Thursday, 14 March 2013

Tips Kurus Selepas Bersalin

Semasa mengandung happy gembira, makan tidak berkira kan. Waktu inilah ingin dimanja, dibelai sepenuhnya. Cakap je nak makan apa, pasti si suami takkan mensia-siakan. Jangan mintak yang pelik-pelik sudah, kesian suami hihii.

makanan semasa mengandung
Nasib baik idamkan jeruk je

Dekat-dekat nak bersalin, bila berat badan sudah menunjukkan tahap maksimum, baru terfikir cara nak kurus lepas bersalin kan. Bagus betullah kaum wanita ni, sentiasa ingin tampil cantik di mata suami kan. Yelah kalau dah bersalin, nak juga vogue macam zaman sebelum dapat anak kan. Semangat mesti taknak kalah walau ianya mungkin sukar jika tanpa disiplin.

Saya nak kongsi cara mudah jika ingin kurus selepas bersalin. Susukan bayi anda, pasti berkilo-kilo kalori dapat dibakar sehari. Memang betul pun rata-rata saya jumpa kawan-kawan yang menyusu, anaknya kemain tembam, ibunya slim melim lagi. Itulah rahsia menyusu badan kalau nak tau. Tapi ada jugak yang maintain tak kurus, yang tu kena usaha sikit je lagi. Bukan tak boleh nak kurus, tapi ambil masa. Mungkin jenis metabolisma rendah jadi slow sikitla pembakaran kalori tu.


set diet shaklee
pilihan di tangan anda

Rahsia satu lagi yang selalu saya suka nak kongsi adalah rahsia pengambilan lecitin dan alfalfa semasa dalam pantang. Khasiat alfalfa seperti sedia maklum, ramai ibu menyusu yang berpantang mengambilnya untuk membanyakkan air susu badan. Kerana ia dikenali secara tradisional sebagai penggalak susu. Juga jangan dilupa saat sukar kita semasa dalam pantang adalah bila tiba bab membuang air besar. Ngeri kan? Alfalfa membantu ibu melawaskan dan memudahkan sesi pembuangan tersebut. Lecitin pula bertindak mencairkan kolesterol yang tidak diingini. Semasa berpantang faham-faham ajelah lemak-lemak begitu mencemburui kita. Apatah lagi bila pandang tang perut buat hati bertambah risau. Jangan pening fikir lebih-lebih, jom tengok mereka yang mencuba lecitin dan alfalfa ni. Apa kata mereka?

lecitin dan alfalfa untuk kurus
 
"Mmg ok pun set kuruskan bdn shaklee.skrg sy dlm pantang n tgh consume set kuruskn bdn utk ibu menyusu.sy amik esp+lecitin+alfalfa.dlm ms 18 hr dh turun 11kg.susu pun sgt2 meriah."
 
set kurus lecitin shaklee
 
"Alhamdulillah..sejak makan lecitin and herblax ni, setiap pagi mesti kena buang...lega rasa perut."
set kurus shaklee
"saya dah makan lecitin dan herblex selama 3minggu,mmg rasa kenyang je dan yg bestnya senang buang wktu pagi.bila makan herblex pd malam,dan esoknya perut akan sakit nak berak.so..keluarlah lemak2 yg tgerkumpul sekian lamanya.2@3 x jugalah berak .lepas tu perut rasa kosong je."
 
Anda mahu cuba? Inilah masa untuk transformasi diri:)
 
credit
 
------------------------------------------------------------
Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Hubungi saya di feeza.k@gmail.com atau 0133602633 untuk sebarang pertanyaan.

Tuesday, 5 March 2013

Teknik Penyusuan Susu Ibu Yang Betul

Untuk memastikan kejayaan penyusuan susu ibu, bayi perlu diletakkan dengan betul ke payu dara ibu. Biasanya, posisi dan cara meletakkan bayi ke payu dara datang secara semulajadi tetapi terdapat ibu dan bayi yang memerlukan masa dan latihan. Untuk melakukan dengan betul berikut adalah langkah - langkah yang boleh membantu:
  • Posisi
  • Pelekapan
  • Tanda-tanda pelekapan yang salah
  • Penilaian samada bayi menyusu dengan baik
 

Posisi

  1. Pegang bayi rapat ke arah badan dan payu dara ibu.
  2. Pastikan kepala dan badan bayi lurus.
  3. Ampu bahagian belakang dan punggung bayi dengan kemas.
  4. Anda boleh memegangnya dengan berbagai cara asalkan anda merasa selesa.


 

Duduk dan letakkan satu atau dua bantal untuk mengampu bayi anda
 
Baring mengiring dan bayi menghala kepada ibu. (Berhati - hati tidak tertidur dalam posisi ini untuk elak bayi lemas)
 
 
 

Pelekapan

Rapatkan bayi ke payu dara (bukan payu dara ke bayi). Rapatkan seluruh badan bayi ke dada bukan hanya bahagian kepala. Pastikan seluruh bahagian tampok hitam (areola) masuk ke dalam mulut bayi.
Anda boleh membantu bayi melekap dengan memegang payu dara dengan tangan. Pastikan ibu jari jauh dari areola dan tidak menekan payu dara.

 

Tanda-tanda pelekapan yang salah

Jika penyusuan berjalan lancar, puting ibu tidak mudah cedera kerana puting berada jauh ke dalam mulut bayi. Kebanyakan masalah yang dialami ibu adalah kerana posisi dan cara pelekapan yang tidak betul. Berikut adalah tanda - tanda pelekapan yang tidak betul dan boleh mengakibatkan masalah semasa penyusuan:
  • Puting kelihatan leper semasa dikeluarkan dari mulut bayi selepas penyusuan.
  • Rasa sakit di puting semasa dan selepas penyusuan.
  • Payu dara mungkin bengkak.
  • Susu tidak dikeluarkan dengan berkesan.
Gambar menunjukkan bayi yang tidak melekap dengan betul. Ini boleh mengakibatkan masalah seperti kebengkakkan payu dara dan puting melecet.

 

Penilaian samada bayi menyusu dengan betul

Gambar ini menunjukkan bayi menyusu dengan cara yang betul
  • Mulut bayi terbuka luas.
  • Dagu bayi menyentuh payu dara.
  • Bibir bawah bayi bergulung keluar.
  • Hidung bayi terletak pada payu dara dan bayi boleh bernafas.
  • Bayi menghisap, berhenti sejenak dan menghisap semula. Hisapan secara perlahan dan dalam.
  • Ibu boleh mendengar bunyi bayi menelan susu.

Gambar menujukkan apa yang berlaku di dalam mulut bayi ketika penyusuan jika bayi melekap dengan betul.

Petunjuk:
  1. Puting
  2. Areola dan tisu payu dara dengan duktus susu dibahagian bawah areola.
  3. Lidah bayi
  4. Payu dara
  5. Tekak bayi
 
credit to http://pmr.penerangan.gov.my
------------------------------------------------------------
Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Hubungi saya di feeza.k@gmail.com atau 0133602633 untuk sebarang pertanyaan.

Thursday, 28 February 2013

Kepentingan Asid Lemak Omega 3 Untuk Ibu Hamil

Waktu kehamilan merupakan waktu yang indah dan istimewa lebih-lebih sekiranya itu adalah kehamilan pertama. Walaupun ada yang mengalami morning sickness atau loya yang melampau, namun pada waktu inilah si ibu biasanya ditatang sepenuh hati oleh si ayah. Segala permintaan ibu akan ditunaikan oleh ayah dan pastinya ayah lebih prihatin terhadap keperluan pemakanan ibu semasa kehamilan. Ini adalah penting untuk memastikan kesihatan ibu dan juga perkembangan bayi dalam kandungan.

Asid lemak Omega 3 merupakan salah satu nutrien penting yang harus dibekalkan kepada ibu yang hamil.

Apakah itu Asid Lemak Omega 3?

Omega 3 adalah rantaian panjang asid lemak poli tak tepu (polyunsaturated fatty acid) yang merupakan nutrien penting untuk kesihatan dan perkembangan badan. Omega 3 harus diambil dari makanan atau makanan tambahan kerana badan tak berupaya untuk menghasilkannya sendiri.

Kepentingan Dan Fungsi Omega 3

Kajian menunjukkan bahawa kedua-dua komponen utama asid lemak Omega 3 yang paling bermanfaat adalah EPA (Eicosapentaenoic Acid) dan DHA (Asid Docosahexaenoic). Kajian menunjukkan bahawa setiap asid lemak mempunyai manfaat yang unik. EPA penting untuk mengurangkan risiko penyakit jantung, sistem imun, dan tindak balas keradangan. Manakala DHA membantu meningkatkan kepintaran otak, mata, dan sistem saraf utama. Ia penting untuk ibu mengandung, bayi dalam kandungan, ibu yang sedang menyusukan, juga amat berguna kepada kanak-kanak yang mempunyai masalah dalam pembelajaran.
Omega 3 penting untuk mengekalkan pengeluaran hormon yang seimbang seperti hormon prostaglandin. Prostaglandin membantu mengawal banyak fungsi fisiologi penting termasuk tekanan darah, pembekuan darah, penghantaran saraf, radang dan tindak balas alergi, fungsi buah pinggang dan saluran gastrousus dan pengeluaran hormon lain. Ketidakseimbangan prostaglandin boleh membawa kepada penyakit. 
Omega 3 juga mempunyai manfaat kesihatan yang banyak termasuk pemcegahan penyakit jantung, meningkatkan fungsi kognitif dan mengawal keradangan. Dos Omega 3 yang tinggi digunakan untuk merawat dan mencegah gangguan emosi. Satu kajian baru telah mengenal pasti bahawa pengambilan Omega 3 dapat mencegah penyakit kanser, radang usus dan penyakit autoimun yang lain.

Kepentingan Pengambilan Omega 3 Semasa Kehamilan

Omega 3 penting untuk perkembangan sistem saraf otak dan penglihatan awal bayi. Kajian menunjukkan bahawa semasa mengandung kandungan Omega 3 dalam badan ibu akan menyusut kerana janin menggunakan Omega 3 untuk perkembangan sistem saraf otak. Penggunaan Omega 3 yang lebih tinggi juga mengurangkan risiko alergi dikalangan bayi.
Kajian juga telah membuktikan bahawa pengambilan tambahan EPA dan DHA dalam diet ibu yang hamil memberikan kesan positif ke atas pembangunan penglihatan dan kognitif bayinya. Pengambilan EPA dan DHA yang mencukupi juga boleh mencegah kelahiran pramatang dan boleh meningkatkan berat kelahiran bayi.
Apabila ibu bersalin, Omega 3 juga diperlukan untuk menghasilkan susu ibu yang penting untuk perkembangan bayi. Kekurangan pengambilan Omega 3 akan meningkatkan risiko kemurungan atau gangguan emosi selepas bersalin.
Oleh itu adalah penting untuk ibu mendapatkan Omega 3 yang mencukupi melalui pemakanan (kerana badan tidak berupaya mengeluarkan Omega 3).

Makanan Mengandungi Omega 3 (EPA + DHA)

Makanan yang mengandungi EPA dan DHA adalah ikan air sejuk seperti salmon, tuna, sardin, ikan bilis dan ikan hering. Namun adalah sukar untuk kita pastikan bahawa pengambilan Omega 3 dari makanan ini mencukupi.
Ibu-ibu tak perlu risau lagi, hanya dapatkan Omega Guard Shaklee untuk memenuhi keperluan Omega 3 dalam badan. Bukan setakat dapat EPA dan DHA je, malah lebih dari itu.




Omega Guard Shaklee merupakan minyak ikan paling tulen dan terbaik di dunia kerana mengandungi 7 jenis asid lemak Omega 3 semulajadi termasuk EPA, DHA, LHA, ALA dan lain-lain. Satu hidangan Omega Guard menyediakan 1000mg asid lemak Omega 3 termasuk DHA dan EPA.

------------------------------------------------------------
Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Hubungi saya di feeza.k@gmail.com atau 0133602633 untuk sebarang pertanyaan.

Monday, 18 February 2013

Bahayakah Kuning (Jaundis) Pada Bayi?

RAMAI ibu terutama yang baru saja melahirkan anak risau apabila bayi mereka mengalami jaundis. Terpaksa berulang-alik ke hospital untuk menjalani ujian darah sangat memenatkan. Lebih teruk apabila si ibu dan bayi terpaksa ditahan di hospital kerana harus menjalani rawatan fototerapi.
bayi mengalami jaundis
Apa yang membuatkan keadaan bertambah kusut apabila orang di sekeliling mencadangkan agar menggunakan pelbagai kaedah tradisional seperti bayi diberi minum susu kambing, berjemur di bawah matahari, mandi dengan air kunyit atau herba sehingga si ibu sendiri keliru mana satu yang harus diikuti. Petua ini mungkin juga berguna, mungkin juga sebaliknya atau akan membuatkan keadaan bertambah teruk.
Rata-rata ibu percaya kaedah tradisional sangat membantu bagi mengurangkan masalah demam kuning di kalangan bayi. Ini kerana wujud tekanan atau rasa panik bagi ibu apabila bacaan jaundis pada bayi semakin meningkat. Ini ditambah dengan kurangnya ilmu pengetahuan mengenai jaundis yang dianggap masalah serius pada bayi.  
Menurut Pakar Kardiologi Pediatrik, Hospital Perubatan Pantai, Dr Azam Mohd Nor, jaundis atau demam kuning di kalangan bayi adalah perkara normal.
Dianggarkan 60 hingga 70 peratus bayi baru lahir mengalami gejala ini.
“Jaundis merujuk kepada bayi yang mempunyai tanda seperti bahagian putih mata dan kulit yang berwarna kekuningan. Warna ini dapat dilihat dengan lebih jelas pada bahagian muka, dada, perut dan kaki apabila kulit bayi ditekan lembut dan akan bertukar kekuningan,” katanya.

Bagi ibu-ibu muda, Dr Mohd Azam menasihatkan supaya jangan risau sekiranya selepas dua hari dilahirkan bayi mengalami demam kuning kerana ini adalah fenomena biasa apabila darah pada bayi menjadi rosak, pecah dan dicernakan di dalam hati. Pencernaan dan penguraian komponen dalam darah ini akan menghasilkan bilirubin.
“Biasanya bilirubin akan dibuang melalui najis dan air kencing. Tetapi apabila terdapat terlalu banyak darah yang rosak dan pecah kemudian dihuraikan secara serentak dalam satu masa, tahap bilirubin dalam darah akan meningkat.

Peningkatan bilirubin inilah yang dapat dikesan melalui kekuningan pada tubuh bayi,” katanya.
Apa yang ibu bapa perlu tahu setiap bayi mempunyai tahap kuning berbeza dan akan mula dikesan pada hari kedua atau ketiga selepas kelahiran. Ia mula kelihatan dari kepala dan turun ke kaki. Jaundis akan kelihatan pada bahagian muka, diikuti dada, perut dan kaki.
“Pemeriksaan bayi untuk demam kuning biasanya boleh dibuat di dalam cahaya matahari atau di bawah lampu panjang putih (fluorescent) dan bukannya mentol kuning kerana ini akan menampakkan kulit bayi lebih kuning,” jelasnya.
Biasanya bacaan bilirubin akan meningkat pada hari ketiga, kelima dan ketujuh.
Tahap bilirubin yang melebihi 85umo1/1 (5mg/dL) akan menunjukkan tanda kekuningan dan sekiranya meningkat kepada 100umo1/1 ia masih di dalam kawalan.
Namun sekiranya dalam masa seminggu tahap bilirubin meningkat sehingga melebihi 340umo1/1 atau 21mg/dL, rawatan fototerapi akan diberikan.
“Bayi akan diletakkan di bawah lampu biru mengandungi 450 nano water dengan hanya memakai lampin dengan mata ditutup. Cahaya lampu ini berfungsi menukar bilirubin kepada biliverdin yang lebih ‘mesra tubuh’ dan akan dikumuhkan menerusi air kencing. Sekiranya rawatan fototerapi ini gagal menghalang daripada kenaikan tahap bilirubin sehingga mencecah 428umo1/1 atau 25mgd/L, rawatan pemindahan darah terpaksa dilakukan,” katanya.
Menurut Dr Azam, apabila pemindahan darah tidak dilakukan dan jaundis berlarutan sehingga 30 hari dikhuatiri bayi akan menghidap penyakit lain seperti radang hati, saluran darah tersumbat atau hepatitis. Lebih teruk sehingga menyebabkan kerosakan otak, sawan serta gangguan pendengaran.
Namun ibu bapa tidak perlu bimbang kerana kini, kes pemindahan darah amat jarang berlaku. Ini kerana pemantauan daripada pihak hospital menyebabkan tahap bilirubin dapat dikurangkan selepas seminggu kelahiran.
Secara saintifik, antara faktor paras bilirubin pada bayi normal meningkat disebabkan oleh:
  • Bayi tidak diberikan susu ibu sepenuhnya.
  • Jaundis lebih kerap berlaku di kalangan bayi pramatang atau tidak cukup bulan berbanding bayi cukup bulan. Ini kerana hati tidak dapat memproses bilirubin dengan cepat. Usus mungkin tidak berfungsi sepenuhnya, terutama jika mereka sakit dan tidak disusukan. 
  • Sel darah merah bayi mempunyai tempoh hayat yang lebih pendek dan pecah dengan cepat. Biasa berlaku bagi bayi yang mempunyai G6PD.
  • Lebam pada badan bayi yang disebabkan proses kelahiran seperti kaedah vakum yang menyebabkan banyak sel darah merah rosak dan perlu diganti.
  • Darah ibu dan bayi tidak sesuai.
  • Ibu menghidap kencing manis. 
  • Penggunaan oxytocin ketika proses kelahiran.
  • Bayi lelaki Asia mempunyai peratusan demam kuning yang lebih tinggi dan kerap berbanding bayi perempuan.

Ibu bapa perlu merujuk kepada doktor dengan segera sekiranya demam kuning dikesan dalam tempoh 24 jam selepas kelahiran yang membabitkan bahagian tangan dan kaki, atau bayi demam melebihi 37.8 darjah Celsius atau bayi kelihatan lemah dan tidak sihat. Ini kerana jaundis dianggap serius dan memerlukan rawatan rapi.
“Ia boleh disebabkan masalah yang serius pada hati, usus kecil dan kelainan intestinal, jangkitan atau kelahiran yang trauma atau kelahiran pramatang sebelum 28 minggu,” ujarnya.
Ramai ibu bapa gembira apabila melihat bayi mereka tidur lena selepas dilahirkan.
Namun menurut Dr Mohd Azam, tidur yang nyenyak dan berpanjangan sepanjang hari akan menyebabkan bilirubin meningkat.
“Ini kerana bayi tidak dapat menyusu dengan kerap. Sebaiknya kejutkan bayi untuk menyusu sekerap mungkin. Semakin banyak susu ibu diberikan ini akan menggalakkan pergerakan usus dan menyebabkan bilirubin dapat dikeluarkan daripada tubuh menerusi najis. Penyusuan yang bagus apabila bayi disusukan setiap tiga jam sekali atau lapan hingga 12 kali sehari,” katanya.
Bayi jaundis perlu dipastikan agar tidak mengalami kekeringan akibat pengambilan cecair yang tidak mencukupi. Namun ibu dinasihatkan tidak memberikan air masak kerana air ini tidak memberi sebarang tenaga dan kesan positif kepada bayi.
Selain itu, bayi yang tidak pandai menghisap, puting susu tenggelam, pembedahan Caesarean, penggunaan ubat penahan sakit dan bayi yang tidak matang dengan daya menghisap yang lemah akan mendorong kepada peningkatan bilirubin.
Terdapat juga jaundis susu ibu yang mengakibatkan kelewatan atau memanjangkan tempoh pembuangan lebihan bilirubin melalui usus. Biasanya bermula daripada minggu kedua dan akan hilang selepas beberapa minggu atau beberapa bulan kemudian. Walaupun mendapat susu mencukupi, bayi masih mendapat jaundis.
Jika kadar bilirubin terus meningkat, doktor mungkin menasihatkan untuk memberhentikan penyusuan badan selama dua atau tiga hari. Namun dalam masa ini, ibu dinasihatkan memerah susu bagi mengekalkan bekalan susu dan boleh meneruskan penyusuan apabila tahap bilirubin menurun.
Bagi menghasilkan susu ibu yang banyak serta berkualiti, ibu harus mendapatkan makanan berkhasiat dan seimbang supaya dapat menghasilkan susu yang banyak serta berkualiti. Paling penting, jangan risau atau tertekan kerana ini akan menyebabkan pengeluaran susu ibu merosot.
“Jangan sesekali memberikan susu formula pada bayi sebaik dilahirkan tetapi memberi lebih banyak rangsangan supaya bayi dapat menghisap dengan sempurna.
Dapatkan bantuan daripada pihak hospital mengenai teknik menyusu dengan betul serta cara merangsang proses pengeluaran susu,” nasihatnya.
Selain rawatan di hospital, terdapat pelbagai petua tradisional yang diamalkan ibu bapa. Sebaiknya ibu bapa jangan terus melakukannya tanpa mendapatkan pandangan daripada pakar terlebih dulu. Ini kerana ada antara amalan tradisional ini belum terbukti keberkesanannya. Antaranya:

Jemur bayi di bawah matahari

Ramai ibu percaya dengan menjemur bayi di bawah matahari dapat menghilangkan kekuningan. Namun ibu bapa harus memastikan melakukannya dalam waktu dibenarkan iaitu dari jam 8.30 pagi sehingga 9.30 pagi selama 10 hingga 15 minit saja.
Sekiranya bayi didedahkan terlalu lama, dikhuatiri akan menyebabkan masalah lain seperti kerosakan retina dan strok. Namun kebanyakan pakar perubatan tidak menggalakkannya kerana hanya cahaya lampu di hospital saja memberi kesan positif pada bayi.

Minum susu kambing

Memberi bayi minum susu kambing boleh memberi kesan kepada bayi. Ini kerana belum terdapat sebarang kajian menyatakan susu kambing mampu mengurangkan tahap bilirubin pada bayi. Malah pemberian yang keterlaluan akan menyebabkan masalah lain seperti cirit-birit atau radang usus.

Makan jamu dan halia

Banyak makan jamu yang tidak diketahui kandungan bahan kimia akan menyebabkan pengurangan enzim yang membantu dalam penyingkiran bilirubin apabila bayi disusukan. Begitu juga dengan halia yang boleh menyebabkan bilirubin meningkat. Sebaiknya diambil dalam kadar sederhana saja.

Memberi air glukos pada bayi

Ramai mencadangkan supaya diberi air glukos kepada bayi bagi mengurangkan masalah demam kuning. Sebenarnya petua ini amat merbahaya kerana air glukos boleh menyebabkan perut kembung dan bilirubin tidak dapat dikeluarkan melalui najis.

------------------------------------------------------------
Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Hubungi saya di feeza.k@gmail.com atau 0133602633 untuk sebarang pertanyaan.