Saturday, 2 July 2011

Home » » Masalah dan Cabaran Penyusuan

Masalah dan Cabaran Penyusuan

Masalah dan Cabaran Penyusuan

Dalam zaman yang serba moden, kebanyakan ibu-ibu yang bekerjaya. Dan kebanyakan ibu-ibu ini mengambil jalan mudah menggantikan susu ibu dengan susu formula atas masalah kekangan masa. Selain dari masalah kekangan masa, terdapat masalah dan cabaran lain yang menyebabkan ibu-ibu ini memberi susu formula di atas. Antara masalah dan cabaran penyusuan susu ibu adalah:
  1. Puting melecet (Cracked Nipple). Puting melecet seringkali terjadi kepada ibu-ibu yang menyusukan bayinya. Kulit puting tersebut akan tertanggal dan adakalanya lapisan luar puting menggelembung, namun akan tertanggal apabila kering. Cara untuk mengatasi masalah ini ialah dengan pemakaian nipple shield.
  1. Flat Nipple. Ada antara golongan wanita yang mempunyai flat nipple dan kadangkala terdapat kes dimana hanya sebelah breast sahaja yang mengalami flat nipple. Hal ini selalunya mendatang masalah kepada golongan ibu dimana bayi enggan menghisap breast tersebut. Untuk mengatasi masalah ini, kaum ibu disarankan mengepam breast bermasalah tersebut kerana tindakan mengepam itu akan membentuk nipple dan hasilnya tiada lagi flat nipple. Kaum ibu juga digalakkan memakai Nipple Former seawal kandungan 5 bulan bagi mengelakkan tiada masalah flat nipple kerana kebanyakan ibu-ibu tidak menyedari masalah flat nipple yang dialami sehinggalah tiba waktu untuk menyusukan bayi.

  1. Baby macam tak kenyang. Terdapat kes dimana bayi sentiasa mahu menyusu dengan ibunya hampir sepanjang waktu namun apabila ditimbang pertambahan beratnya tidak memberangsangkan. Ini terjadi kerana bayi tersebut hanya mendapat foremilk dan tidak mendapat hindmilk semasa menyusu. Foremilk ialah susu yang keluar pada awal-awal pemerahan/penyusuan dan bertindak sebagai air yang menghilangkan dahaga. Manakala hindmilk ialah susu yang keluar apabila breast sudah hampir kosong. Hindmilk inilah yang dikatakan sebagai nasi yang mengenyangkan.
Kiri = Foremilk. Kanan = Hindmilk.

Bagi bayi yang kekurangan hindmilk, bayi tersebut akan terencat tumbesarannya. Oleh yang demikian, amat penting kaum ibu memastikan bayi mereka mendapat foremilk dan hindmilk yang mencukupi.

Walau apapun masalah dan cabaran dalam penyusuan bayi, golongan ibu adalah disarankan menyusukan bayi mereka. Ini kerana susu ibu adalah nutrien yang terbaik dan unik untuk bayinya.


p/s: Kepada ibu-ibu yang setia menyusukan bayi mereka, syabas dan tahniah diucapkan. Semoga dipermudahkan dalam segala urusan ini J

------------------------------------------------------------
Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Hubungi saya di feeza.k@gmail.com atau 0133602633 untuk sebarang pertanyaan.

No comments:

Post a Comment