Sunday, 16 October 2011

Home » , » Alfalfa Sebagai Milkbooster

Alfalfa Sebagai Milkbooster

Alfalfa Sebagai Milkbooster

بسم الله الرحمن الرحيم

Baru-baru ini seorang kenalan saya bertanyakan tentang alfalfa..Persoalan dari nya, bolehkan hanya mengambil alfalfa sahaja? Yup...boleh..Alfalfa tu kan penggalak susu. Kalau kawan-kawan konsisten mengambil alfalfa memang production susu akan bertambah.

Namun harus di ingat 3 point penting ni harus diikuti:
1. Sesi perahan yang konsisten-jgn malas2 okay..
2. Minum 3L air sehari-Banyak?Mmg la bnyk..Tapi jgn la minum sekaligus 3L tu..skit2 lama2 abis la 3L :)
3. DOA yang berterusan-ohh ini penting tau.Rezeki tu kan datang dari ALLAH.




Namun demikian, ada risikonya sekiranya kawan-kawan makan alfalfa sahaja. Antaranya:
  • merasa keletihan yang melampau
  • moody
  • mudah mengantuk
  • dingin seks

Kenapa? Kerana kawan-kawan telah memaksa tubuh kawan-kawan untuk bekerja menghasilkan susu dengan sebanyak-banyaknya, tanpa mengira keadaan tubuh samada mampu ataupun tidak. Kesannya adalah seperti di atas, malah lebih teruk, bila susu dan banyak, kawan-kawan sendiri tidak mampu untuk mengosongkan breast seperti sepatutnya - menjurus kepada masalah clog duct/ susu tersumbat.Erg..takut..

Letih, penat, mengantuk, moody sebab badan bekerja dengan teruk. Melainkan kawan-kawan memang mengamalkan diet sihat dan seimbang. Makan cukup 3 kali sehari minima (sebab ibu menyusu ni banyak guna tenaga ye.. so, jangan nak skip makan or nak diet teruk-teruk).

Sebab itulah dicadangkan pengambilan alfalfa ini bersama-sama dengan vitamin-vitamin yang lain supaya tubuh kita dapat maintain sihat dan cergas, dan dapat menghasilkan susu dengan lebih mudah. Rata2 ibu2 yang mengamalkannya mengatakan susu mudah terhasil, badan rasa cergas sihat, kurang moody - lebih ceria, kurang mengantuk (ramai customer saya claim diorang dah okey stayup malam since makan suplemen ni) dan yang penting, kita mampu menjalankan tanggungjawab sebagai ibu dan isteri (jangan lupa kat en hubby tu!)-hikhikhikhik...
Credit to Hadha

Apa vitamin yang disyorkan dan fungsinya?

a) Vita-Lea Iron Formula/multivitamin
Dilengkapi dengan kesemua vitamin beserta zat besi. Kebiasaannya, sekitar usia anak mencecah 6 bulan, kita di syorkan untuk memperbanyakkan sumber zat besi ke dalam makanan anak...contoh terbaik ialah ikan bilis dan bagi ibu menyusu multivitamin atau nama lain vitalea telah di lengkapi dengan iron bagi membantu pembesaran anak dengan lebih baik lg...Ada sesetengah doktor menasihatkan agar ibu yang menyusu perlu memastikan pengambilan zat besi dalam menu harian agar
si ibu tidak mudah pitam atau pening selepas memerah mahupun menyusukan anak. Zat besi sangat penting dalam pembentukan sel darah merah. Walaubagaimanapun multivitamin beserta formula zat besi ini tidak disarankan diambil dengan minuman susu kerana ianya akan mengurangkan efisiensi penyerapan zat besi oleh badan.

b) B Complex
Sangat penting dalam membantu memetabolismekan karbohidrat, lemak & protein, Anti stress (sebagai penenang), Membantu meninggikan sistem pertahanan badan, menukarkan makanan(glukos) kepada tenaga dan
membantu ibu2 berfikiran positif sentiasa(mood baik..)...so, bila kurangnya stress dan mood happy, secara automatik penghasilan susu akan lebih lancar. Pengambilan pil perancang memerlukan pengambilan b complex yang konsisten kerana pengambilan pil perancang memusnahkan zat vitamin B yang sedia ada di dalam badan si ibu. Vitamin B juga dapat melahirkan wajah ibu yang cantikberseri dan tidak kusam. Oh....i loike Vitamin B.

c) Vitamin C
Sangat penting untuk menjaga salur darah, sebagai antioksidan dan membantu meningkatkan antibodi ibu dan pengambilan Vitamin C membantu meningkatkan kandungan antibodi di dalam susuibu untuk anak yang sedang menyusu. So, sekiranya anda atau baby demam, cuma tingkatkan pengambilan vit c ke 2 biji sehari ...dan bagi ibu2 yg menghadapi puting melecet/luka/berdarah,insya allah akan mudah sembuh...satu lg
kesannya kulit ibu dan bayi makin bersih, cerah & cantik. Vitamin C membantu pembentukan kolagen dengan lebih baik.

d) Alfalfa
Merupakan supplement penting utk boost penghasilan susu kerana mempunyai 1001 khasiat. Turut membantu dalam memekatkan susu dan menjadikan susu ibu lebih lemak berkrim.Namun pengambilan dan keberkesanan pada setiap ibu adalah berbeza. Ada yang hanya mengambil 2 biji sehari telah mempercepatkan proses penghasilan susu sehingga mengalami bengkak susu namun tidak kurang juga yang memerlukan 4 atau 6 biji sehari bagi membantu badan stimulate untuk menghasilkan susu dengan lebih cepat. Ianya bergantung kepada keperluan badan si ibu.Turut membantu perkumuhan (lebih lawas)dan membuang angin dalam badan...secara automatik kesan baik pd bayi..susah nak kena kembung.

Bagi yang tidak menyusukan bayi, Alfalfa yang dikenali sebagai raja tumbuh2an ini mempunyai banyak khasiat kesihatan. Ianya dikatakan banyak membantu meningkatkan kelancaran proses perkumuhan dan bagus untuk buah pinggang. Ianya juga adalah dalam kategori fiber dan mengenyangkan. Pengambilan Alfalfa memerlukan pengambilan air yang seimbang dengan pengambilan kuantiti alfalfa. The more we take the more we have to drink. Walaupun alfalfa dikenali sebagai tumbuhan yang kaya dengan micro nutrient namun ia tidak mempunyai sukatan khas yang memenuhi keperluan badan kita.

Maka si ibu punya pilihan iaitu
1. Hanya memastikan susu terhasil dengan banyak tanpa mengira kepentingan kesihatan di si ibu itu sendiri. Si ibu hanya concern on quantity....
ATAU

2. Mengambil vitamin yang seimbang dengan keperluan ibu supaya ceria dan bertenaga disamping menghasilkan susu dengan lebih baik dan mengkayakan nutrisi dalam susuibu. Si ibu concern on quality and later thought about quantity

Jika masih ada yang bertanya, do i need supplement? Jawapannya terletak pada diri kita kerana hanya kita sahaja yang tahu our own life style.Mungkin ada orang kata dia tak perlu sebab belakang rumahnya adalah kebun sayur-sayuran, ada kebun buah-buahan yang bersih dari semburan racun, ada reban ternak ayam dan itik maka tak makan ayam injectdan dapat makan telur ayam kampung bila-bila masa...so tak perlu supplement memang betul :)

Credit to Kak N


------------------------------------------------------------
Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Hubungi saya di feeza.k@gmail.com atau 0133602633 untuk sebarang pertanyaan.












No comments:

Post a Comment