Friday, 18 April 2014

Home » , , » Capai Financial Freedom Dengan Shaklee

Capai Financial Freedom Dengan Shaklee

15hb yang lepas kami dapat gaji Shaklee. Gaji atau dalam kata lainnya bonus Shaklee la :) Seronok yang amat sebab tengah2 bulan bonus Shaklee masuk, tiada lagi istilah sesak tengah bulan..tertunggu2 gaji kerja tetap dihujung bulan.

Pastinya anda tertanya2 kenapa saya yang dah ada kerja tetap turut buat bisnes Shaklee kan?

Sememangnya tak pernah terlintas dalam fikiran saya pada mulanya untuk join bisnes Shaklee ni..apatah lagi bila tau yang bisnes Shaklee ni juga MLM. Dan saya sememangnya anti MLM.
 
Pengalaman beberapa ahli keluarga yang terpaksa mengeluarkan modal beribu2 malah terpaksa membuat loan semata2 untuk memulakan bisnes membuatkan saya serik dan tidak berminat dengan mana2 perniagaan MLM.
 
Bukan saja terpaksa mengeluarkan modal yang banyak, malah rumah dipenuhi dengan lambakan produk yang tak terjual...kerana mereka tak pernah diajar untuk menjual produk tapi diajar untuk mencari ahli baru (downline). Baru saja register dah dipesan berkali2 untuk segera mencari downline.

Akhirnya modal yang dilaburkan untuk memulakan bisnes lebur begitu sahaja..sudah la tak dapat pulangan modal jauh sekali untung yang diharap2kan, tapi masih perlu menanggung hutang. Malah ada yang masih belum melangsaikan hutang tersebut sehingga kini. Bayangkan betapa besarnya modal yang diperlukan untuk memulakan bisnes MLM tersebut.

Perkenalan saya dengan bisnes Shaklee ni bermula daripada seorang rakan yang telah dahulu menyertai bisnes ni. Dek kerana pengalaman pahit ahli keluarga tersebut, saya juga mempunyai prespektif yang negatif terhadap bisnes Shaklee ini.

Namun apabila rakan menerangkan lebih lanjut, saya jadi tertarik kerana bisnes Shaklee tidak memerlukan modal yang besar pun...saya hanya bermula dengan membayar yuran pendaftaran sebagai ahli. Juga, kerana bonus yang kita akan dapat adalah berdasarkan jualan produk yang dibuat, bukan dari penajaan orang (downline).

Maka di sini sudah terang lagi bersuluh bahawa tiada istilah sistem piramid yang sangat sinonim dengan mana2 perniagaan MLM yang lain. Di Shaklee, downline boleh naik mengatasi rank uplinenya. Siapa yang rajin dan berusaha keras, dia akan dapat hasilnya.

Bermodalkan hanya RM75 yang saya bayar sebagai yuran keahlian dulu, kini saya mampu mendapat bonus sebanyak 4 angka bersama Shaklee. Bukan RM40, bukan juga RM400 tapi beribu pada setiap bulan.

Paling bermakna pada saya apabila dapat memberikan sebahagian daripada bonus Shaklee yang saya dapat kepada mak ayah dan lebihkan berzakat. Kalau dulu sebulan sekali pun payah nak berzakat sebab tak cukup.

Bonus Shaklee yang saya dapat pada tiap2 bulan itu juga lah yang saya gunakan untuk melangsaikan hutang kereta dan bil2 bulanan. Manakala duit gaji kerja tetap saya boleh digunakan untuk urusan yang lain.

Alhamdulillah saya sangat bersyukur dan gembira dengan pilihan saya untuk menyertai bisnes Shaklee ni.

Berminat menjadi ahli Shaklee? Saya boleh membantu :)

------------------------------------------------------------
Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Hubungi saya di feeza.k@gmail.com atau 0133602633 untuk sebarang pertanyaan.

No comments:

Post a Comment