Thursday, 25 September 2014

Tips Memikat Selera Makan Anak

Rata-rata ibu bapa menghadapi masalah si manja yang susah hendak makan kan. Bukan mudah sebenarnya untuk menyuruh seseorang makan, lebih-lebih lagi jika berkaitan dengan si manja. Ini kerana anak yang kecil bukan seperti orang dewasa yang sudah pandai menilai baik buruk sesuatu perbuatan.

tips-memikat-selera-makan-anak

Maka, kesabaran yang tinggi dari ibu bapa sangat diperlukan. Ibu bapa haruskan memainkan peranan bagi memastikan si anak menjamah makanan yang dihidangkan. Pastinya ibu bapa lebih arif bagaimana untuk menambat hati serta memujuk si anak.

Saya nak kongsikan beberapa tips juga trick untuk memikat selera makan anak:

Sediakan makanan yang berwarna-warni

Kanak-kanak mudah tertarik dengan sesuatu yang berwarna-warni, Jadi ibu bapa harus bijak menyediakan hidangan yang mempunyai warna yang ceria serta bentuk yang menarik minat anak,

Kreatif dalam masakan

Kanak-kanak kebiasaannya sangat cerewet dalam pemilihan makanannya. Jadi bagi anak yang sangat memilih makanan, ibu bapa harus memerhatikan minat serta kegemaran anak. Langkah seterusnya adalah dengan improvise resepi supaya dapat memasukkan bahan yang kurang digemari anak ke dalam hidangan yang digemari atau menarik minat anak untuk memakannya.

Hidang makanan dalam bentuk yang sesuai dan menarik  

Cara pemakanan kanak-kanak tidak sama seperti orang dewasa yang boleh makan hampir apa saja, dalam bentuk atau saiz yang bagaimana sekalipun. Ibu bapa harus bijak untuk menghidang makanan dalam bentuk yang lebih kecil dan mudah diambil oleh anak. Bahan-bahan yang digunakan dalam hidangan tersebut juga seeloknya dipotong kecil atau nipis bagi memudahkan anak untuk mengunyah.

Hidangkan buah-buahan dengan cara yang menarik

Ada sesetengah kanak-kanak yang tidak gemarkan makan buah. Jadi ibu bapa harus bijak mencampurkan beberapa buah-buahan yang berwarna menarik dan ceria supaya anak menjadi lebih seronok untuk makan.

Menjauhi televisyen sewaktu makan

Menjauhi televisyen sewaktu makan adalah tindakan yang wajar diamalkan untuk meningkatkan selera makan si anak. Ini kerana televisyen boleh mengalih tumpuan anak dari makanan dan lebih leka untuk menonton televisyen.

Sememangnya selera makan kanak-kanak tidak boleh diabaikan dan harus dititik beratkan. Ini kerana dalam usia kanak-kanaklah tumbesarannya bermula dan paling aktif. Maka seharusnya ibu bapa mengusahakan supaya si anak mendapat makanan terbaik untuk tumbesaran yang sempurna.

Ingin membeli produk Shaklee secara online?
Hanya klik ikon eSell di belah kanan blog ini.


order shaklee secara online


Berminat menjana pendapat sebagai SID (Shaklee Independent Distributor)?
Pertanyaan serta penyertaan anda sangat dialu-alukan :)

------------------------------------------------------------
Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Hubungi saya di feeza.k@gmail.com atau 0133602633 untuk sebarang pertanyaan.

Pengedar Shaklee Di Bangi-Kajang

Pening kepala nak dapatkan produk Shaklee di mana, dengan siapa atau bagaimana? Meh sini saya nak sampaikan berita baik buat warga Bangi dan Kajang. Kini anda tidak perlu lagi pening kepala macamana nak dapatkan produk Shaklee.

Saya adalah pengedar Shaklee yang sah bernombor ID 865562. Sekejap ye nak meng'expose'kan diri sekejap..hehe.



Saya menyediakan perkhidmatan penghantaran atau Cash On Delivery (COD) di kawasan sekitar Bangi, Kajang, SOGO Kuala Lumpur serta kawasan yang berhampiran. So anda tak perlu susah-susah fikir bagaimana cara mendapatkan produk Shaklee ni sebab saya berada berhampiran anda.

Sekiranya anda berada di luar kawasan penghantaran, jangan sedih dan risau kerana saya turut menyediakan penghantaran melalui Pos Laju, GDEX atau CityLink ke seluruh Malaysia. Pendek kata, walau di mana pun anda berada tetap boleh mendapatkan produk Shaklee daripada saya.

Kenapa kena beli produk Shaklee dengan saya?

  • Saya adalah pengguna produk Shaklee sejak tahun 2011 dan InsyaAllah akan kekal menjadi pengguna produk Shaklee sampai bila-bila. Ini kerana saya sangat yakin dengan produk Shaklee. Shaklee bukan setakat claim produknya berkesan, semulajadi dan selamat, tapi disahkan melalui ujian klinikal serta penyelidikan yang dijalankan.
  • Saya akan sedaya upaya mengutamakan para pelanggan saya. Saya ingin menjalankan bisnes Shaklee ini untuk jangka masa yang panjang dan berimpian menjadikannya bisnes keluarga yang boleh diwariskan. Jangan tak tahu di Shaklee sudah ada 5 generasi keluarga yang menjalankan bisnes Shaklee ni.
  • Saya menyediakan konsultasi secara percuma untuk pelanggan saya iaitu mereka yang membeli produk Shaklee dengan saya kerana konsultasi saya eksklusif buat para pelanggan saya sahaja.

Sekiranya anda ingin mendapatkan produk Shaklee daripada saya, jangan segan silu untuk menghubungi saya di: 

SMS/Whatsapp/Call: 0133602633
Emel: feeza.k@gmail.com
Facebook: Norhafizah Kamso
FB Page: sinarcahayamata.blogspot.com


Ingin membeli produk Shaklee secara online?
Hanya klik ikon eSell di belah kanan blog ini 




Berminat menjana pendapatan sebagai SID (Shaklee Independent Distributor)?
Pertanyaan serta penyertaan anda sangat dialu-alukan :)
JOM JANA PENDAPATAN DENGAN SHAKLEE

------------------------------------------------------------
Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Hubungi saya di feeza.k@gmail.com atau 0133602633 untuk sebarang pertanyaan.

Wednesday, 24 September 2014

Bagaimana Cara Mendapatkan Produk Shaklee

Anda ingin membeli produk Shaklee tapi masih tercari-cari di mana nak beli, dengan siapa nak beli, macamana cara nak beli. Untuk makluman anda semua, produk Shaklee hanya boleh didapati melalui Shaklee (home office, branch, eSell online system) dan SID (Shaklee Independent Distributor) sahaja. 

So jangan lah berharap nak jumpa di kedai farmasi ke, pasar-pasar malam ke, booth-booth di shopping mall ke sebabnya Shaklee tak benarkan. Dan kalau anda ada terjumpa juga dan masih nak membeli, berhati-hatilah atas sebarang kemungkinan. Mungkin tidak disertakan konsultasi, produk hampir tamat tempoh dan sebagainya.

Sebenarnya terdapat beberapa cara untuk anda mendapatkan produk Shaklee ni. Meh sini nak cerita sikit 😊

shaklee online system

❤️ Anda boleh membuat pembelian secara online melalui sistem eSell. Hanya klik gambar eSell di sebelah kanan blog ini dan anda akan dibawa ke website Shaklee untuk membuat pembelian. Penggunaan kad kredit/debit sahaja untuk pembelian secara online ini. Kemudian tunggu produk dihantar oleh CityLink/GDEX ke hadapan rumah anda.

❤️ Malas nak pening kepala buat order sendiri? Takpe...saya boleh membantu. Hubungi saya dan saya akan menerangkan langkah-langkah seterusnya dan menguruskan pembelian. Hanya tunggu produk sampai di depan pintu rumah je 😊

❤️ Taknak tunggu lama-lama dan nak produk urgent? Pun boleh...saya akan COD (cash on delivery) produk yang diminta secepat mungkin kepada anda. Saya adalah pengedar Shaklee yang sah di Kajang. COD hanya di sekitar Kajang, Bangi, Putrajaya jelah ye. Kalau diminta COD sampai ke Negeri Sembilan tak dapek nak menolong..hehe 😬

Kebiasaannya bagi customer yang jauh, saya akan menyarankan cara yang pertama atau yang kedua di atas. Yelah, atas faktor jarak...jadi agak payah kalau saya nak COD. Lebih cepat dan mudah sekiranya menggunakan perkhidmatan PosLaju atau courier service. 

Dan walau apa pun cara pembelian yang anda pilih, samada cara pertama, kedua atau ketiga, anda layak mendapatkan konsultasi secara percuma dari saya. 

Ingin membeli produk Shaklee secara online?
Mudah saja, hanya klik link ini --> http://bit.ly/1tTxPSD  

Coppp!!! Nak beli produk Shaklee dengan harga yang lebih murah?? Jom join ahli sekarang.

Mencari-cari bisnes untuk side income? Jom sertai kami.

------------------------------------------------------------ 
Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Hubungi saya di feeza.k@gmail.com atau 0133602633 untuk sebarang pertanyaan.

Kesan Stress Kepada Susu Ibu

kesan stress kepada susu ibu

Adakah benar stress mengganggu penghasilan susu badan? Ibu yang stress sememangnya memberi kesan kepada susu ibu. Walaupun masalah gangguan penghasilan ini hanya sementara, namun tetap dititik beratkan kerana jika dibiarkan akan terus mengganggu penghasilan susu ibu.

Kebanyakan ibu menyusu stress berpunca daripada kerisauan susu badan yang dihasilkan tidak mencukupi buat anaknya. Mungkin juga kerana kepenatan bekerja seharian, balik ke rumah harus uruskan rumahtangga pula, dan pada masa yang sama harus menyusukan bayinya.

Walauapapun sebab musabab stress yang ibu itu hadapi, ibu haruslah belajar untuk mengatasinya kerana stress sememangnya akan memberi kesan kepada penghasilan susu ibu.

Susu ibu dihasilkan mengikut permintaan (demand) daripada bayi, juga aktiviti mengepam payudara. Sekiranya ibu stress, kebarangkalian rutin penyusuan bayi juga jadual mengepam akan terjejas. Ini secara tidak langsung akan menjejaskan juga penghasilan susu badan. Masih ingat lagi kan entri saya berkenaan konsep penyusuan - supply vs demand?

Beberapa tips yang ingin saya kongsikan untuk para ibu mengatasi stress:

❤️ kuatkan semangat dan sentiasa tabah demi anak yang masih kecil dan sangat memerlukan susu ibu untuk tumbesaran yang sempurna. Ibu harus menyusukan bayi sekerap yang mungkin bagi memastikan penghasilan susu berkekalan.

❤️ jangan pendam stress dan sentiasa meluahkan perasaan dengan bercakap kepada orang yang terdekat seperti suami atau ahli keluarga.

❤️ mendapatkan sokongan serta bantuan daripada suami berkenaan urusan rumahtangga. Seeloknya suami isteri sama-sama memikul beban urusan rumahtangga.

❤️ sertai kumpulan/forum ibu menyusu atau sentiasa merujuk kepada pakar laktasi. Kurangnya ilmu penyusuan akan menyebabkan ibu sentiasa risau dan stress kalau-kalau susu yang dihasilkan tidak cukup.

Pengalaman menyusukan bayi sememangnya satu pengalaman yang sangat indah buat semua ibu di dunia. Jadi ibu haruslah lalui pengalaman itu dengan penuh gembira dan rasa syukur kerana berpeluang memberikan anak khasiat terbaik dengan susu ibu. 

Ibu yang sentiasa gembira akan merasa lebih tenang dan kurang stress. Hasilnya, penyusuan susu ibu akan berjalan lebih lancar dan mudah.

Ingin membeli produk Shaklee secara online?
Mudah saja, hanya klik link ini --> http://bit.ly/1tTxPSD  



Coppp!!! Nak beli produk Shaklee dengan harga yang lebih murah?? Jom join ahli sekarang.

Mencari-cari bisnes untuk side income? Jom sertai kami.

------------------------------------------------------------ 
Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Hubungi saya di feeza.k@gmail.com atau 0133602633 untuk sebarang pertanyaan.