Wednesday 24 September 2014

Home » , » Kesan Stress Kepada Susu Ibu

Kesan Stress Kepada Susu Ibu

kesan stress kepada susu ibu

Adakah benar stress mengganggu penghasilan susu badan? Ibu yang stress sememangnya memberi kesan kepada susu ibu. Walaupun masalah gangguan penghasilan ini hanya sementara, namun tetap dititik beratkan kerana jika dibiarkan akan terus mengganggu penghasilan susu ibu.

Kebanyakan ibu menyusu stress berpunca daripada kerisauan susu badan yang dihasilkan tidak mencukupi buat anaknya. Mungkin juga kerana kepenatan bekerja seharian, balik ke rumah harus uruskan rumahtangga pula, dan pada masa yang sama harus menyusukan bayinya.

Walauapapun sebab musabab stress yang ibu itu hadapi, ibu haruslah belajar untuk mengatasinya kerana stress sememangnya akan memberi kesan kepada penghasilan susu ibu.

Susu ibu dihasilkan mengikut permintaan (demand) daripada bayi, juga aktiviti mengepam payudara. Sekiranya ibu stress, kebarangkalian rutin penyusuan bayi juga jadual mengepam akan terjejas. Ini secara tidak langsung akan menjejaskan juga penghasilan susu badan. Masih ingat lagi kan entri saya berkenaan konsep penyusuan - supply vs demand?

Beberapa tips yang ingin saya kongsikan untuk para ibu mengatasi stress:

❤️ kuatkan semangat dan sentiasa tabah demi anak yang masih kecil dan sangat memerlukan susu ibu untuk tumbesaran yang sempurna. Ibu harus menyusukan bayi sekerap yang mungkin bagi memastikan penghasilan susu berkekalan.

❤️ jangan pendam stress dan sentiasa meluahkan perasaan dengan bercakap kepada orang yang terdekat seperti suami atau ahli keluarga.

❤️ mendapatkan sokongan serta bantuan daripada suami berkenaan urusan rumahtangga. Seeloknya suami isteri sama-sama memikul beban urusan rumahtangga.

❤️ sertai kumpulan/forum ibu menyusu atau sentiasa merujuk kepada pakar laktasi. Kurangnya ilmu penyusuan akan menyebabkan ibu sentiasa risau dan stress kalau-kalau susu yang dihasilkan tidak cukup.

Pengalaman menyusukan bayi sememangnya satu pengalaman yang sangat indah buat semua ibu di dunia. Jadi ibu haruslah lalui pengalaman itu dengan penuh gembira dan rasa syukur kerana berpeluang memberikan anak khasiat terbaik dengan susu ibu. 

Ibu yang sentiasa gembira akan merasa lebih tenang dan kurang stress. Hasilnya, penyusuan susu ibu akan berjalan lebih lancar dan mudah.

Ingin membeli produk Shaklee secara online?
Mudah saja, hanya klik link ini --> http://bit.ly/1tTxPSD  



Coppp!!! Nak beli produk Shaklee dengan harga yang lebih murah?? Jom join ahli sekarang.

Mencari-cari bisnes untuk side income? Jom sertai kami.

------------------------------------------------------------ 
Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Hubungi saya di feeza.k@gmail.com atau 0133602633 untuk sebarang pertanyaan.

1 comment:

  1. Terima kasih atas info yang sangat bermanfaat bagi saya ...

    ReplyDelete