Monday 8 September 2014

Home » , , » 4 Tabiat Punca Kegemukan

4 Tabiat Punca Kegemukan

Sebenarnya banyak lagi tabiat yang menyumbang kepada kegemukan ni. Tapi saya kongsikan 4 tabiat utama yang boleh menyebabkan kegemukan.

punca kegemukan

Tidur Terlalu Sedikit/Banyak


Hasil daripada kajian Wake Forest mendapati bahawa masalah tidur merupakan punca kegemukan yang utama. Seseorang yang tidur kurang daripada 5 jam akan meningkatkan risiko perut buncit sebanyak 2 setengah kali ganda. Manakala seseorang yang tidur melebihi 8 jam akan meningkatkan risiko sebanyak 3 kali ganda.

Maka, pastikan anda mengamalkan amalan tidur yang baik iaitu mendapatkan waktu tidur yang secukupnya iaitu sekurangnya 8 jam sehari.

Minuman Bergas


Kalau nak tau, minuman bergas ni mengandungi pemanis tiruan (gula) yang sangat tinggi. Berdasarkan kajian, seseorang yang minum 1 sehingga 2 tin minuman bergas sehari akan meningkatkan punca kegemukan sebanyak 33%. Para penyelidik membuat teori bahawa pemanis buatan akan meningkatkan lagi selera makan seseorang.

Daripada ambil minuman bergas yang sah-sah ada kandungan gula yang tinggi, lebih baik ambil Performance Drink Shaklee...sudah lah tak ada pemanis/perasa tiruan, banyak kebaikan pulak tu :)

Elak Waktu Makan


Berdasarkan kajian oleh Calorie Control Council, 17% rakyat Amerika bersetuju bahawa mereka mengelak waktu makan dengan tujuan untuk kurus. Sedangkan apa yang berlaku adalah sebaliknya, kerana perbuatan mengelak waktu makan ini akan melambatkan pergerakan metabolisma dan merangsang rasa lapar. Maka seseorang itu akan cenderung makan lebih banyak pada waktu makan yang seterusnya.

Tabiat makan yang elok adalah makan mengikut jadual atau waktu yang betul. Untuk memastikan perut tidak terlalu lapar dan apabila makan di waktu perut tidak terlalu lapar, jadi kuantiti makanan yang di ambil adalah sedikit. Bagi mereka yang jenis suka mengunyah (makan), seeloknya makan lebih kerap tapi pada kuantiti yang sedikit.

Makan Terlalu Cepat


Hasil daripada kajian Journal of the American Dietetic Association mendapati bahawa seseorang yang makan dengan cepat kebiasaannya akan makan secara berlebihan. Perut akan mengambil masa sekurang-kurangnya 20 minit untuk menghantar signal ke otak bahawa anda telah mendapat makanan yang secukupnya. Tapi jika anda makan terlalu cepat, kunyah dua tiga kali terus telan...tak sempat nak hantar signal pada otak. Sedar-sedar je anda sudah makan secara berlebihan.

Jadi, kunyahlah makanan secara perlahan-lahan. Sebagaimana dalam Islam sendiri menyarankan supaya mengunyah makanan sebanyak 40 kali sebelum ditelan. Kebaikan lain mengunyah makanan sebanyak 40 kali adalah makanan tersebut akan menjadi partikel yang sangat kecil yang mudah dihadam oleh perut dan menurunkan risiko perut buncit.

CARA ORDER PRODUK UNTUK ATASI PERUT BUNCIT
Klik link ini --> http://goo.gl/6SkG49

Nak beli produk Shaklee dengan harga yang lebih murah?? Jom join ahli sekarang.

Mencari-cari bisnes untuk side income? Jom sertai kami.

------------------------------------------------------------
Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Hubungi saya di feeza.k@gmail.com atau 0133602633 untuk sebarang pertanyaan.

1 comment:

  1. terima kasih atas perkongsiannya
    jemput blogwalking
    http://bit.ly/1uFUSPn

    ReplyDelete