Sunday 21 September 2014

Home » » Bagaimana Mengawal Diabetes

Bagaimana Mengawal Diabetes

Penyakit diabetes merupakan antara penyakit yang sehingga kini tidak boleh diubati. Namun begitu, penyakit ini boleh dikawal dan pesakit diabetes masih boleh menjalani kehidupan yang aktif dan sepenuhnya.

Penyakit diabetes lazimnya berlaku apabila insulin iaitu sejenis hormon yang dihasilkan di dalam pankreas tidak mencukupi atau sel-sel dalam badan tidak bertindak balas terhadap insulin.

Insulin ini adalah penting kerana berfungsi memindahkan glukosa dari saluran darah ke dalam sel-sel supaya ia boleh ditukarkan kepada tenaga. Sekiranya insulin di dalam darah tiada atau tidak mencukupi, glukosa tidak boleh diserap oleh sel-sel badan.

Penyakit diabetes boleh dikawal dengan rawatan perubatan. Namun begitu, pesakit sendiri boleh mengambil inisiatif sendiri untuk mengawal diabetes dengan:

>> mengamalkan tabiat makan yang seimbang dan sihat kerana pengambilan makanan yang terlalu sedikit akan mengakibatkan paras gula darah menjadi rendah. Manakala pengambilan makanan yang terlalu banyak akan mengakibatkan paras gula darah yang tinggi. Kedua-dua keadaan ini boleh membahayakan nyawa pesakit diabetes.

>> melakukan aktiviti fizikal yang kerap dapat membantu memperbaiki  tindak balas tubuh terhadap insulin. 

>> mengurangkan berat badan kerana ia memudahkan untuk mengawal glukosa disamping merendahkan risiko penyakit yang lain seperti kolesterol tinggi dan tekanan darah tinggi. 

Kesimpulannya, tabiat makan yang sihat, senaman yang kerap serta pengurusan berat badan ternyata dapat membantu memperbaiki keadaan pesakit diabetes.

Ingin tahu produk Shaklee untuk penyakit diabetes? Hubungi saya sekarang.

Ingin membeli produk Shaklee secara online?
Mudah saja, hanya klik link ini --> http://bit.ly/1tTxPSD  

Coppp!!! Nak beli produk Shaklee dengan harga yang lebih murah?? Jom join ahli sekarang.

Mencari-cari bisnes untuk side income? Jom sertai kami.

------------------------------------------------------------ 
Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Hubungi saya di feeza.k@gmail.com atau 0133602633 untuk sebarang pertanyaan.


No comments:

Post a Comment