Tuesday, 7 August 2012

Home » » MITOS VAKSIN

MITOS VAKSIN

MITOS VAKSIN

Mitos 1: Injeksi Vaksin Tidak Begitu Berkesan

Fakta sebenar: Vaksin kanak kanak sebenarnya boleh melindungi mereka dari pelbagai penyakit serius seperti diphtheria, campak, jangkitan otak, tetanus dan banyak lagi. Anda mungkin tidak mengenali penyakit sebegini kerana ia sangat jarang berlaku dan itu juga bermakna polisi pemberian vaksin yang rutin memang berkesan menghalang kejadian jangkitan merbahaya ini. Apabila kadar immunisasi menjadi rendah, penyakit yang boleh dihalang vaksin akan berleluasa dan kanak kanak dan bayilah yang selalunya akan menjadi mangsa.


Mitos 2: Kesan Sampingan Vaksin Sangat Serius

Fakta sebenar: Setiap vaksin mempunyai kesan sampingan. Selalunya ia lebih kepada kesan yang ringan seperti demam, sengal badan, kemerahan dan bengkak pada tempat suntikan. Ada juga yang menyebabkan sakit kepala ,pening, keletihan dan kekurangan tenaga. Jarang jarang, suntikan vaksin memberikan alahan yang teruk dan kekejangan saraf. Walaupun ada kesan sampingan nampak serius, ia sebenarnya sangat jarang terjadi dan berlaku pada segelintir kanak kanak yang tidak bernasib baik sahaja. Vaksin sebenarnya sangat selamat berbanding dengan penyakit yang cuba di halang oleh suntikan vaksin tersebut. Bercerita dengan doktor sekiranya anda rasa anak anda mungkin alah terhadap vaksin kerana dos seterusnya mungkin tidak akan diberikan.

Mitos 3: Vaksin Menyebabkan Autism

Fakta sebenar: Memang terdapat kontroversi dan debat berleluasa tentang kenyataan diatas, tetapi setakat ini kajian saintis masih belum menjumpai kaitan yang jelas diantara autism dan vaksin. Walaupun tanda autism kerap menjelma pada masa sama dengan suntikan vaksin seperti measles, mumps and rubella (MMR), ia lebih kelihatan seperti kebetulan sahaja.

Mitos 4: Vaksin Diberikan Terlalu Awal

Fakta sebenar: Vaksin kanak-kanak memberikan perlindungan terhadap banyak penyakit serius selalunya terjadi pada peringkat bayi lagi dimana risiko yang bakal dihadapi akibat penyakit ini lebih teruk dari peringkat usia yang lebih tua. Sekiranya anda bercadang untuk memberikan vaksin semasa bayi sudah besar, ia mungkin sudah terlalu lewat atau anda tidak dapat memanfaatkan sepenuhnya kebaikan dari hasil suntikan vaksin tersebut.

Mitos 5: Tidak Mengapa Kalau Bayi Saya Disuntik Sesetengah Vaksin Sahaja

Fakta sebenar: Secara umumnya, ia bukan sesuatu yang patut diamalkan. Ketiadaan vaksin mendedahkah bayi anda kepada penyakit yang boleh membawa kesan serius. Fikirkan tentang bayi yang gagal mendapatkan suntikan vaksin sebabkan masalah perubatan dan alahan. Satu satunya perlindungan yang mereka ada cuma ialah kesan imunisasi (dari pemberian vaksin juga) dikalangan mereka yang menjaga bayi tersebut seperti ibubapa, kaum keluarga dan kawan. Sekiranya anda masih merasa sangsi tentang pemberian vaksin ini, jumpa doktor bayi anda untuk keterangan lanjut.

------------------------------------------------------------
Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Hubungi saya di feeza.k@gmail.com atau 0133602633 untuk sebarang pertanyaan.

No comments:

Post a Comment