Tuesday, 11 September 2012

Home » » Memperkenalkan Makanan Pertama Pada Bayi

Memperkenalkan Makanan Pertama Pada Bayi

Memperkenalkan Makanan Pertama Pada Bayi

solid food
Memperkenalkan makanan pertama pada bayi mungkin sukar terutama bagi ibu-ibu baru. Bila nak mula mungkin sudah ramai yang tahu tetapi hendak mulakan dengan makanan apa yang paling sesuai?

Jangan terlalu ghairah hendak mempelbagaikan jenis-jenis makanan pada bayi. Mulakan dengan 'cereal' atau puree buah seperti pear, pisang, sweet potato atau avocado. Tunggu sehingga beberapa hari seeloknya 4 hari sebelum memperkenalkan makanan baru pada si manja anda. Contohnya hari ini buat puree pisang, tunggu lagi 4 hari barulah tukar menu lain pula seperti puree avocado pula.

Ini kerana dengan menunggu beberapa hari, kita boleh melihat samada makanan tersebut sesuai dengan bayi, samada bayi mengalami alahan pada makanan tersebut atau tidak. Atau bayi mengalami cirit kerana makanan tersebut. Jika bayi tiada masalah, boleh teruskan dengan memperkenalkan makanan baru padanya.

Setelah beberapa bulan bayi sudah boleh menerima solid food, tawarkan bayi pelbagai makanan dalam sehari yang mengandungi:
* Susu badan
* Daging
* Cereal
* Buah-buahan
* Sayur-sayuran
* Telur dan ikan

Selain itu apa yang ibu-ibu mesti berwaspada:

Gula Dan Garam

Jangan berikan bayi anda terlampau banyak gula dan garam. Ini boleh beri kesan pada bayi mungkin giginya akan cepat rosak. Juga elakkan menambah sebarang penambah perisa kerana anda yang rasa sedap, bayi anda boleh je telan walau tanpa perasa bagai.

Elakkan Tercekik

Jangan bagi bayi anda makanan-makanan ini:
* Hot dog yang tidak dipotong
* Buah-buahan yang tidak dipotong kecil atau tidak dicincang halus
* Kekacang
* Marshmallow
* Pop Corn

Sememangnya saat memberi makanan pada si kecil satu pengalaman yang sukar dilupakan. Mengenangkan betapa comot si kecil makan, buatkan hati ibu puas dan gembira.

credit to sayangmama
------------------------------------------------------------
Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Hubungi saya di feeza.k@gmail.com atau 0133602633 untuk sebarang pertanyaan.

No comments:

Post a Comment