Kebanyakan ibu hamil akan hadapi pelbagai masalah kesihatan sepanjang tempoh kehamilan. Masalah kesihatan yang sementara ini akan hilang sendiri sejurus selepas bersalin. Oleh kerana itu, ramai yang beranggapan masalah ini tidak serius dan ada yang memandang ringan. Sedangkan masalah ini boleh menjadi serius sekiranya tidak diberi perhatian yang sewajarnya.
Antara masalah yang lazim dihadapi semasa kehamilan adalah:
Bengkak Kaki / Edema
Sebenarnya begkak kaki ni adalah tanda kehamilan. Bengkak kaki sahaja tanpa masalah yang lain tidak akan membahayakan ibu dan bayi dalam kandungannya. Namun sekiranya disertai dengan tekanan darah yang tinggi dan kencing kotor iaitu mengandungi protein, ini menandakan ibu itu menghidap penyakit toxemia. Pastinya boleh mengancam nyawa ibu dan bayi jika rawatan yang sewajarnya tidak diberi. Sebab tu bila routine check up kat klinik mesti ada ujian darah dan air kencing untuk ibu mengandung kan?
So untuk kurangkan masalah bengkak kaki ni biasanya si ibu perlu berehat yang secukupnya, kurangkan bergerak atau berdiri dalam jangka masa yang lama, dan tinggikan posisi kaki semasa tidur.
HB Low
HB low adalah satu lagi masalah yang selalu dihadapi oleh ibu mengandung. Tapi bila dah bersalin elok je jadi normal.
So ibu-ibu kena banyakkan ambil
makanan yang mengandungi zat besi, atau boleh juga pertimbangkan untuk mengambil supplement untuk memastikan sukatan
zat besi yang diperlukan mencukupi.
Pedih Ulu Hati / Heartburn
Pedih ulu hati ni jadi disebabkan oleh timbunan gastric acid dalam perut. Semasa hamil, perjalanan usus menjadi lebih lembap dan uterus yang kian membesar menekan pada perut menyebabkan asid perut bertakung.
So ibu2 sila pastikan minum susu dan makan secara sedikit dengan kerap untuk mengelakkan perut kosong. Sekiranya masalah menjadi lebih teruk, rawatan yang khusus boleh diberikan dengan memakan ubat yang mengandungi antacid seperti gelusil actal atau magnesium trisillicate. Apapun sila dapatkan nasihat doktor sebelum mengambil sebarang ubat-ubatan.
Sakit Pinggang dan Belakang
Sakit pinggang dan belakang seringkali berlaku di kalangan ibu yang sedang hamil dan semakin teruk seiring peningkatan usia kandungan. Keadaan ini disebabkan oleh kelonggaran ligament yang mengikat tulang dan sendi, juga postur yang kurang baik akibat kandungan yang kian membesar.
Ibu2 boleh mengurangkan sakit tersebut dengan berehat sebanyak mungkin, kurangkan berdiri dan berjalan2. Kebiasaannya sakit ini akan hilang selepas bersalin. Jadi para suami bantulah ibu dengan mengurut2 badan ibu.
Tegang/Kejang Otot
Tegang/kejang otot berlaku pada peringkat pertengahan dan akhir kehamilan. Tegang otot ini mungkin disebabkan oleh kandungan hormon estrogen yang meningkatkan semasa kehamilan, juga kekurangan kalsium dalam darah.
Biasanya doktor akan membekalkan pil
kalsium bagi mengatasi masalah ini, juga memberi manfaat kepada bayi untuk perkembangan tulang dan gigi.
Kulit Perut Pecah
Haish memang pening kepala la bila ada kesan kulit perut pecah ni. Juga lebih dikenali sebagai stretch marks disebabkan oleh perut yang semakin membesar semasa kehamilan. Kebiasaannya kesan stretch marks ini akan menjadi lebih teruk seiring dengan meningkatnya usia kehamilan.
Berlakunya stretch marks ini disebabkan oleh dua faktor. Pertama, kandungan hormon mengandung yang menyebabkan tisu di bawah kulit menjadi lemah. Kedua, pertumbuhan dan pembesaran rahim yang merenggangkan tisu di bawah kulit mengakibatkan kulit perut pecah dan meninggalkan kesan yang buruk pada kulit.
Keputihan
Merupakan salah satu masalah yang biasa dialami oleh ibu yang hamil. Keputihan ini disebabkan oleh hormon kehamilan, juga jangkitan kuman pada saluran vagina. Sangat tidak selesa jika ada keputihan ni sebab akan ada lelehan cecair dari vagina dan biasanya akan disertai oleh rasa gatal dan berbau.
Kuman yang kerap menjangkiti vagina ketika hamil ialah sejenis kulat yang digelar Monilia. Rawatan boleh dilakukan dengan mengambil suntikan dan juga antibiotik...bergantung kepada konsultasi doktor. Disamping itu, penjagaan kebersihan vagina hendaklah diberi perhatian yang rapi.
Berat Badan Berlebihan
Har ini adalah masalah yang selalu menghantui ibu yang hamil kan. Senang naik tapi nak turunkan balik macam masa zaman anak dara memang payah. Naik berkilo2 pulak tu. So ibu2 kenalah sentiasa menjaga pemakanan dan amalkan diet yang sihat dan seimbang.
Jom ketahui tips kurus selepas bersalin
di sini.
Masalah Kencing
Semasa kehamilan, kedudukan kepala bayi yang menekan pundi air kencing menyebabkan ibu kerap kencing. Namun, kekerapan membuang air kencing ini juga adakalanya disebabkan oleh jangkitan kuman yang sering terjadi semasa kehamilan.
Maka, penting untuk ibu yang hamil untuk membuat pemeriksaan kerana dikhuatiri kencing yang kerap itu disebabkan oleh jangkitan kuman. Sekiranya kencing kerap disebabkan oleh jangkitan kuman pada pundi kencing tidak dirawat sebaiknya, ia akan merebak ke buah pinggang dan seterusnya membahayakan ibu dan bayi yang dikandung.
Masalah Tidur
Dengan keadaan dan saiz perut yang semakin membesar, masalah sukar untuk tidur lazim berlaku. Apa saja yang dilakukan serba tak kena..sakit belakang la, punggung la...maka ibu dinasihatkan supaya sentiasa bersabar dan berdoa agar diringankan kesakitan yang dialami.
Walaupun pelbagai masalah yang ibu tempuhi, tempoh kehamilan adalah waktu yang indah dan dinantikan oleh ibu2. Disaat kelahiran bayi yang ditunggu2, segala sakit dan penat lelah akan hilang tatkala melihat wajah bayi yang tersayang.
Maka, hargailah ibu masing2. Segala pengorbanan mereka tidak akan dapat dibalas dan dinilai dengan wang ringgit.
------------------------------------------------------------
Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Hubungi saya di feeza.k@gmail.com atau
0133602633 untuk sebarang pertanyaan.