalah kepada masalah obesiti.

Sebenarnya paling mudah nak sediakan puri avocado sebagai makanan bayi. Caranya sangat mudah dan tidak remeh, dapat disiapkan dalam masa yang singkat.

Apa yang mommies perlukan hanyalah sebiji avocado yang masak. Nak beli banyak pun boleh tapi mommies lah yang kena habiskan sebab untuk 1 biji avocado tu boleh dibuat untuk 10 kali sesi makan bayi.

Kebiasaannya avocado yang dijual di pasaraya belum masak untuk dibuat puri. Tandanya adalah kulit avocado tersebut masih berwarna hijau dan keras. Jadi mommies perlu peram avocado tersebut sehingga masak terlebih dahulu dengan menyimpan avocado dalam bakul yang terdedah dengan udara pada suhu bilik. 

Pastikan avocado diletakkan di luar peti sejuk tidak melebihi 3 hari kerana jika diletakkan melebihi 3 hari kemungkinan besar avocado itu akan busuk. Keseluruhan kulit avocado yang berwarna perang dan lembik apabila ditekan menandakan ianya sudah masak. 

So bila dah avocado dah masak ranum, mommies boleh la mulakan membuat puri avocado untuk bayi. Isi avocado yang betul-betul masak adalah bertekstur lembut dan berkrim jadi sesuai diberikan kepada bayi. Mommies tak perlu risau kerana bayi memang sukakannya.


Cara-caranya:

  1. Potong avocado dan keluarkan isinya. Cara mengeluarkan isi avocado adalah dengan memotong dua buah avocado, keluarkan bijinya, kemudian hiris dengan pisau isi avocado sebelum scoop out isinya dengan menggunakan sudu.
  2. Masukkan isi avocado ke dalam mangkuk dan lecek dengan garpu sehingga betul-betul lumat.
  3. Letakkan isi avocado yang telah dilumatkan ke dalam ice tray dan diletakkan di bahagian freezer supaya tahan lama.
  4. Untuk diberikan kepada bayi, hanya keluarkan seketul avocado dari ice tray dan terus campurkannya ke dalam bubur bayi atau dipotong kecil.
  5. Suapkan potongan avocado atau bubur kepada bayi.


Mudah bukan? Selamat mencuba :)


Nak order produk Shaklee?

Mudah je, boleh order secara online dengan klik link di bawah:
sistem online shaklee

Ingin dapatkan produk Shaklee secara COD (cash on delivery)? 

Copp!! Nak dapatkan produk Shaklee dengan harga yang lebih murah? Jom daftar sebagai ahli.

Berminat menjana pendapat sebagai SID (Shaklee Independent Distributor)?
Pertanyaan serta penyertaan anda sangat dialu-alukan :)

------------------------------------------------------------ 
Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Hubungi saya di feeza.k@gmail.com atau 0133602633 untuk sebarang pertanyaan.

1 comment:

  1. saya sangat menggemari jus avocado...sekarang saya turunkan pulak kepada anak-anak saya......avocado adalah baik untuk kesihatan kita. Rasanya yang sedap dan menyelerakan apalagi di campur dengan susu dan coklat.

    ReplyDelete