Thursday, 20 June 2013

Jana Pendapatan Sampingan Dengan Shaklee

Saya ingat lagi dulu masa zaman sekolah selalu saya berangan punyai empayar bisnes sendiri....wah dream big :) Tapi dek kerana sifat saya yang pemalu apatah lagi dengan orang yang tak dikenali, membantutkan niat saya untuk mulakan bisnes. 
 
Hari berganti hari, saya mula sibuk dengan urusan harian sampailah sedar tak sedar saya tamatkan zaman study di universiti. Tak lama lepas habis study, saya ditawarkan bekerja di sebuah syarikat utiliti di Malaysia. Alhamdulillah tawaran gaji yang agak lumayan pada masa tu dan saya tak ada masalah kewangan langsung. Saya juga pastikan tiap-tiap bulan saya beri mak duit belanja. Pada masa tu saya fikir, makan gaji pun okey jugak so cita-cita saya nak ada bisnes sendiri terus saya lupakan.
 
Biasalah bila dah mula kerja mestilah nak pakai kereta, handphone yang best, nak beli itu, nak beli ini...semuanya nak beli, semuanya nak pakai. Bila hujung bulan melambak-lambak surat bil yang datang. Bil telefon, bil broadband...tak termasuk loan kereta lagi. Duduk di bandar ni bergerak sikit pun dah kena bayar tol. So jadilah saya macam kebanyakan warga kota yang bekerja...bila tengah bulan mesti sengkek....tertunggu-tunggu gaji pada penghujung bulan. Dan pernah jadi juga saya tak mampu nak beri mak duit belanja macam yang selalu saya buat. Memang mak tak pernah minta tapi saya yang nak bagi. Sekurangnya mak boleh gunakan duit tu untuk beli apa yang mak suka.
 
Saya diperkenalkan kepada bisnes Shaklee oleh seorang officemate yang lebih dulu membuat bisnes ni. Sebenarnya niat asal saja je suka-suka nak dengar cerita. Tapi makin lama saya dengar saya jadi tertarik. Tertarik sebab:
  1. Tak perlukan modal ribu-ribu apatah lagi perlu buat loan dengan bank untuk mulakan bisnes.
  2. Tak perlu keluar cari customer. Semuanya dilakukan secara online. Bergolek-golek atas tilam pun masih boleh bisnes.
  3. Tak perlu head hunting (mencari downline) sepertimana tipikal bisnes MLM yang lain. Saya lebih diajar supaya mempersiapkan diri sendiri kerana bila diri sudah bersedia, downline akan datang sendiri...dan sememangnya itu yang saya buat dan itu jugalah yang terjadi!
  4. Bisnes berasaskan penjualan produk dan bukannya sistem piramid. So tak ada istilah downline kerja keras, upline goyang kaki.
  5. Tak perlu membeli stok produk yang banyak sekaligus. Selalu kan jadi bila join MLM bisnes je mesti kena beli stok banyak-banyak tanpa diajar pun cara nak menjual. Sudahnya barang tu berlonggok je bawah katil/dalam stor.
  6. Tak perlu mengorbankan waktu malam/hujung minggu untuk menghadiri kelas bisnes, segalanya dilakukan secara online di rumah atau di mana-mana sahaja, semuanya dihujung jari. Tapi bukan kelas di alam maya saja yang disediakan, kelas di alam realiti juga disediakan.
  7. Tak perlu meninggalkan family. Bisnes ni adalah mesra family. So boleh angkut anak beranak kalau nak join kelas di alam realiti sekalipun. En. suami pun digalakkan hadir sama ye.
  8. Tak perlu melepaskan kerja tetap, boleh bisnes secara sampingan.
  9. Mempunyai group bisnes EKSKLUSIF untuk menyokong, melatih juga berkongsi tips-tips berguna menjadi usahawan yang berjaya. Group yang sangat-sangat memberi inspirasi dan aura positif.
  10.  
shaklee
Shaklee di hatiku :)
 
coaching class
Selesai kelas bisnes, posing skit buat kenang-kenangan
 
bisnes mesra family
Bersama group besar bisnes...tengok, mesra family kan
 
Atas ciri-ciri inilah saya tertarik nak join bisnes ni. Pada bulan pertama saya mendapat bonus (berbentuk wang tunai) sebanyak 3 angka. Bonus ini dibayar pada setiap pertengahan bulan berikutnya. Dalam pada pertengahan bulan, dapat pulak bonus Shaklee. Siapa nak bagi kan.
 
Alhamdulillah kini saya mampu mendapat bonus sebanyak 4 angka dan sedang aim untuk mencapai bonus sebanyak 5 angka pula. Yang paling penting, sejak join bisnes ni saya perasan yang saya tak tertunggu-tunggu lagi gaji pada hujung bulan!
 
Pastinya ini adalah bisnes terbaik untuk saya. Dengan bermodalkan RM75 untuk pendaftaran sebagai ahli dan terus memulakan bisnes ni, saya sudah mampu mendapat bonus sebanyak 4 angka yang pastinya memberi makna besar bagi orang yang bergaji kecil macam saya ni.
 
Owh ye, ingin ketahui cara menjalankan bisnes tanpa modal? Jom hubungi saya untuk konsultasi.
 
------------------------------------------------------------
Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Hubungi saya di feeza.k@gmail.com atau 0133602633 untuk sebarang pertanyaan.

Tuesday, 18 June 2013

Aktor Terkenal Ashraf Muslim Sudah Amalkan Shaklee

Teruja tak dengan tajuk entry kali ni? Maunya tak teruja, aktor terkenal yang handsome dan sejuk mata memandang Ashraf Muslim sudah amalkan Shaklee! Nampaknya semakin hari Shaklee semakin glamer dikalangan selebriti. Sebelum ni sudah tersebar rahsia kecantikan Ayu Raudhah yang konsisten mengamalkan Vivix Shaklee...tengok ajelah muka Ayu Raudhah yang gebu berseri-seri tu, Mizz Nina mengamalkan Vitalea (multivitamin), Vitamin C, Zink Complex dan juga B-Complex, kemudian giliran Rita Rudaini pula memberi Mealshake untuk anak-anak kesayangannya, kini Ashraf Muslim juga sudah mula mengambil Shaklee.

Ashraf Muslim telah berkongsi cerita produk Shaklee yang mana menjadi pilihan hatinya dan apa benefits yang telah beliau dapat dengan mengamalkan Shaklee. 

Beliau memberitahu bahawa beliau mengamalkan Vitalea dan B Complex Shaklee. Sememangnya bagi mereka yang baru pertama kali ingin mengambil supplement, lebih-lebih lagi lelaki yang sudah sinonim tidak suka menelan supplement yang banyak, kedua vitamin ini adalah set yang paling basic untuk diambil.

Ashraf mengatakan bahawa semenjak beliau mengamalkan Vitalea, beliau rasa lebih bertenaga dan segar sepanjang hari. Manakala dengan mengambil B Complex pula, perjalanan darah beliau lebih lancar. Hasilnya, tengok saja wajah Ashraf yang handsome berseri-seri tu. Mak jatuh hati you :D

Nak tau apa lagi kata Ashraf tentang Shaklee, jom tengok video ni.
ashraf muslim amalkan shaklee
Klik disini untuk melihat: http://youtu.be/Fb6hLg7VG-Y
Owh ye, orang yang menemubual beliau juga bukan calang-calang, orang itu adalah Bapa Group Besar kami. Anda yang sudah join group kami telah membuat pilihan yang tepat! Sesiapa yang ingin join group kami juga sangat dialu-alukan. You are most welcome. Jom ketahui caranya.

Anda ingin mencuba vitamin Shaklee? Nak join ahli? Jom hubungi saya untuk konsultasi.
------------------------------------------------------------
Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Hubungi saya di feeza.k@gmail.com atau 0133602633 untuk sebarang pertanyaan.

Tuesday, 11 June 2013

Breastfeeding Set Untuk Ibu Menyusu Bertenaga, Anak Ceria

Lumrah bagi ibu ada perasaan ingin menyusukan anaknya. Pastinya menghabiskan 2 tahun penyusuan secara eksklusif dengan jayanya menjadi harapan ibu. Namun, tidak ramai yang dapat menjayakannya kerana ia memerlukan komitmen, ilmu penyusuan serta pengorbanan dari ibu.
 
Walaupun sekarang ada pelbagai produk milkbooster di pasaran, ibu tidak boleh hanya mengharapkan produk milkbooster ini sahaja untuk membuatkan susu ibu banyak. Makan sebiji dua selama beberapa hari kemudian bersenang lenang menunggu hasilnya tanpa berusaha. Ibu tidak boleh menafikan konsep demand - supply yang sangat penting dalam penyusuan susu ibu. Ini kerana milkbooster hanya membantu dan pastinya ibu harus mengepam dan direct feeding baby sekerapnya (demand) supaya susu ibu bertambah banyak (supply). Pendek kata, pengeluaran susu ibu berkadar langsung dengan permintaannya. Semakin banyak mengepam atau direct feeding baby, semakin banyaklah susu ibu yang terhasil. Sebab itulah pentingnya ibu ada ilmu penyusuan.
 
Sekiranya ibu sedang mencari-cari produk milkbooster terbaik untuk dicuba, saya sarankan ibu mencuba set menyusu yang terdiri daripada supplement Shaklee yang berkualiti tinggi. Set ini telah disusun bukan sahaja untuk membantu pengeluaran susu ibu malah memastikan tubuh badan ibu sihat. Ini kerana susu yang penuh nutrisi adalah susu ibu yang mengandungi kesemua khasiat pada tahap optimum dan ia hanya boleh diperoleh daripada tubuh yang sihat.
 
Secara logiknya, sewaktu hamil ibu makan pelbagai jenis supplement untuk menyokong perkembangan bayi. Jadi, apabila berada dalam fasa penyusuan, mengapa keperluan supplement ini diabaikan dan dianggap tidak penting sama sekali? Sama seperti ketika hamil, supplement turut penting untuk anda membesarkan si manja. Oleh yang demikian, ibu sangat memerlukan vitamin dan mineral tambahan dalam usaha menjayakan penyusuan eksklusif. Pemakanan yang sihat dan pelbagai mengikut piramid makanan yang digabungkan bersama supplement tetap perlu ibu pertimbangkan demi menjamin kesihatan diri dan bayi dalam tempoh jangka panjang.
 
Masih ingin diyakinkan? Jom baca testimoni ibu yang berjaya menambah pengeluaran susu dengan bantuan set menyusu Shaklee.
 
set menyusu shaklee
Testimoni diri sendiri :

Lagi 1 minggu nk nek keje.Alhamdulillah dpt kmpul stok sbyk nie. ini adlh ank kdua sye.mse anak first,ilmu BF trlalu cetek dan smpat BF 3 bln jek.ksian si abg.kli ini sye dh psg niat Insyallah nk BF adik hingga 2 thun jika d izinkan olehNYA.
Sye start amik SHAKLEE msE ari 1st pantang dan mle kumpul stock slpas 2 bln . dgn pam scra konsisten + vit SHAKLEE inilh hsilnya , Alhamdulillah dh trkmpul 150++oz stakat nie.
 
set menyusu shaklee
Sebenarnya ada banyak lagi testimoni berkenaan set menyusu Shaklee ni. Akan saya kongsikan lagi dari masa ke semasa yang akan datang. Kalau nak diletak semua dalam satu entry memang takkan habis sehari :)
 
Mahukah ibu berjaya seperti mereka? Boleh hubungi saya untuk maklumat lanjut atau dapatkan consultation sebelum membuat belian.
 
------------------------------------------------------------
Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Hubungi saya di feeza.k@gmail.com atau 0133602633 untuk sebarang pertanyaan.

Monday, 10 June 2013

CoQHealth Plus Untuk Jantung Lebih Sihat Bertenaga

Menurut Pertubuhan Kebangsaan Jantung Malaysia, penyakit kardiovaskular merupakan pembunuh no 1 di kalangan rakyat Malaysia dan 2x ganda lebih tinggi berbanding kematian berpunca daripada kanser. Dianggarkan  seorang daripada setiap tiga orang mati disebabkan penyakit kardiovaskular seperti penyakit jantung dan strok. 

Menakutkan kan? Atas kesedaran keperluan penjagaan kesihatan jantung, Shaklee semasa National Conference 2013 yang berlangsung di Sunway Hotel Resort & Spa pada 8 Jun yang lepas telah melancarkan satu produk baru khusus untuk kesihatan jantung iaitu CoQHealth Plus. 
produk kesihatan jantung

CoQHealth Plus
mengandungi kesemua perubatan semulajadi daripada campuran 28mg zat makanan larut lemak yang hadir secara semulajadi di dalam tubuh badan (CoQ10) beserta Vitamin E dan ekstrak teh hijau. Produk ini didatangkan di dalam bentuk kapsul dengan bantuan minyak kacang soya bagi memastikan penguraian serta penyerapan yang maksimum dalam sistem tubuh badan ketika diambil.

Kebaikan CoQHealth Plus

  • Menyokong penghasilan tenaga bagi jantung
  • Meningkatkan peredaran darah
  • Membantu menambah dan mengekalkan paras CoQ10 di dalam darah
  • Menggalak dan melindungi arteri sihat terhadap pengoksidaan LDL

Keistimewaan CoQHealth Plus Berbanding Produk Kesihatan Jantung Yang Lain

  • Untuk mendapatkan jumlah yang setara dengan 28mg CoQ10 di dalam CoQHealth Plus, anda perlu memakan hampir 1.7kg ayam atau 28 cawan brokoli.. Mak aii banyaknya? Mampu ke makan banyak tu?
  • Kombinasi CoQ10 dan Vitamin E untuk mengukuhkan keupayaan antioksidan yang terdapat di dalam Vitamin E kerana CoQ10 membantu mengitar dan menjana semula Vitamin E untuk memberikan perlindungan antioksidan berterusan terhadap sel-sel tubuh
  • Ekstrak teh hijau mengandungi procyanidins yang telah ditemui dapat membantu menyokong kesihatan lapisan tisu antara kapilari darah dan jantung (endothellum)
  • CoQ10 berasal daripada sumber semulajadi melalui kaedah penapaian yis. Bahan mentahnya merupakan satu-satunya CoQ10 semulajadi daripada yis yang ditapai yang terdapat pada masa kini, yang sumbernya telah diuji dan diyakini ramai secara meluas mempunyai kualiti yang tinggi dalam sumber bioketersediaan CoQ10 nya
  • Tanpa Gluten.
*sumber: www.shaklee.com.my

Nampaknya ini supplement wajib untuk kaum lelaki terutamanya. Anda sayangkan suami, ayah anda? Harus dapatkan CoQHealth Plus sekarang!

------------------------------------------------------------
Saya adalah wakil Shaklee anda untuk  penghantaran serata Malaysia. Hubungi saya di feeza.k@gmail.com atau 0133602633 untuk sebarang pertanyaan.