Thursday, 13 November 2014

Puding Karamel Bajet

Semalam waktu lunch ada penjual datang buka meja jualan di kafe bangunan office. Ternampak puding karamel yang dijual buatkan terliur so belilah sebekas. Dah habis sebekas rasa macam tak cukup pulak, yelah saiz bekas dadih yang orang jual di pasar malam tu...kecil je pun. 

Memandangkan asyik teringat je puding karamel so malam ni juga gigih buat puding karamel. Nasib baik bahan-bahan yang diperlukan sememangnya ada di rumah.



Puding karamel yang saya buat ni paling bajet rasanya kot sebab tak perlukan bahan yang banyak. Resepi puding karamel paling simple dan mudah. Penyediaannya pun ringkas dan tak ambil masa yang lama.

Bahan-bahan
3 biji kuning telur
2 biji telur
1 tin susu
1 sudu teh esen vanila
7 sudu gula pasir
1/2 cawan air

Cara membuatnya
1) Masak gula sehingga perang, kemudian masukkan air. 
2) Masukkan gula dalam bekas untuk kukus puding. Biarkan gula sejuk. 
3) Panaskan susu dengan api sederhana sehingga berbuih kecil di tepinya, jangan sampai mendidih.
4) Masukkan telur dalam bekas lain dan kacau dengan esen vanila. Kemudian masukkan susu yang dipanaskan. Kacau rata.
5) Tuang dalam bekas yang ada gula tadi, tutup bekas tersebut dan kukus selama 45 minit.
6) Selepas masak, sejukkan sekejap pada suhu bilik sebelum keluarkan puding dari bekas pengukus. 

Hasilnya..

Puding ni sedap kalau makan sejuk-sejuk so simpan sekejap dalam peti ais sebelum makan. Tapi tadi tak dan nak simpan dalam peti ais dah ngap sepinggan..hehe.

Alamak makan puding malam-malam macam ni nak kena telan Lecithin dengan Alfalfa ni.


Nak order produk Shaklee?
Mudah je, boleh order secara online dengan klik link di bawah:
sistem online shaklee

Ingin dapatkan produk Shaklee secara COD (cash on delivery)? 

Copp!! Nak dapatkan produk Shaklee dengan harga yang lebih murah? Jom daftar sebagai ahli.

Berminat menjana pendapat sebagai SID (Shaklee Independent Distributor)?
Pertanyaan serta penyertaan anda sangat dialu-alukan :)

------------------------------------------------------------ 
Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Hubungi saya di feeza.k@gmail.com atau 0133602633 untuk sebarang pertanyaan.

Wednesday, 12 November 2014

Tips Pelajar Pintar Mengikut Dato' Dr. Hj. Mohd Fadzilah Kamsah

Tertarik dengan petikan motivasi oleh Dr. Hj. Mohd Fadzilah Kamsah (DMFK) tentang pelajar pintar cemerlang yang disiarkan di radio Sinar FM sejak semalam. Saya pasti ramai ibu bapa yang mencari-cari tips anak pintar dan cemerlang dalam pelajaran bukan. Jika tidak masakan ramai ibu bapa yang menghantar anaknya ke kelas tuisyen, kem pelajar pintar, kem motivasi dan sebagainya.


Saya kongsikan sedikit sebanyak key point yang dapat saya tangkap daripada petikan motivasi DMFK...combine key point dari petikan semalam dan hari ini :)

Tips Pelajar Pintar Mengikut Dr. Hj. Mohd Fadzilah Kamsah


Menurut DMFK, pelajar yang pintar dan cemerlang akan belajar dalam suasana yang kondusif atau dalam bahasa biasa sesuai dan selesa untuk belajar lah. Bermaksud, ibu bapa tidak seharusnya sekadar menekankan pembelajaran anak-anak saja tapi turut menitik beratkan suasana tempat/bilik belajar anak-anak.
  • Banyakkan warna hijau dan kuning, atau salah satunya dalam bilik belajar anak.
  • Sediakan cahaya yang terang dalam bilik belajar anak. Penggunaan lampu putih adalah digalakkan berbanding lampu dengan cahaya berwarna yang lain supaya mata anak tidak sakit membaca dalam cahaya yang suram.
  • Keadaan bilik yang hangat iaitu memadai dengan memasang kipas sahaja. Elakkan air cond kerana akan cenderung untuk santai-santai berehat dan tidur.
  • Suasana bilik yang senyap dan jauh dari kebisingan. Elakkan anak belajar sambil mendengar muzik kerana akan membuatkan otak keliru ingin menerima input yang mana (muzik atau ilmu).
  • Menggantung ayat-ayat Al-Quran pada dinding bilik belajar anak, boleh juga tulisan khat.
  • Meja dan kerusi belajar yang menghadap ke arah kiblat. Pada pendapat saya, menuntut ilmu juga satu ibadah maka disebabkan itu disarankan menghadap ke kiblat. Elakkan belajar sambil berbaring atau meniarap.
  • Jika tidak boleh alihkan meja dan kerusi ke arah kiblat, memadai menghadap ke arah tingkap supaya otak dapat lebih tenang dengan melihat pemandangan luar yang hijau seterusnya memudahkan menerima ilmu.

Tidak dinafikan makanan juga memainkan peranan dalam memastikan otak yang pintar. Omega adalah makanan untuk otak yang mengandungi DHA untuk otak yang bijak. Kekurangan DHA pada kanak-kanak juga akan menyebabkan kemuraman atau stress. Kiranya omega ni nutrisi wajib untuk kanak-kanak.

Pada usia anak kurang daripada 4 tahun adalah waktu otak anak-anak berkembang pesat di mana pada waktu itu, kemampuan otak anak sangat tinggi untuk menerima banyak input. Jadi pada waktu inilah ibu bapa harus berikan anak nutrisi terbaik sebanyak mungkin.

minyak ikan untuk otak bijak

Omega Guard Shaklee kaya dengan asid lemak omega 3 yang perlu iaitu EPA dan DHA. Jadi ibu bapa yang nak anak yang cerdas pintar cemerlang dalam pelajaran jangan lupa berikan anak Omega Guard Shaklee. Omega Guard membantu meningkatkan kecerdasan otak, membantu otak fokus terhadap pembelajaran dan lebih mudah mengingati apa yang dipelajari.

Promosi Omega Guard Shaklee sedang berlangsung. Hubungi saya untuk konsultansi lanjut secara percuma :)


BAGAIMANA ORDER PRODUK SHAKLEE
Mudah je, boleh order secara online dengan klik link di bawah:

Ingin dapatkan produk Shaklee secara COD (cash on delivery)? 

Copp!! Nak dapatkan produk Shaklee dengan harga yang lebih murah? Jom daftar sebagai ahli.

Berminat menjana pendapat sebagai SID (Shaklee Independent Distributor)?
Pertanyaan serta penyertaan anda sangat dialu-alukan :)

------------------------------------------------------------ 
Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Hubungi saya di feeza.k@gmail.com atau 0133602633 untuk sebarang pertanyaan.

Tuesday, 11 November 2014

10 Sebab Kenapa Patut Beri Meal Shakes Kepada Anak

Kenapa nutrisi penting masa awal usia kanak-kanak?


Perkembangan/tumbesaran kanak-kanak paling pesat berlaku pada beberapa tahun pertama usia kanak-kanak. Jadi pada waktu inilah masa yang paling penting dan kritikal untuk bekalkan anak dengan pemakanan yang berkhasiat dan lengkap nutrisi.

Namun bukan mudah nak pastikan anak dapat nutrisi yang secukupnya. Lebih-lebih lagi dengan keadaan zaman sekarang penuh dengan fast food, makanan sejuk beku dan bergoreng yang pastinya tidak bermanfaat buat anak.

Menambah kesulitan lagi bila anak jenis cerewet dan memilih makan. Jangankan nak makan sayur, makan buah-buahan pun liat. Sudah pastilah keperluan nutrisi anak tidak dapat dipenuhi.

Kalau anak jenis bukan cerewet makan, masalah kekangan masa pada ibu bapa pula. Tak sempat nak sediakan makanan yang berkhasiat buat anak sebab nak berkejar ke pejabat. Balik pejabat dah penat nak memasak. Sudahnya beri makan anak setakat beri makan saja. Tidak pasti samada cukup atau tidak nutrisi yang diperlukan.

Jadi penting ibu bapa cari solusi kepada masalah ni. Berikan anak supplement yang lengkap dengan nutrisi keperluan harian anak pastinya lebih baik daripada beri anak makan tapi masih tak dapat penuhi keperluan nutrisinya.

Supplement adalah makanan tambahan dan bukannya ubat. Jadi supplement ni bukan untuk anak yang sakit saja ye. Anak sihat pun kita boleh berikan supplement kerana ia bukan ubat. Tak macam ubat yang kita perlu beri pada anak yang sakit saja.

Shaklee ada 3 produk yang sangat diperlukan oleh kanak-kanak iaitu Meal Shakes, Omega Guard dan Lecithin. Tapi dalam entri kali ni saya akan fokus kepada Meal Shakes sahaja. Lagi dua tu kita buat entri lain pula la ye.

Ingin saya jelaskan bahawa Meal Shakes ni bukan pengganti makanan ye. Nama pun makanan tambahan maka Meal Shakes membantu mengisi kekurangan nutrisi dalam badan anak.


10 sebab kenapa patut beri anak meal shakes

10 Sebab Kenapa Meal Shakes Patut Diberi Kepada Kanak-Kanak


So kenapa ye ramai ibu yang dah memang beri anaknya Meal Shakes terus continue berikan Meal Shakes? Dan kenapa ibu yang belum berikan anaknya Meal Shakes patut mula berikan Meal Shakes?

Point utamanya adalah kepada kandungan Meal Shakes tu sendiri, pelbagai kebaikan yang Meal Shakes tawarkan untuk kanak-kanak.

1) Karbohidrat glisemik indeks rendah

Karbohidrat ini bekalkan tenaga untuk kanak-kanak supaya anak kekal bertenaga. Tenaga ni akan dilepaskan secara perlahan-lahan jadi anak tidaklah lemah lemau sepanjang hari. Bestnya Meal Shakes kerana mengandungi karbohidrat kategori indeks glisemik (G.I) rendah. So tak perlu risau bila ambil Meal Shakes ni takkan menggemukkan. Sebab itu juga kanak-kanak yang obesiti digalakkan ambil Meal Shakes kerana low G.I.

2) 9 asid amino

Asid amino penting untuk pertumbuhan dan pembaikan tisu badan. Memandangkan asid amino tidak boleh dihasilkan oleh badan dan hanya boleh didapati daripada makanan sahaja, memang sangat perlulah ambil Meal Shakes ni. Kekurangan asid amino boleh membantutkan pembentukan sel-sel baru dan menyebabkan keguguran rambut. Jadi sangat penting bekalkan anak-anak dengan Meal Shakes memandangkan pada waktu kanak-kanak lah pertumbuhan yang paling pesat.

3) Antioksidan (vitamin A, C, E)

Antioksidan yang terkandung dalam Meal Shakes adalah vitamin A, C dan E. Antioksidan mengelakkan radikal bebas dan seterusnya membantu mengekalkan kesihatan kulit dan perbaiki sel-sel badan. Hasilnya kulit sihat dan cantik, tidak terlalu sensitif sampaikan berparut hanya kerana digigit nyamuk contohnya.

4) Fiber

Oleh kerana ramai kanak-kanak yang cerewet dalam pemakanan, taknak makan sayur, taknak makan buah-buahan, masalah penghadaman dan sembelit seringkali berlaku. Dalam Meal Shakes ni ada fiber yang sangat membantu melawaskan. So tiada masalah penghadaman dan sembelit.

5) Vitamin B

Vitamin B meningkatkan fokus dan perhatian anak-anak serta memelihara sistem saraf. Jadi kalau ibu bapa ada anak-anak yang susah nak fokus memang perlu berikan Meal Shakes. Kalau anak susah nak fokus berkemungkinan akan bermasalah untuk belajar dan menerima ilmu dengan baik.

6) Sodium dan magnesium

Sodium dan magnesium membantu menyeimbangkan cecair dalam badan, jadi badan akan kurang rasa letih. Kanak-kanak memang aktif di sekolah, lebih-lebih lagi ada banyak aktiviti...dengan sukannya lagi. So lebih baik berikan anak Meal Shakes daripada dok beri 100 plus yang tinggi kandungan gulanya.

Selain daripada Meal Shakes, boleh juga berikan Performance Drink.

7) Vitamin C

Vitamin C memberi perlindungan antibodi kepada kanak-kanak. Fakta menarik tentang vitamin C adalah sebagai makanan darah putih yang bertanggungjawab melawan kuman. Sebab itulah dalam tv pun penuh iklan galakkan beri anak-anak vitamin C kan. Selain itu, vitamin C juga berperanan dalam kesihatan gusi, gigi serta kulit.

8) Vitamin A

Sayuran seperti lobak mengandungi vitamin A yang bagus untuk mata. Tapi susah nak pastikan anak makan lobak ni kan...lebih-lebih lagi yang jenis picky eater. So dengan berikan Meal Shakes ni tak perlu paksa anak makan lobak lagi.

9) Kalsium dan vitamin D

Masa kanak-kanak, kalsium sangat diperlukan untuk pertumbuhan. Kekurangan kalsium boleh menyebabkan ketinggian terbantut. Dan kalsium itu mesti didatangkan sekali dengan vitamin D dan magnesium. Vitamin D membantu serapan yang maksimum dan tulang yang mampat. Magnesium sebagai ejen pengangkut yang menghantar kalsium untuk diserap. Magnesium juga mengelakkan sembelit.

Produk lain Shaklee yang ada kalsium, vitamin D dan magnesium adalah Ostematrix.

10) Iron dan B12

Iron dan B12 penting untuk pembentukan sel darah merah. Sel darah merah mengangkut oksigen ke seluruh badan termasuk otak. Kekurangan iron akan menyebabkan anak kelihatan pucat dan lesu.

Bila anak sakit pastinya akan buatkan ibu bapa risau kan. Nak kerja pun hati tak senang. Jadi selagi boleh cegah haruslah cegah. Berikan anak makanan yang terbaik untuk kesihatan yang berpanjangan.

Hubungi saya untuk konsultasi lanjut secara percuma.



BAGAIMANA ORDER PRODUK SHAKLEE
Mudah je, boleh order secara online dengan klik link di bawah:

Ingin dapatkan produk Shaklee secara COD (cash on delivery)? 

Copp!! Nak dapatkan produk Shaklee dengan harga yang lebih murah? Jom daftar sebagai ahli.

Berminat menjana pendapat sebagai SID (Shaklee Independent Distributor)?
Pertanyaan serta penyertaan anda sangat dialu-alukan :)

------------------------------------------------------------ 
Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Hubungi saya di feeza.k@gmail.com atau 0133602633 untuk sebarang pertanyaan.

Friday, 7 November 2014

Homemade Sushi - Lazat Dan Ringkas

Hari ni cerita pasal masak-masak lagi la ye. Nak cerita tentang menu makan malam yang saya sediakan hari ni.

homemade sushi roll

Hehe...inilah menu makan malam hari ni. Ala-ala japanese malam ni makan sushi ye. Saya memang suka makan sushi, kecuali yang ada ikan salmon tak masak tu.

Sebenarnya tak susah nak buat sushi ni. Mudah dan ringkas saja. 

Bahan-bahan

Beras sushi / calrose rice
Seaweed
Timun
Crab stick
Telur dadar
Mayonis
Wasabi
Sedikit cuka
Sedikit gula
Garam secukup rasa
Bamboo mat

Cara-cara membuatnya

1) Masak nasi seperti biasa. 1 cawan beras : 2 cawan air. 

jenis beras sesuai untuk sushi

2) Sementara tunggu nasi masak, bancuhkan cuka, gula dan garam secukupnya mengikut kuantiti beras.

3) Apabila nasi masak, tuangkan bancuhan cuka, gula dan garam tadi. Kacau rata sementara nasi panas-panas.

nasi untuk sushi

4) Sementara tunggu nasi sejuk, hiris timun, telur dadar dan crab stick yang sudah dimasak terlebih dahulu secara memanjang.

ramuan sushi roll

5) Bentangkan bamboo mat, letak sekeping seaweed dan ratakan nasi di atasnya. Mampat-mampatkan nasi tersebut.

bamboo mat untuk sushi

6) Letak mayonis/wasabi atas nasi, kemudian susun timun, telur dan crab stick di tengah nasi.

kaedah menggulung sushi

7) Gulungkan semuanya sambil mampatkan dengan tangan.

sushi roll recipe

8) Hiris dan siap untuk dihidangkan. Nak makan dengan sos pencicah sushi boleh, makan macam tu saja pun boleh.

Alhamdulillah kenyang perut malam ni dengan sushi :)


BAGAIMANA ORDER PRODUK SHAKLEE
Mudah je, boleh order secara online dengan klik link di bawah:
sistem online shaklee

Ingin dapatkan produk Shaklee secara COD (cash on delivery)? 

Copp!! Nak dapatkan produk Shaklee dengan harga yang lebih murah? Jom daftar sebagai ahli.

Berminat menjana pendapat sebagai SID (Shaklee Independent Distributor)?
Pertanyaan serta penyertaan anda sangat dialu-alukan :)

------------------------------------------------------------ 
Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Hubungi saya di feeza.k@gmail.com atau 0133602633 untuk sebarang pertanyaan.