Tuesday, 5 March 2013

Home » , , » Teknik Penyusuan Susu Ibu Yang Betul

Teknik Penyusuan Susu Ibu Yang Betul

Untuk memastikan kejayaan penyusuan susu ibu, bayi perlu diletakkan dengan betul ke payu dara ibu. Biasanya, posisi dan cara meletakkan bayi ke payu dara datang secara semulajadi tetapi terdapat ibu dan bayi yang memerlukan masa dan latihan. Untuk melakukan dengan betul berikut adalah langkah - langkah yang boleh membantu:
  • Posisi
  • Pelekapan
  • Tanda-tanda pelekapan yang salah
  • Penilaian samada bayi menyusu dengan baik
 

Posisi

  1. Pegang bayi rapat ke arah badan dan payu dara ibu.
  2. Pastikan kepala dan badan bayi lurus.
  3. Ampu bahagian belakang dan punggung bayi dengan kemas.
  4. Anda boleh memegangnya dengan berbagai cara asalkan anda merasa selesa.


 

Duduk dan letakkan satu atau dua bantal untuk mengampu bayi anda
 
Baring mengiring dan bayi menghala kepada ibu. (Berhati - hati tidak tertidur dalam posisi ini untuk elak bayi lemas)
 
 
 

Pelekapan

Rapatkan bayi ke payu dara (bukan payu dara ke bayi). Rapatkan seluruh badan bayi ke dada bukan hanya bahagian kepala. Pastikan seluruh bahagian tampok hitam (areola) masuk ke dalam mulut bayi.
Anda boleh membantu bayi melekap dengan memegang payu dara dengan tangan. Pastikan ibu jari jauh dari areola dan tidak menekan payu dara.

 

Tanda-tanda pelekapan yang salah

Jika penyusuan berjalan lancar, puting ibu tidak mudah cedera kerana puting berada jauh ke dalam mulut bayi. Kebanyakan masalah yang dialami ibu adalah kerana posisi dan cara pelekapan yang tidak betul. Berikut adalah tanda - tanda pelekapan yang tidak betul dan boleh mengakibatkan masalah semasa penyusuan:
  • Puting kelihatan leper semasa dikeluarkan dari mulut bayi selepas penyusuan.
  • Rasa sakit di puting semasa dan selepas penyusuan.
  • Payu dara mungkin bengkak.
  • Susu tidak dikeluarkan dengan berkesan.
Gambar menunjukkan bayi yang tidak melekap dengan betul. Ini boleh mengakibatkan masalah seperti kebengkakkan payu dara dan puting melecet.

 

Penilaian samada bayi menyusu dengan betul

Gambar ini menunjukkan bayi menyusu dengan cara yang betul
  • Mulut bayi terbuka luas.
  • Dagu bayi menyentuh payu dara.
  • Bibir bawah bayi bergulung keluar.
  • Hidung bayi terletak pada payu dara dan bayi boleh bernafas.
  • Bayi menghisap, berhenti sejenak dan menghisap semula. Hisapan secara perlahan dan dalam.
  • Ibu boleh mendengar bunyi bayi menelan susu.

Gambar menujukkan apa yang berlaku di dalam mulut bayi ketika penyusuan jika bayi melekap dengan betul.

Petunjuk:
  1. Puting
  2. Areola dan tisu payu dara dengan duktus susu dibahagian bawah areola.
  3. Lidah bayi
  4. Payu dara
  5. Tekak bayi
 
credit to http://pmr.penerangan.gov.my
------------------------------------------------------------
Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Hubungi saya di feeza.k@gmail.com atau 0133602633 untuk sebarang pertanyaan.

2 comments:

  1. tq.. artikel yang menarik.. tips yang saya dapat dari kawan (nurse) ialah teknik latching yang betul apabila tangan membentuk huruf U(tangan bentuk U support breast dari bawah), bukan V atau gunting (dari tepi guna jari)wallahualam..

    http://kabinetvitamin.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. Salam ziarah..

    Teknik cara V atau gunting sebenarnya digunakan ketika Let Down Reflex (LDR) dimana susu keluar dengan laju. ade sesetengan bayi yang tidak tahan degan kelajuan (sampai tercungap2) pengeluaran susu ibu dari breast. Maka teknik V perlu digunakan bagi mengurangkan tahap kelajuan susu. ;)

    http://sweetmom83.blogspot.com

    ReplyDelete